[JANGAN SILAP LAGI!!] Tips Penting Untuk Letak Nama Perniagaan Korang

hafizizain

Newbie
Joined
Sep 6, 2009
Messages
318
Points
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini saya nak kongsikan satu tips penting khas untuk usahawan yang baru sahaja nak mendaftarkan perniagaan mereka...

Kepada yang dah daftar company, tiada masalah.. boleh baca jugak post ni.. mungkin berguna jika anda nak bukak 1 company lagi..

Tips ini adalah dari pengalaman saya sendiri yang sudah mendaftarkan perniagaan saya sejak tahun 2008 lagi.

Sekarang saya sedar saya telah melakukan kesalahan dalam meletakkan nama perniagaan.. Kini saya ingin kongsikan kepada anda supaya anda tidak melakukan kesalahan seperti saya dulu...

Nama perniagaan saya ialah IDEA MASTER ENTERPRISE.

Ce teka ce teka, apa kesalahan nama company saya itu?

Baiklah, sebelum saya berikan jawapannya. Saya nak bercerita sedikit mengenai nama perniagaan ini.

Tahukah korang apa pentingnya memberikan nama perniagaan yang betul?

Jawapan : KREDIBILITI.

Kredibiliti tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. tapi ianya boleh diwujudkan sekiranya anda bertindak dengan betul...
Melalui nama perniagaan, anda dapat membina kredibiliti perniagaan anda dari pandangan mata pelanggan anda.

Nama perniagaan melambangkan produk / servis yang anda tawarkan, ATAU melambangkan identiti anda sendiri..

Cuba letakkan nama perniagaan yang memboleh orang akan sebut "Wow!" lepas baca nama company anda... Baru anda pun boleh kembang hidung skali... hehehe..

Baiklah, berbalik kesalahan utama nama perniagaan saya tadi.

IDEA MASTER ENTERPRISE.

Sudah jumpa jawapannya?

Kalau belum, saya berikan jawapan untuk anda...

Jawapan: Sebab ada perkataan "Enterprise" kat belakangnya...

Aikk? Kenapa salah plak yer? Macam takde masalah jer..

Ok2...

Secara umumnya tidak salah... sebab SSM pun dah luluskannya dah pun...
Cuma, berdasarkan pengalaman saya, perkataan "Enterprise" tu menyebabkan perniagaan anda nampak macam kecik saja...

Cuba anda tukar kepada perkataan emas yang lain seperti "SOLUTIONS", "RESOURCES", "PERNIAGAAN", "NETWORK", "SUPPLIES", "MARKETING" atau "BUSINESS"

ataupun nak bagi sedap lagi, letak perkataan "global" ataupun "world".

Sebagai contoh, "IDEA MASTER GLOBAL NETWORK"

ataupun "IDEA MASTER BUSINESS SOLUTIONS"

Haaa.. kan nampak macam gah nama company tu...:D

Sebenarnya tips ini khas untuk perniagaan jenis milikan tunggal saja.. sebab kalau anda dah daftar SDN BHD, dah tak perlu risau sebab memang nampak dah cukup besar dah...

Tambahan tips lagi, kalau boleh, jangan letak nama perniagaan yang susah untuk orang baca dan sebut. Sebagai contoh, "Schwarzalbenheim-one Enterprise"

haaa..kan susah orang nak sebut atau nak eja tu... Nama yang senang nak sebut atau nak eja akan menyenangkan customer anda nak tulis kat Cek nanti.. takde la dia silap nak kena tulis banyak-banyak kali...

Itu sahaja tips ringkas dari saya... sekiranya anda suka dengan thread ni, jangan lupa tinggalkan komen ya... Sebarang tambahan tips sangatlah dialu-alukan... ;)

Salam bisnes dari,

HAFIZI ZAIN
www.hafizizain.com

p/s: Insya-Allah Idea Master Enterprise akan berkembang lagi ke Sendirian Berhad pada tahun ini... ;)
 
ikhwan647

Newbie
Joined
Apr 23, 2010
Messages
173
Points
0
betul tu bro fizi.sy mula2 daftar company sy 4 tahun lepas, namanya WANTED GALAXY..sebenarnya nk bg nama WAN GALAXY..tp masa tu pk pun mcm budak2 lg, nk bunyi ganas tambah TED kat ujung nama..jadi macam WANTED..haha

tapi efeknya sekarang, bila saya bagitau nama cmpany, orang dgr dh lain macam..haha..dulu masa bg nama xpernah terpikir pasal kredibiliti n so on..

sekarang sy daftar 1 lg cmpany, IHI Creative & Design..bunyi cm gempak le sikit..hehe..(itupon lama dok pikir tu)lebih fokus kepada servis design..

memang diakui nak bg nama cmpany yg baik memanglah penting..

ps:nk tanya boleh tukar nama cmpany tak?kalau boleh berapa cajnya?:)
 
KISS

freshman
Joined
Nov 22, 2010
Messages
617
Points
0
pemilihan nama ni penting sebab benda ni melibatkan branding .... kalau visi dan misi nak pergi jauh, nama mesti tip top, orang mudah ingat ...

asalnya facebook.com bermula dari thefacebook.com ... tapi mak zukenbeg buang "the" sebab facebook lagi mudah, senang nak ingat ... brand power :D
 
Last edited:

Tengku Faris

Newbie
Joined
Oct 8, 2009
Messages
2,796
Points
36
Menarik perkongsian ringkas abe Hafizi Zain nih! :)

Yupp2, saya sedar akan apa yang bro nak maksudkan
tu. Alhamdulillah, saya bertuah! (Walaupun redah jer..) :D

Nama 'company' saya yang berdaftar di SSM ialah:
TENGKU FARIS Network = Kreadibiliti Peribadi + Perkataan Emas
(Mudah tak anda nak sebut? Dan senang nak ingat tak?)

Mantap perkongsian big boss IDEA MASTER ENTERPRISE!
 
Tengku Faris Network yang jadi mahal sebab ada perkataan Tengku tu kot hehehe sebab kalau orang sebut Tengku orang akan pasti ingat ada kaitan ngan kerabat diraja :D
 
Tengku Faris

Newbie
Joined
Oct 8, 2009
Messages
2,796
Points
36
Tengku Faris Network yang jadi mahal sebab ada perkataan Tengku tu kot hehehe sebab kalau orang sebut Tengku orang akan pasti ingat ada kaitan ngan kerabat diraja :D

Yeker.. Adush, takde la bro.. Biase2 je. :)

P/s: Bro, apsal ngan 'siggy' bro tu? Macam
ade 'error' je. Silap letak link atau memang
style mcamtu? :D
 
PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
aku "Hub Network" = hub.com.my ... :D <--- tp ni cincai2 je.. sebab daftar perniagaan kn boleh daftar banyak kali..
nanti aku nk daftar lg dlm 2 - 3
 
shazwi

freshman
Joined
Jun 1, 2008
Messages
515
Points
16
skang dah boleh daftar SSM secara online kan? ada tips atau sumber tak macam mana nak daftar online sebab nak pegi SSM agak sibuk skang ni...
 
PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
tak silap aku.. kalau yg byr RM60 tu mmg akn ada "enterprise" ..
kalau yg RM2500.00 SDN.BHD baru xde "enterprise" .. <--- boleh upgrade jgn risau...

mcm aku hub network enterprise... kalau upgrade jadi SDN.BHD = Hub Network Sdn. Bhd

apa2pun.. sebelum daftar perniagaan... cek dulu domain.. ade tak untuk nama perniagaan anda tu
 
apes

Senior
Joined
Apr 7, 2008
Messages
290
Points
18
Yang bayar rm60-rm70 ni tak akan ada enterprise melainkan kita yang pergi letak dalam nama company tu.. Kiranya perkataan enterprise tu bukan wajib..

Boleh aje kalau milikan tunggal nak letak nama cam ni " APES Global Ventures".. :D:D

aku mmg tak letak... tp automatik dia akn ada enterprise...
maybe nk membezakan antara "Enterprise" dan "Sdn.Bhd".. rasa2 aku lah
 
ezord

Newbie
Joined
Jul 3, 2009
Messages
539
Points
16
saya daftar nama perniagaan takde enterprise tapi harga rm60 je bro...rasanya terpulang pada kita nak letak mahupun tidak..
 
PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
saya daftar nama perniagaan takde enterprise tapi harga rm60 je bro...rasanya terpulang pada kita nak letak mahupun tidak..

la asal aku ada plak ~X(~X( ...

lantak lh.. tu company untuk domain je :)
 
apes

Senior
Joined
Apr 7, 2008
Messages
290
Points
18
Aku rasa waktu ko daftar tu ada nama company serupa, orang kat SSM tu berat tulang so dia taruk ajelah enterprise kat belakang.. Tak payah nak pening-pening kepala dia suruh ko tukar nama lain..

la asal aku ada plak ~X(~X( ...

lantak lh.. tu company untuk domain je :)
 
Top