Jaga Link Anda atau Komisyen/Duit Anda Hilang!

abc

freshman
Joined
Aug 28, 2009
Messages
42
Points
0
wow, tak sangka bole jadi mcm tu ek. tq share info ni.
 

MJais

Newbie
Joined
Jan 25, 2011
Messages
144
Points
18
Salam Sejahtera Semua Forumer WC,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya...ianya lebih kepada kesilapan saya dan tujuan saya kongsikan di sini adalah untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Jika anda serius nak berbisnes dengan perniagaan online ni, suka atau tidak, anda kena jaga link anda. Tak kiralah link affiliate atau link website sendiri/blog. W/pun perkara ini nampak remeh, tapi kesannya amatlah besar..

Ini pengalaman saya dalam program affiliate, saya mempromosikan produk clickbank. dan semua teknik dan lokasi untuk tujuan promosi saya telah buat dan lakukan. Cuma kesilapan saya, saya tidak melakukan "maintenance schedule" untuk semua link2 yang saya letak di lokasi tempat promosi. Maksud saya,saya tidak melakukan pemeriksaan berkala samada link2 saya berfungsi atau tidak. Saya hanya membiarkan sahaja link2 tersebut, dan pastikan ianya berfungsi hanya itulah sekali semasa mula2 meletak link tersebut...saya tidak follow-up semula semua link2 tersebut samada ianya berfungsi atau tidak..ini kesilapan besar saya...

Ditambah pulak saya agak sibuk dengan urusan perpindahan rumah 3 bulan yang lepas dan urusan pertukaran tempat kerja baru menyebabkan saya agak terlupa nak lihat link2 promosi saya ni.. Bagaimanapun, setelah semua selesai, saya kembali melihat akaun clickbank saya. Ini hasilnya:

clickbank.JPG

Bukanlah niat saya nak tunjukkan komisyen saya yang tidak seberapa ni..tapi saya nak kita bincang sbg case study berapa nilai kerugian saya... Itu tidak memeranjatkan saya. Tapi bila saya pergi semula untuk melihat tempat saya mempromosikan program affiliate tersebut, saya lihat spt dibawah:

youth.GIF

Ini memeranjatkan saya, kerana saya tidak sangka saya dapat view sebanyak itu. maknanya sebanyak itu jugalah iklan/link saya dilihat untuk program affiliate clickbank di atas. Dan yang paling memeranjatkan saya, bila saya klik semula Link Promosi saya, ianya sudah tidak aktif lagi...bila klik je di link affiliate tersebut, terus direct ke hosting akaun saya yang tidak aktif lagi..bayangkan betapa ruginya saya...

Ini cuma pengiraan secara direct kerugian saya (pengiraan ini sebagai andaian kerugian saya, bukan nilai sebenar). Saya andaikan jika 5% dari jumlah pelawat di atas yang klik link saya, dan ambillah 1-2% daripadanya adalah yang membeli, bayangkan kerugian saya..darablah nilai komisyen di atas dengan potential buyer kita yang hilang... yang lebih teruk, bila mereka klik link di atas, yang keluar bukan laman web affiliate saya, sebaliknya page yang lain yang keluar...lebih teruk jika "page error" yang keluar.. bagaimana jika bukan 1 produk yang kita promosikan, tetapi mungkin 3 atau lebih, kiralah berapa kerugian yang dialami disebabkan masalah yang kita pandang remeh ini..

Jadi kesimpulannya, jika anda sayangkan pelawat anda,jagalah link anda. pastikan ianya sentiasa berfungsi..lakukan pemeriksaan berkala untuk semua link2 anda..mungkin seminggu sekali.bergantung kepada kemampuan masing2..sebab nak dapatkan pelawat bukan perkara yang mudah...

tanpa pelawat ---> tiada pembeli ---->tiada komisyen!

Jika pelawat tengok "page error" di atas, mesti mereka takkan datang semula...percayalah...

p/s: Saya tahu ini perkara yang sangat asas, tapi saya percaya masih ada yang pandang ringan perkara ini, sebab perkara ini agak leceh/remeh untuk dilakukan...nasihat saya, jangan ulangi kesilapan saya ni....Disebabkan perkara yang remeh/kecil inilah yang akan buat kita kerugian yang besar untuk jangkamasa yang panjang!

p/p/s: Semoga Berjaya ;-)



thanks a lots, kegagalan itu guru yang sebenar.... kalu salah tolong betul kan ya...
 

enuth

freshman
Joined
Jul 2, 2011
Messages
49
Points
0
klu x kena x tau..sama2 ambik pengajaran
 

mdafran

Newbie
Joined
Jun 2, 2011
Messages
69
Points
0
Link juga boleh dicuri.Seelok-eloknya hidden kan, atau cloak link kita dengan bitly.com. Ada yang pro kat luar sana amik kesempatan dengan website promosi kita.Maintenance pun kena buat.Kna gak sekali sekala try click link sendiri tengok masih functioning atau tak.Power gak yea skill Clickbank Zudierahman...:D
 
Top