aqifdg
Senior
- Joined
- May 3, 2008
- Messages
- 704
- Points
- 18
Assalamualaikum dan salam kekayaan.
Semoga warga forum Wangcyber sentiasa dirahmati Allah, dan dikurniakan petunjuk serta kekayaan untuk mendalami ilmu perniagaan Internet. Amin.
Thread ini dibuka bagi tujuan untuk berkongsi ilmu mengenai tip menjadi jurujual berjaya. Dari aspek perniagaan Internet, jumlah jualan adalah penanda aras berapa nilai wang yang kita peroleh setiap bulan.
Justeru itu, mengetahui cara untuk menjual dengan lebih efektif adalah sangat penting.
Berita buruknya, 9/10 jurujual yang baru menjejaki dunia jualan ini akan gagal. Manakala hanya 1 orang sahaja yang akan berjaya menjadi jurujual yang hebat dan kaya.
Mulakan Dengan Ilmu Jualan Di Dada
Penulis buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan, Mohd Fathuallah begitu menekankan kepentingan ilmu jurujual dalam diri setiap individu, sebelum melakukan sebarang aktiviti jualan.
Ilmu yang akan membezakan pendekatan kita apabila melakukan jualan. Tanpa ilmu jurujual yang betul, kita ibarat sudah gagal sebelum bermula.
Apakah ilmu jurujual yang betul dan berkesan?
Memahami Produk yang Ingin Dijual
Sebelum mempromosikan produk, atau berjumpa dengan klien, ambil tahu maklumat produk yang kita jual secara keseluruhan.
Maklumat produk (Product knowledge) akan membezakan diri kita dengan jurujual-jurujual lain di luar sana.
Jika kita menjual produk emas, berikan penilitian terhadap proses penghasilan emas secara keseluruhan. Serta ketahui latar belakang syarikat yang menghasilkan emas itu.
Ini bagi mengelakkan daripada diri kita disabotaj apabila berkomunikasi dengan pelanggan. Psikologinya, apabila pelanggan bertanya sesuatu, dan kita tidak mempunyai kemampuan untuk menjawab soalan mereka, secara tidak langsung ia telah menjejaskan kredibiliti kita sebagai seorang jurujual.
Utamakan pendidikan atau ilmu terhadap produk terlebih dahulu, sebelum memulakan aktiviti promosi dan pemasaran.
Trivia: Jelaskan fungsi produk tuan dan cikpuan kepada prospek menerusi thread ini. Gunakan ayat yang mudah difahami. Sebagai contoh, ayat 'menyelesaikan masalah cepat mengantuk' lebih mudah difahami, berbanding ayat 'mempunyai vitamin c'.
Biodata Penulis:
Aqif Azizan adalah penulis sepenuh masa. Kepakaran beliau adalah menghasilkan artikel persuasif yang dapat mendorong pembaca, untuk mempercayai pemilik bisnes, seterusnya melakukan pembelian dalam masa singkat.
Beliau turut menghasilkan e-book 'Bagaimana Menjual Tanpa Menyakitkan Hati Pelanggan'. Sebuah e-book yang membantu menyelesaikan masalah orang ramai untuk meningkatkan jualan produk sebanyak 40%, dan meningkatkan kredibiliti di mata pelanggan menerusi Internet.