Dalam Negara Isteri orang kongsi kesedihan masalah rumahtangga dengan pemandu bas di bilik hotel

Offline
#1


MELAKA: Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres di sebuah bilik hotel.

Wanita berusia 41 tahun yang masih berkahwin itu ditahan bersama pemandu bas berusia 53 tahun, ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam satu operasi, awal pagi Isnin.

Ibu yang mempunyai anak berusia lapan dan 11 tahun itu mendakwa dia berdepan masalah rumah tangga dan berkongsi kesedihan itu dengan pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasaan Jaim, Noraminuddin Azis berkata, pihaknya tidak termakan dengan alasannya dan akan mendakwa pasangan itu kerana melakukan khalwat.

"Kita akan buka kertas siasatan ke atas kedua-dua mereka," katanya.

Noraminuddin berkata, tujuh pasangan ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh 15 pegawai Jaim. - MStar
 
Offline
#2
Semoga sang suami yang ada di sini dilindungi
dari godaan dahsyat syaitan laknatullah.

Bahaya kalau lelaki menjadi problem solver kepada
yang bukan muhrim.

Peringatan untuk diri jugak. Aaminn