Dalam Negara Isteri kedua Ashraf Muslim selamat lahirkan anak ketiga

Joined
Aug 31, 2008
Messages
5,360
Likes
7
Points
38
Age
33
Offline
#1

Ashraf memuat naik gambar keluarganya bersama bayi yang selamat selamat dilahirkan di Instagram miliknya hari ini.

KUALA LUMPUR - Isteri kedua kepada pelakon Ashraf Muslim selamat melahirkan anak ketiga pada pukul 5.35 petang semalam di Hospital Pakar Avisena, Shah Alam, Selangor.

Wan Sakinah Ahmad Saburi, 34, selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.07 kilogram (kg).

"Syukur alhamdulillah. Keluarga Ashraf Muslim bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini.

"Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya teruja. Semoga menjadi anak yang solehah, srikandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yang penyayang seperti kakak dan abang-abang.

"Semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, Insya-Allah. Doakan kami sekeluarga," tulisnya di akaun Instagram.

Ashraf dan Sakinah mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 4, dan Adam Ashraf, dua tahun.

Sementara perkahwinan Ashraf dengan isteri pertamanya Noor Dayana Lokman, 31, berlangsung pada 30 Ogos 2011 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Anas Ashraf, dua tahun. - K! ONLINE

Sumber : KOSMO
 
Top