Teknologi Intel Membuat Pelaburan Pada Perkhidmatan Pemetaan Popular – HERE

Deli

Active
Offline
#1
Pada bulan lepas, kita telah melihat Tencent dari China membuat pelaburan pada HERE bersama-sama beberapa syarikat lain. Kini, pada tahun baru ini, pihak Intel turut mengumumkan perkara sama, dimana mereka membuat pelaburan pada perkhidmatan pemetaan tersebut dan mengambil pegangan sebanyak 15%.

Dengan pelaburan ini, Intel dan HERE akan bekerjasama dalam membangunkan dan kajian untuk mengemaskini data berdefinisi tinggi dalam bentuk masa-nyata, selain kerjasama untuk teknologi pemanduan autonomi.

Selain Intel dan Tencent, antara pelabur lain dalam HERE adalah termasuk Audi, BMW dan juga Daimler – dimana mereka telah mengambil-alihnya daripada Nokia sebelum ini.

Sumber: Amanz