Inspirasi | Al fatihah kepada IM allahyarham Badruzamani

Joined
Oct 13, 2008
Messages
34
Likes
0
Points
6
Age
38
Offline
#1

"Idea yang hebat ibarat biji benih yang lemah yang perlu di semai, di tanam, dibaja, disirami, dicahayakan dan sebagainya untuk menjadi pohon yang gagah, akar yang kuat, pohon yang rimbun (dapat meneduhkan orang lain) dan memberi buah yang manis tatkala dilontar dengan batu / kayu" petikan kata saudara Badruzamani"


  • Pertama kali saya mengenalinya ialah ketika beliau memberi komen mengenai buku saya Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas dua tahun lalu di forum Wang Cyber.

Dari situ saya mendapat tahu beliau memiliki buku saya melalui pembelian secara online. Melalui laman blog kendalian beliau, Badruzamani.org, kami mula berinteraksi dan beliau adalah pembaca yang memberi kekuatan kepada saya menulis kerana perspektif baru yang diberikan sebelum ini.

Selepas saya mengetahui saudara Badruzamani seorang OKU, saya sedar bahawa bekarya bukan sahaja untuk orang normal sahaja, malah individu istimewa seperti beliau memanfaatkan bahan bacaan yang baik untuk orang ramai. Kerana mengenali saudara Badruzamani, acapkali saya menulis buku non fiksyen, saya berfikir sama ada tip-tip dalam buku ini dapat membantu OKU sepertinya.

Saudara Badruzamani sudi berkongsi komen beliau mengenai buku saya. Malah beliau sudi memberi testimonial yang saya muatkan dalam laman web zamrimohamad.com. Sebenarnya saya menunggu-nunggu testimonial beliau dimasukkan ke dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas sebagai tanda terima kasih kepadanya.

Ketika menulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller, kisah saudara Badruzamani menjadi inspirasi besar yang mesti saya masukkan bersama-sama dalam bab khusus beserta kisah allahyarham Ahmad Zafran. Saya mahu memberikan kejutan kepadanya menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 April ini.

Sebaliknya kejutan itu kembali kepada saya.

Beliau meninggal dunia pada Jumaat, 13 Febuari 2009, jam 8 malam di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dikebumikan di Syeksen 21 Shah Alam. Perkara itu dimaklumkan oleh saudara Saiful Bahri Yusof yang mengendalikan Gemilang.Myportal melalui chat box blog allahyarham pada 17 Febuari.

  • Blog allahyarham Badruzamani adalah antara blog tempatan yang penting kerana di situlah saya mendapat tahu entri-entri tulisan beliau mempertemukan pelanggan dan peniaga. Khususnya ketika beliau menulis mengenai penternakan arnab. Allahyarham memudahkan pertemuan dua pihak ini melalui blog beliau.
  • Allahyarham yang juga anak kepada mantan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Dato Syeikh Azmi bin Ahmad dianggap sebagai pelopor dan teraju utama yang mengetengahkan idea perkembangan bisnes internet melalui blog bagi golongan OKU. Inilah satu sumbangan besar beliau kepada komuniti siber tempatan, cuma masih tidak mendapat paparan media.


Terima kasih atas dukungan kuat kepada karyaku dengan kepercayaan tanpa berbelah bagi. Ceritamu yang memberi inspirasi akan kekal tersisip dalam tulisan sebagai caraku mengenangmu dan menceritakan kebaikan serta kekuatanmu.

Beliau bukan sahaja penyokong kuat hasil tulisan saya, malah pemberi kekuatan karya yang baik terbitan PTS dan penyubur budaya membaca buku-buku yang baik dalam bahasa Melayu di negara ini.
  • Sebagai seorang IM OKU, beliau menunjukkan cara dan peluang serta ruang bagi sesiapa sahaja mencari rezeki yang halal dan berkat melalui perniagaan di internet. Ini satu contoh besar kepada industri halal pemasaran internet di negara ini

Al Fatihah kepada allahyarham Badruzamani.
 
Joined
May 21, 2007
Messages
2,519
Likes
7
Points
38
Offline
#3
tapi beliau dah lama tak aktif di wangcyber..
boleh aku tanya beliau sakit ape erk?
"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"
 

wbiz2u

freshman
Joined
May 21, 2007
Messages
143
Likes
0
Points
16
Age
43
Offline
#6
tapi beliau dah lama tak aktif di wangcyber..
boleh aku tanya beliau sakit ape erk?
"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"
Setiap yg terjadi mempunyai penyebab so boleh
tahu.

Beliau dimasukkan ke hospital tempohari kenapa?

W/bgmanapun Al-Fatihah.....
 
Joined
Dec 20, 2005
Messages
546
Likes
2
Points
18
Offline
#7
Innalillah...Al-Fatihah untuk beliau..satu lagi kehilangan anggota wangcyber
 

aqilah

freshman
Joined
Apr 1, 2008
Messages
64
Likes
0
Points
6
Age
57
Offline
#8
Innalillah....Al-Fatihah untuk beliau Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Ameen.....
 
Joined
Oct 2, 2007
Messages
1,763
Likes
4
Points
38
Age
35
Offline
#9
Yang pergi saudah pasti pergi. tapi kita yang masih hidup ni pun tetap akan pergi, tapi BILA dan DIMANA hanya tuhan sahaja mengetahuinya. Bersama kita jadikan sisa hidup ni saat paling bermakna dan memberikan keuntungan untuk orang ramai.. Insyallah
 
Joined
Jan 7, 2008
Messages
30
Likes
0
Points
6
Offline
#11
alfatihah semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. meskipun saya baru mengenalinya melalui blognya tetapi tulisannya di blog cukup memberi kesan kepada saya. satu kehilangan besar ... namun Allah lebih menyayanginya...
 

ubi

freshman
Joined
Oct 7, 2007
Messages
149
Likes
0
Points
16
Offline
#12
inalillah... rasa rugi tak dapat mengenali beliau dengan lebih rapat lagi...

Aritu kat WC gathering sempat borak ngan dia... saya kagum dengan semangatnya yg tabah menghadapi cabaran sebagai OKU dan berdikari tanpa meminta belas kasihan dari sesiapa.

Dulu arwah selalu ajak saya pegi tempat dia dan nk belanja saya makan... tp x dpt penuhi kerana keadaan tak mengizinkan... hmm, rasa menyesal pulak :(

Alfatihah buat seorang insan yg baik yg baru sempat saya kenali...
 
Joined
Jan 1, 2008
Messages
187
Likes
0
Points
16
Offline
#13
masyaAllah.. baru tau.. (jauhnya ketinggalan LRT) :(

abg badruzamani banyak beri nasihat istimewa yg belum pernah saya dengar dari org lain.. nasihat paling terkesan masa berbual kat wc gath tentang betapa pentingnya kita kena aplikasikan idea yg Tuhan bagi.. nasihat tu saya sharekan dengan peserta2 seminar guru kreatif yg saya anjurkan baru2 ni..

last chat dgn arwah selepas dia operation d ppum, tapi dia tak jawab sakit apa.. lepas tu terus tak berhubung.. tak tau berita.. rupa2nya..

semoga allahyarham ditempatkan bersama golongan orang2 yg beriman.. amin..
 
Last edited:
Joined
Nov 18, 2008
Messages
3,332
Likes
9
Points
38
Offline
#15
Al-fatihah.....beliau dah balik ke kampung akhirat dgn bekalannya....saya dah siap bekalan.....??? Tuhan tolonglah saya & semua org Islam....amin
 

ani9415

freshman
Joined
Nov 20, 2007
Messages
634
Likes
0
Points
16
Offline
#16
Astaghfirullah...Innalillah...saya baru je baca post dia lebih kurang 2 jam tadi di thread "Cara-cara nak buat e-book sendiri"..
Ni, baru ternampak thread ni.
Al-fatihah untuk allahyarham.
 
Joined
Feb 10, 2009
Messages
13,730
Likes
1
Points
38
Offline
#17
nie yang sedih nie... sejak saya join wc nie dah 2 berita sedih mcm nie saya baca.. ape pun takziah.... semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yang soleh... amin..
 

tuan

freshman
Joined
Feb 18, 2007
Messages
542
Likes
0
Points
16
Offline
#19
Al-Fatihah... PATUT LA LAMA X KELIHANTN KAT wc biasa dia ada..
 
Top