Teknologi Ini Ialah Motosikal Pertama Yang Dihasilkan Menerusi Cetakan 3D

Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,322
Likes
28
Points
48
Offline
#1
Cetakan 3D kini telah digunakan untuk mencetak komponen pesawat penumpang, kereta, senjata dan juga rumah. Terdapat ramalan mengatakan di masa hadapan setiap rumah akan mempunyai pencetak 3D dan pengguna hanya perlu membeli pelan biru dari pengeluar untuk mencetak produk yang diingini. Ramalan ini masih belum menjadi realiti tetapi semakin banyak produk telah dihasilkan menggunakan teknik ini.

Nera
ialah motosikal pertama yang dihasilkan menggunakan teknik percetakan 3D. Sebanyak 15 komponen digunakan pada motosikal elektrik sebesar 60 kilogram ini. Kerana teknologi ini masih belum cukup matang, Nera tidak mempunyai sistem suspensi tradisional.

Bagi memastikan keselesaan penunggang, terdapat sistem penyerap hentakan terbina pada tempat duduk. Tayar yang digunakan juga tidak berangin dan sebaliknya mempunyai rekaan sarang lebah sekali lagi untuk menyerap hentakan. Buat masa ini Nera hanyalah sebuah prototaip dan tidak bersedia untuk dijual kepada umum.

Sumber: Amanz
 
Top