Ini gua punya story

Joined
Sep 18, 2014
Messages
77
Likes
7
Points
8
Offline
#1
Aku sibuk. Sibuk belajar, kerja. Lgpun kerja kapal. Kalau dulu kena 9 bulan at least atas kapal, skrg kena 3 bulan je. Tapi minat dgn online biz mmg tak pernah padam.

Byk sudah duit spent utk beli e-book ni, e-book tu. Aku tak rasa rugi pun, sbb semuanya ilmu. Ada sekali tu sampai eksiden masa nak pergi belajar 'Internet Marketing' dgn ada satu makhluk mangkuk ayun ni. Igt kan 'Internet Marketing', rupanya online MLM haram jadah. Modal RM7,500. Gila ke apa.

Starting from that, aku terfikir camner nak tolong org yg berminat, tp x de modal. F*ck it la Azizan Osman kata perniagaan x da modal. Semua bisnes ada modal. Byk yg aku jumpa sembang berdegar sampai Sidratul Muntaha, tp depa tak bagi langsung praktical values. Sembang kuasa minda, doa kau tu sendiri pun kuasa minda. Org skrg nak practical values, bukan motivasi berjela tp practical values x ada.

So aku stuck lama... Lama giler. Sampai la aku try open up to Affiq Fadizl's produk ProSpyFB. Dari situ, aku berjaya buktikan yg tanpa modal pun boleh kaut sampai RM310 komisyen. Itu pun masih belum all out lg, sbb terlalu sibuk.

Strategi aku adalah...

Tempat marketing : Facebook
Specific tempat : Groups (10 groups) dan wall sendiri
Targetted customer : peniaga online dan yg baru nak belajar pasal online business di FB
Cara : post ayat promo di groups 3x sehari (9 pagi, 12 tgh hari dan 9 malam). Sama juga spt di wall sendiri. Selang-selikan dgn post giving values spt tips dsb. Jangan kedekut ilmu.

Strategi bodo camni pun bole dpt RM310 komisyen, dan yg paling best adalah tanpa modal (internet je la bayar bulan-bulan).

So apa yg aku ingin cakapkan adalah... Nak buat seribu daya, kalau dah tak nak gerenti byk macam seribu dalih. Itu je. Modal RM1,000 setup online shop pun klu ilmu x nak belajar, kedekut duit nak beli buku ebook bagai, semua nak senang, gerenti takkan berjaya. Tak payah kuasa minda, you already have the Law Of Attraction inside you. Kalau nak, fokus dan buat. Jgn lari drp target dah.

P/S : Alhamdulillah. Kena byk syukur. Itu key utama.
 
Top