Hyper Yield Investment Program (HYIP)---NEVER EVER!!

Status
Not open for further replies.

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
dunia semakin kompleks + manusia semakin 'bijak' + semakin majunya teknologi..

Tapi satu jer yg tetap diperlukan sepanjang zaman..... alim ulama'. Rata2 kebanyakan orang meninggalkan golongan ini.. Tak diperlukan.. padahal alim ulama' adalah pewaris nabi.. :(

PS. Tahukah kita? Tanda kiamat dekat adalah diangkatnya al-Qur'an. Ada yg mengatakan, maksud itu adalah 'diangkatnya' alim ulama' sehinggalah hanya org2 yg bodoh dan jahil sahaja yg tinggal.. Cuba perhatikan, satu demi satu para ulama' yg muktabar pergi meninggalkan dunia.. Hanya org yg takut sahaja mahu mengambil pengajaran. Yg tak mahu, akan terus tutup sebelah mata. Yg penting, duittttt.....
 

aku

Senior
Joined
Apr 7, 2006
Messages
2,105
Points
38
peh.. kene jadik AHLI'nya dulu baru bleh cakap.. kene lakukannyer dulu baru bleh cakap.. kene zina dulu baru bleh cakap zina salah.. eh.. silap topic.. sori :D

//untuk menutup sebarang spekulasi... walaupon contoh yang aku cakapkan di atas memang terang-terangan ler salah dari segi akal pemikiran, tetapi dalam case study kita ni, bezanya cuma dia tak terang-terangan salah.. heh.. pening..

//yang melawan tu biasanye macam geng2 ST dolu2 ler..
 

alhaadi

freshman
Joined
Mar 29, 2006
Messages
212
Points
16
Sebaik baik sikap adalah yg saudara Smartusaha. Sudah jelas HYIP suatu program yg masih blum jelas hukumnya lagi. Kenapa masih ada yg melulu kata HYIP itu haram. Pelaburan haram? Dah tentu pelaburan menjadi haram bila ia dilaburkan kepada sumber yg jelas haram kpd kita org Islam. Ada yg bertanya, betul ke HYIP dilaburkan ke dlm FOREX? Sebab tu saya dah tekankan, jika tidak tahu perlulah rujuk kpd yg AHLI.
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
yup, sebaik-baik sikap adalah mengatakan WALLAHU 'ALAM jika tidak tahu. Ia adalah separuh daripada ilmu.

Hmm, berkenaan HYIP, ikhlas saya katakan, mana yg duit tak stabil tu, elakkanlah. Kalau anda bujang takperlah, tapi kalau ada anak, isteri, tiba2 jer hanguss duit tu, nak bagi makan apa..

Saya tak akan kata hyip tu boleh atau tak. Kalau dari segi hukum, sorry, tak berani nak komen. Tapi kalau dari segi sistem atau risiko, saya tak galakkan. HYIP sudah jelas risikonya amat besar. Sebab, kita tak nampak orang yg handle tu. Tambahan lagi, alamat, no tel pun tak der kat website. Risikonya, mereka bila2 masa boleh lari..

Jadi, harapan saya kepada yg baru berjinak dengan dunia bisnes internet, ada dua perkara yang saya ingin katakan:
1. HYIP, autosurf, adalah bukan bisnes, tp mmg boleh buat duit. Ia adalah Program Wang. Ia adalah pelaburan. HYIP adalah ringkasan bagi High Yield Investment Program. Jelas dari perkataan tu, ia adalah pelaburan dan sebuah program. BUKAN BISNES. ;)

2. Buatlah sesuatu yg rendah risikonya. Kalau anda tiada modal, buatlah model ebiz spt affiliate, adsense atau drop ship. Kalau ada modal sikit, boleh hasilkan produk sendiri. Dan inilah baru dinamakan BISNES. Ada proses jual beli. Ada sorang member kita, kalau tak silap wanted. Dia fokus kpd adsense, dan berkat kesabaran, dia dapat USD100 pertengahan April lepas.

Jadi, bab hukum, kita serah kpd ulama'. Tapi bab risiko, model dia base kepada apa (ponzi ker?), atau lain2 citer, kita leh diskus.. ;) Bab hukum tu, kita tunggulah ulama' keluarkan fatwa..

Wallahu 'alam.
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Maybe kepada yg belum jelas apa itu HYIP dan skim ponzi, boleh lawati web berikut. Baca tau, banyak info berguna..

http://en.wikipedia.org/wiki/HYIP

http://en.wikipedia.org/wiki/Ponzi_scheme

Pada sumber pertama, dinyatakan: "HYIPs typically are not based in the United States, Europe, or Japan - countries that have strong laws against unregistered investment programs".

Dinyatakan lagi: "HYIPs disclose little or no detail about the principals, management, location, or other aspects of whom is getting the money to be invested, and relatively little information (other than asserting that they do various types of trading on various stock and other exchanges) on how their investment programs actually work".

Maybe yg pakar HYIP boleh komen pernyataan di atas. Mana tahu tak betul ker.. :)
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
alhaadi said:
Ada yg bertanya, betul ke HYIP dilaburkan ke dlm FOREX? Sebab tu saya dah tekankan, jika tidak tahu perlulah rujuk kpd yg AHLI.
yer.. betul... saya kenal 2 orang yg buat/anjerkan program hyip nie. Terus terang dia kata dengan saya.. duit orang2 yg labur pada dia tu.. dia labur semula dekat forex dan juga kat program hyip yang lain. So.. apa yang tak ahlinya?..

siapa yang ahli?... pangil dia meh masuk sini...
 

alhaadi

freshman
Joined
Mar 29, 2006
Messages
212
Points
16
2 org penganjur HYIP yg saudara Shuth kenal tu pun bleh. Selain tu, mereka bleh terangkan kpd kita bagaimana wang pelabur dilaburkan dalam FOREX/program HYIP.

Yg saya nampak HYIP akan menjadi HARAM bila:-
- dilabur ke dlm program yg haram utk org Islam
- pelabur itu sendiri iaitu sanggup melabur dalam jumlah yg besar semata2 kerana tamakkan dan gilakan duit

Bagaimana pula mereka yg suka mengambil sikap berhati2 dan melabur dalam kuantiti yg kecil bila bermain HYIP? Mungkin mereka ini termasuk saya melakukan suatu perkara yg makrukh. Kenapa ia makrukh? Kerana kita semua tahu HYIP adalah suatu program yg berisiko tinggi dan memudaratkan diri jika tidak berhati2.

Mungkin HYIP ni sepatutnya dijadikan sbg salah satu hobi masa lapang. Jangan jadikan HYIP sebagai sumber utama pendapatan kita.
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
alhaadi said:
2 org penganjur HYIP yg saudara Shuth kenal tu pun bleh. Selain tu, mereka bleh terangkan kpd kita bagaimana wang pelabur dilaburkan dalam FOREX/program HYIP.
dah ajak.. tapi diorang tak berani masuk sini... sebab kalau dah masuk sini.. susah diorang nak cabut kalau hyip diorang bungkus.

Bagaimana pula mereka yg suka mengambil sikap berhati2 dan melabur dalam kuantiti yg kecil bila bermain HYIP? Mungkin mereka ini termasuk saya melakukan suatu perkara yg makrukh. Kenapa ia makrukh? Kerana kita semua tahu HYIP adalah suatu program yg berisiko tinggi dan memudaratkan diri.
Jika anda melabur sorang2 dan lingkup sorang2 itu tidak mengapa. Masalah wujud bila orang2 nie mula mengajak orang2 lain sebab nak dapat komisyen.. jadi.. bila lingkup.. ia menyusahkan ramai orang yang lain lagi. Anda mungkinlah tak merasa kesan sebab labr kecil2.. tetapi bagi orang yang anda ajak.. yang sememangnya b***h dengan perkara2 begini.. masukkan duit mereka banyak2. Anda pula.. tak nak bagi nasihat dan membiarkannya.. sebab apa?.. sebab lagi banyak dia labur.. semakin banyak lah komisyen anda...

Jadi... kesannya?.. ia merosakkan umat...
 

aku

Senior
Joined
Apr 7, 2006
Messages
2,105
Points
38
sebenarnya, FOREX pon masih menjadi was-was bagiku 8)

beranikah 'mereka yang AHLI tentang HYIP' ni berdebat ngan 'mereka-mereka yang benar2 buat bisnes dan buat duit dengan cara yang jelas' di sini?

ini adalah cabaran terbuka :D

ayat selingan 1: Tuhan bagi kita otak untuk mengetahui tahi itu busuk, sudah tentu kita tahu memakannya tidak memberi apa-apa faedah... perlukah kita makan dahulu untuk mengetahui ianya tidak berfaedah?

ayat selingan 2: Kita hanya perlu menjadi 'AHLI agama' untuk mengetahui ketidakbenaran 'AHLI tiada agama'...

ayat selingan 3: kadang2 kita mendapat sedikit nikmat dari sesuatu yang salah sehingga kita percaya ia benar...

ayat selingan ini hanyalah kata-kata hatiku... sila abaikan jika anda mahu :wink:
 

zolkifle

freshman
Joined
Mar 20, 2006
Messages
37
Points
6
Kalau sesiapa yang begitu berminat sangat dengan HYIP ini tapi hatinya masih berbelah bagi halal ke haram sila kemukakan kes anda pada pihak berwajib dibawah.

http://www.e-fatwa.gov.my/alamat.asp

Jangan kata HYIP secara umum tapi MESTI SPECIFIC kepada program apa yang anda join. Sama jugak macam MLMlah jangan kita senang2 kata semua haram ...

Satu lagi tentang FOREX jual beli duit ni pun kalau ada pendapat yang menyatakan ianya haram, cuba cari kat sini pun kena SPESIFIC juge

http://www.al-ahkam.net/home/index.php

http://www.al-ahkam.net/home/index....ht=forex&sid=2059045ec20c3a6fb99a36ba8692e7ea
http://www.al-ahkam.net/home/index....ht=forex&sid=2059045ec20c3a6fb99a36ba8692e7ea
 

alhaadi

freshman
Joined
Mar 29, 2006
Messages
212
Points
16
Saya bersetuju kalu HYIP ni tergolong dalam suatu program yg merugikan. Sebab tu hanya ada 2 cara sahaja bila persoalan HYIP timbul, tinggalkan terus ataupun sekadar jadikan ia sbg hobi waktu masa lapang.

Utk pengetahuan En shuth, sejak 2 minggu bermain dgn HYIP, saya blum lagi mempunyai downline. Kenapa? Sebab bukan kerana bila downline saya ni lingkup, saya bleh berlepas tangan. Tetapi memang sikap saya, tidak suka mepunyai kaitan dgn org yg saya x kenal. Rasanya yg menjadi kesalahan saya adalah saya pernah menwar-warkan program ini. Saya rasa lebih baik saya membuang signiture saya yg berkaitan dgn HYIP. Lagipun saya berminat menjadikan perniagaan internet sbg sumber pendapatan saya.

Saya bukan seorg yg PRO HYIP. Saya cuma x suka jika kita mudah mengharamkan suatu benda yg masih menjadi persoalan. Saya percaya En Shuth lebih suka jika program ini diharamkan terus. Tapi pada saya ia sekadar program yg makrukh. Jika saya lingkup akibat HYIP, pada saya bukan kerana program tersebut, tetapi kerana salah saya sendiri kerana tamak dan gilakan duit.

Jika sekiranya kerajaan mengambil langkah mengharamkan program ini, saya rasa itulah yg jalan terbaik utk semua pihak. Saya x fikir yg saya akan melenting dan menyalahkan kerajaan. Sebab saya cuma menganggap HYIP sbg sebahagian masa lapang saya. Jika sekiranya semua mereka yg terlibat dalam HYIP bersikp spt saya sehingga HYIP lingkup, saya dan mereka yg bersikap spt saya tidak rugi apa2. Siapa yg rugi? Tentunya mereka yg tamakkan dan gilakan duit.

Kepada En Aku, kita sekarang ni berbincang tentang HYIP bukan FOREX. Dan juga kita bukan bercakap tentang autosurf. Lebih baik isu selain HYIP dibincangkan ke tempat yg sepatutnya.
 

aku

Senior
Joined
Apr 7, 2006
Messages
2,105
Points
38
aku bukan bercakap pasal FOREX.. yang aku sentuh pasal forex tu sebab ngko macam setuju jer ngan HYIP sebab dengan alasan mereke invest di FOREX... jadik aku ringkaskan ayat.. FOREX pon masih ragu2 pada aku.. (ke ko pon pejam sebelah mata nih..)

hehehe.. bab nak mengharamkan sesuatu yang tak pasti, aku tak pernah plak sebut.. mungkin ngko maksudkan org lain, sape tu? :lol: aku tak pernah tulis kat sini perkataan haram sekali pon <- kecuali yang di sini.. (dan ayat permulaan perenggan ni)

yang banyak tulis samada HYIP ni haram atau tak adalah ngko sendiri, sila buat pencarian di Edit > Find in This Page > haram (jika ngko gune FireFox)

mungkin itulah yang bermain difikiran ngko (haram ke tak.. haram ke tak).. sebab tu ngko cakap makruh (tak perlu tambah k pada makruh sebab memang huruf 'ha')..

dan apa yang aku nampak disini, ngko nak mengajak org berHYIP tetapi dalam masa yang sama cuba nak buat disclaimer awal2... org cakap, nak lepas tangan awal2...

tak seperti ngko, rata2 yang terpengaruh dengan HYIP ni nakkan pulangan lumayan.. mereka kalau pon bersikap tamak seperti yang ko cakap, disebabkan oleh unsur2 yang ada dalam HYIP itu sendiri. HYIP itself buat gerenti dapat duit dalam masa singkat...

dan satu lagi.. ini pon ngko banyak mention gak.. ngko buat sebagai hobi... hmm... jadik bleh disimpulkan.. hobi ngko buat bende makruh (makruh ni ngko yang cakap aa) kita terjemah makruh plak.. hobi ngko buat bende yang ALLAH tak suka tapi tak haramkan...(kali ke-7 aku sebut perkataan nih)

sekian.. jangan marah.. aku tak emo pon hahahaha :lol:
 

alhaadi

freshman
Joined
Mar 29, 2006
Messages
212
Points
16
Saya bukan seorg yg menyokong HYIP. Pasal saya bersetuju dgn hyip dgn alasan ia invest dgn FOREX adalah lebih baik jika ia diinvest ke sumber yg meragukan. Forex seperti yg kita ketahui ia berkaitan dgn permainan mata wang. Selagi ia tidak jelas hukumnya, maka kita bleh memberi pendapat sama ada ia suatu yg haram atau makrukh ~ opst tersalah eja - terima kasih kpd En Aku kerana betulkan saya. Saya blum pernah memberi pendapat yg HYIP itu halal/haram, tetapi makruh/haram. Sepatutnya kita bleh membezakan antara menjatuhkan hukum dgn memberi pendapat. Saya hanya memberi pendapat bukan menjatuhkan hukum. Saya x maksudkan En Aku yg mengatakan HYIP itu haram, tetapi perbincangan mengenai HYIP bukan sahaja dibincang dlm forum ni, malah dibeberapa forum yg lain. Saya setakat ni blum lagi terfikir nak jadikan ia sumber pendapatan utama. Spt yg saya kata, ia bagaikan mengisi masa lapang.

* saya bukan penyokong HYIP
* saya memberi pendapat bukan menjatuhkan hukum
* saya memberikan pendapat makruh/haram bukan halal/haram
* saya hanya menjadikan ia sbg sumber masa lapang saya

satu lagi, harap En Aku dan ahli forum yg lain, jika kita bercakap apa kata kita gunakan saya/awak berbanding aku/engkau. Just cadangan...
 

waldin

freshman
Joined
Feb 2, 2006
Messages
141
Points
16
Jika sekiranya kerajaan mengambil langkah mengharamkan program ini, saya rasa itulah yg jalan terbaik utk semua pihak.
Jika kerajaan tak haramkan pun belum tentu dari segi syara'.
contoh TOTO kerajaan tak haramkan pun.........
 

Filzan

freshman
Joined
Dec 28, 2005
Messages
306
Points
16
Kalau kita sendiri dah mengatakan ianya makruh, mengapa tak ditinggalkan sahaja?? kan itu yg dituntut oleh Islam utk meninggalkan yg makruh... mendapat pahala..
Mengapa perlu dijadikan hobi.. kan banyak lagi hobi yg lebih berfaedah...??
Kalau ragu-ragu diantra halal dan haram, kan lebih baiklah ditinggalakan sahaja..., kita bukan dlm keadaan darurat utk menghalalkan yg haram/syubhah tu..

Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga dari yang syubhat, berarti dia telah menjaga diri dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjerumus dalam syubhat berarti dia telah terjerumus kepada yang haram. Sebagaimana seorang pengembala yang mengembala di sekitar larangan, maka lambat laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki daerah larangan. Adapun daerah larangan Allah adalah apa yang diharamkan-Nya." (HR Bukhari & Muslim).

satu lagi mengnai konsep pelaburan yg memberi keuntungan tetap.. apa yg saya tahu itu mmg dah jelas diharamkan dlm konsep muamalah islam krn mengandungi unsur2 riba dan gharar.., dlm konteks negara kita itu antara sbb mengapa diwujudkan bank2 islam dan skim perbankan islam yg tidak memberi keuntungan tetap..., krn skim konvensional itu mengadungi unsur2 riba dan gharar..
So dlm konteks HYIP pula bagaimana??.., adakah ia memberi keuntungan tetap?? Tepuk dada tanyalah Iman...

Jika ada yg tersalah harap betulkan .. Wallahua'lam..
 

Filzan

freshman
Joined
Dec 28, 2005
Messages
306
Points
16
Ye betul bagus keputusan tu sdr alhaadi, w/pun program2 mcm ni boleh buat duit tapi kalau benda tu ragu2 lebih baik kita tingglkan terutamanya yg melibatkan soal halal/haram ni...
Tahniah!! :wink:
 

alhaadi

freshman
Joined
Mar 29, 2006
Messages
212
Points
16
:oops: Terima kasih kerana menyokong saya. Rasanya domain ni ada manyak fengshui lah :D . Selain tu keyword dia pun bagus. Kebanyakan rakyat malaysia menyebut business sbg bisnes. Saya nak jadikan website ni lebih kepada portal artikel bisnes. Tapi ada masalah skitlah. Saya ni bukanlah otak bisnes seperti Saudara Shuth, Smartusaha dan juga ahli2 forum wangcyber. Jadi kepada sesiapa yg suka menulis artikel tentang bisnes, sudi2 kanlah menghantar artikel tersebut utk saya letak ke dalam website saya. Disebabkan saya sendiri yg membina website, mungkin ambil masa skit. Maklumlah website newbies...
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
alhaadi said:
:oops: Terima kasih kerana menyokong saya. Rasanya domain ni ada manyak fengshui lah :D . Selain tu keyword dia pun bagus. Kebanyakan rakyat malaysia menyebut business sbg bisnes. Saya nak jadikan website ni lebih kepada portal artikel bisnes. Tapi ada masalah skitlah. Saya ni bukanlah otak bisnes seperti Saudara Shuth, Smartusaha dan juga ahli2 forum wangcyber. Jadi kepada sesiapa yg suka menulis artikel tentang bisnes, sudi2 kanlah menghantar artikel tersebut utk saya letak ke dalam website saya. Disebabkan saya sendiri yg membina website, mungkin ambil masa skit. Maklumlah website newbies...
1. Keyword cantik dah dapat.. Bagus, nasib saya tak beli dulu domain tu.. cantik tuuu... Name tu dalam list saya.. huhu... Takper.. hehe..

2. Dah dapat keyword, fikirkan nak buat apa. Nak jadikan domain tu (web) sbg tempat menjual, informasi, blog, portal, forum... etc.. Take time buat research.. Jgn cepat buat keputusan dalam kepala tanpa buat kajian domain tu utk apa.. Suggestion saya, letak jer apa2 dulu (iklan ker..) b4 launchkan yg betul2..

3. Terdapat banyak model yg sdr boleh buat.. So, kaji dan kaji apa yg sesuai dgn saudara serta yg beri keuntungan.. Bisnes is bisnes.. :)

4. Otak bisnes? Hehe, benda tu boleh develop.. Saya dulu nak kerja makan gaji. Software engineer konon, tapi skang dah nampak, apa minat saya dan dunia saya.. KEUSAHAWANAN.. Boleh diasah dgn byk membaca, bertanya dan berkawan dgn otak2 bisnes.. Salah satu yg buat saya masuk bidang ni adalah bergaul dgn otak bisnes. Betul kata org, kita adalah siapa kawan kita.. sometimes.. Itulah saya. Saya kawan dgn otak bisnes, sampai saya gilakan bisnes... hehe.. Kalau kita kawan dgn org yg suka dok lepak, kita lemah, kita pun akan jd kaki lepak..

So, take time buat kajian, bisnesonline.com tu utk apa.. Jgn fikirkan keuntungan j.pendek, buatlah sesuatu yg memberikan keuntungan jangka panjang.. cari case study spt yahoo, amazon, dan ambil satu internet marketer yg dah berjaya. Ikut step dia..

Bisneonline.com tu nama cantik.. Tahu tak? Skang ni nama domain dijadikan satu sumber pendapatan. Termasuk website.. Sebab website tu berkualiti, orang sanggup nak beli brp ribu pon.. Baru2 ni kawan sy ada beli satu domain name.. Tup tup, ada mat salleh nak beli dgn harga USD300. Kalau RM brp tu? Tp dia taknak jual..

Teruskan usaha anda.. ;) Rakan2 kat sini semuanya ada kelebihan masing2 dan tanyalah mereka..

Wassalam.
 
Status
Not open for further replies.
Top