Teknologi Huawei Mate 20 X Akan Dijual Bermula 11 November Ini Pada Harga RM3199

Deli

Active
Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,302
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Huawei Malaysia hari ini telah pun mengesahkan yang mana telefon pintar Mate 20 X mereka akan dijual di Malaysia pada 11 November ini – seperti mana yang dijanjikan sebelum ini tanpa sebarang penangguhan.

Huawei Mate 20 X merupakan telefon pintar memfokuskan permua dan pada masa yang sama turut memfokuskan kepada produktivit melalui penawaran skrin bersaiz besar.



Telefon pintar ini turut menyokong input berasaskan stylus khusus yang dinamakan M-Pen. Selain itu, ia turut hadir dengan sokongan penyejukkan berasaskan Vapor Chamber, dan dilengkapi kalis air IP53.

Dari segi spesifikasi, Huawei Mate 20X hadir dengan skrin 7.2-inci, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang seperti Mate 20 Pro, selain bateri berkapasiti 5000mAh.

Di Malaysia, ia dijual pada harga RM3199. Pengguna turut akan menerima M-Pen dan kerangka luar khusus, selain turut boleh menebus papan kekunci nirwayar melalui aplikasi Huawei VIP.

Sumber: Amanz
 
Top