>>HOT<<JaMaL Dah Berhenti Kerja Sebab IM! IM Punya Pasal :-)

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat WC semula..

Sudah genap setahun saya dah berhenti kerja. Teringat awal-awal pembabitan
dalam IM dahulu saya nak berhenti kerja. jom ikuti sejarah/alkisah saya nak berhenti
dahUlu.

Kini sudah 1 tahun saya bergelar Full Time IM. Saya membuka thread ini untuk
share apa-apa yang saya minat nak share di sini berkenaan bisnes internet yang
saya jalankan sejak Dis 2008 hinggalah kini..

Selama 1 tahun 4 bulan saya menjalankan perniagaan internet secara part time
sebelum mengambil keputusan berhenti kerja sebagai jurutera awam di jabatan
kerajaan....

Kini saya bergelar full time IM...

Yang sentiasa memburu ilmu baru untuk memajukan diri, keluarga masyarakat..
Memandangkan saya bermula dari forum WC ini, banyak saya pelajari dari sini.
Dari ilmu buat ebook, internet marketing, affiliate, blogging, dll, banyak saya
dapat dari sini...

Saya dapat JV dari sini, saya dapat affiliater dari sini, saya dapat prospek dari sini,
saya dapat pelanggan dari sini, saya dapat sahabat-sahabat seperti anda dari sini..

Banyak benefit yang saya dapat...


Oleh itu, saya rasa, saya ingin buka khas thread ini untuk share apa yang saya
tahu dan juga pengalaman saya untuk sahabat di WC terutamanya dalam bidang
internet marketing....Apa saya tahu, saya share insyallah...


Buat mereka yang baru, ada satu kisah ..


Izinkan saya menyampaikan satu kisah. Kisah bagaimana seorang yang banyak hutang kepada zero hutang disebabkan perniagaan ebook.


Jamal (bukan nama sebenar), merupakan seorang yang banyak berhutang. Lebih-lebih lagi, beliau baru saja bekerja. Baru saja kerja, beliau berkahwin. Biasala kahwin ni pakai duit yang banyak. Bila dah kahwin, gaji semakin tak cukup. Ambil pula kad kredit. Bila ada kad kredit, belanja tak ingat dunia, lebih-lebih lagi si Jamal ni membenarkan pengeluaran duit kad kredit dari ATM.


Belum ditambah lagi dengan hutang PTPTN. Jika ditotalkan semua hutang, lebih RM10k. Nampak macam sikit, tapi bagi orang muda seperti Jamal, ianya sangat membebankan. Dapat gaji tutup hutang, belanja dapur lagi, anak lagi. Bersih dari gaji yang seciput RM2700 tu tinggal la dalam RM100. Bolehla buat main kutu.
Apabila masalah kewangan si Jamal makin meruncing, beliau pening. Mulalah beliau mencuba perniagaan MLM. Masuk ada la keluar modal ahli sikit. Tapi yang penatnya, selepas waktu bekerja, kena cari prospek/pelanggan. Kadang kala hingga malam juga. Itu belum lagi perjumpaan yang sering diadakan oleh upline-upline. Penat. Mana tak penat, selalu je balik rumah jam 12 atau 1 pagi.


Itulah yang dilakukan demi untuk mencari wang tambahan. Tapi, tak dapat untung pun. Malah makin banyak duit dikeluarkan untuk membeli produk dari upline. Si upline sibuk suruh si Jamal tarik downline sana-sini, promosikan produk. Nak tarik pelanggan kena keluar juga duit kopi, takkan kosong je. Jika pelanggan membeli, ok juga. Dapat pulangan.


Akhirnya, kerana tidak tahan lagi dengan MLM, si Jamal STOP. Say no to MLM! Bukannya tak bagus, tapi si Jamal rasa tak sesuai untuk diri nya. Tak sanggup dah asyik pergi seminar tiap malam menyanyi lagu syarikat MLM, dan sibuk memuji kejayaan orang lain.


Sehinggalah hampir dua tahun selepas itu, di mana Jamal masih memiliki hutang yang banyak. Hutang dengan kad kredit, hutang PTPTN, hutang kawan-kawan. Pening dan serabut kepala dibuatnya.
Hinggalah satu hari....


Beliau membaca majalah Maskulin online di internet...Lain di cari lain yang dijumpai. Beliau terlihat satu artikel berkenaan perniagaan internet yang ditulis oleh Dr Irfan Khairi, iaitu seorang jutawan internet Malaysia. Baca punya baca, Jamal terpengaruh...


Beliau mula tertarik untuk mencuba perniagaan internet. Dalam bermacam-macam jenis perniagaan internet yang boleh dijalankan, beliau berminat untuk menghasilkan ebook. Ianya kerana ianya amat sesuai untuk Jamal yang tidak memiliki modal besar, masa yang cukup dan juga tak tahu selok belok jika jual barang fizikal..
Dengan RM200++ yang Jamal &#8216;curi&#8217; lagi dari kad kredit, beliau ke pejabat Dr Irfan Khairi dengan menumpang motorsikal rakan Indianya, Gogilan Murugesu. Memang baik hati rakannya ini.
Dan selepas membeli ebook dan juga buku/manual berkenaan buat website, dan panduan-panduan asas yang lain, beliau pun memulakan langkahnya. Memang sukar juga bermula dengan panduan asas ini, sebab ianya seperti tidak lengkap 100%.


Dan siaplah ebook pertamanya selepas 1 bulan. Dan bermulalah promosi jualan ebooknya. Promosi punya promosi, tiada jualan. Maklumlah web jualan ebook buruk, ayat tak power, system-sistem penting seperti order form, affiliate dan autoresponder Jamal tak tahu apa-apa lagi.


Seminggu selepas itu, dapatlah jualan pertama ebook Jamal. RM30! Wah! Jamal sangat gembira. Memang benar di internet boleh jana wang! Heboh se-ofis beliau. Memang sangat-sangat gembira. Seolah-olah beliau telah menjana RMxx ribu..
Apapun, RM30 tu adalah pemangkin semangat untuk Jamal untuk meningkatkan lagi usaha dan ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan ebook. Bak kata orang &#8220;Kejayaan Yang Kecil, Akan Membuahkan Kejayaan Yang Lebih Besar!&#8221;
Dan dari situlah Jamal semakin meningkatkan usahanya dalam mengkaji ilmu perniagaan ebook secara sendirian. Dengan modal yang sangat kecil. Beliau mencuba &#8216;try and error&#8217;. Memang sukar bermula tanpa mengenali mereka yang berjaya yang dapat membantu beliau.


Pada bulan ke-2 berbisnes ebook, beliau berjaya menjana RM3 ribu yang pertama. Beliau semakin gembira. Beliau dapatkan sebuah laptop untuk memudahkan kerja beliau. Dan tidak lupa, beliau mendapatkan Maxis Broadband untuk meneruskan kerja perniagaan ebooknya. Untuk makluman anda, Jamal menjalankan perniagaan ebooknya di waktu malam selepas beliau balik dari tempat kerja.
Pada bulan ke-3 selepas memulakan bisnes ebooknya, beliau berjaya menjana RM16k selepas melancarkan ebook ke-2 nya iaitu ebook RLTKK . Memang sambutan terhadap ebooknya amat menggalakkan. Dan bulan berikutnya beliau berjaya mendapatkan RM15k ke atas setiap bulan secara konsisten.


Sehinggalah beliau melancarkan ebook ke-5 nya, Emas-Emas Yang Hilang (telah ditutup jualannya). Ebook ni berjaya memecah rekod peribadinya dan juga rekod jualan ebook Malaysia 2009, di mana ebook ini berjaya menghasilkan jualan lebih RMXXXK dalam masa 40 hari. Ebook ini adalah ebook di mana beliau bergabung dengan 2 orang partner yang lain.


Dari hari ke hari, Jamal semakin berjaya dalam bisnes ebooknya. Dari hidup susah, beliau agak senang sekarang. Walaupun beliau masih lagi duduk di rumah flat, tidak memiliki kereta besar tapi beliau sentiasa menjana income lumayan dari internet.


Dan pada awal 2010, iaitu Feb 2010, setelah setahun 2 bulan beliau terlibat dalam bisnes ebook, beliau melancarkan ebook berkenaan Internet Marketingnya yang pertama iaitu Rahsia Affiliate Kerajaan, ternyata ebook tersebut sekali lagi BOOOM! Lebih RMXXK sebulan berjaya diperolehi hasil dari jualan ebook PANAS tesebut!
Nama beliau semakin meningkat naik di Malaysia. Beliau bukan saja berjaya dalam pemasaran ebook sendiri, tapi beliau juga berjaya dalam pemasaran affiliate.(promosikan produk orang lain dapat komisen). Disebabkan kejayaan beliau, beliau telah diundang untuk memberikan ceramah berkenaan perniagaan ebook di university, mengadakan bengkel ebook, dijemput oleh pihak TV online dalam sesi temuramah berkenaan perniagaan ebook.


Kini, beliau boleh dianggap sebagai Pakar Ebook Malaysia kerana berjaya mendapat kejayaan yang besar bagi setiap pelancaran ebook-ebooknya. Beliau juga memiliki rakan-rakan Internet Marketer yang tersohor di Malaysia seperti Zamri Nanyan, Patric Chan, Suthan, Ammar Zahar, Adly Flarebiz, dan ramai lagi.
Itulah serba sedikit kisah bagaimana Jamal bermula dengan negative (hutang) RM200++ untuk memulakan bisnes internet sehinggalah berjaya menjana lebih RMXXXk jualan ebook setahun. Satu pencapaian yang ramai orang fikir &#8220;adalah mustahil&#8221;. Baru mula, baru kenal apa itu minisite, ebook tapi berjaya menjana income yang begitu besar..


Itulah kehebatan perniagaan ebook.


Ianya mampu merubah hidup Jamal dengan begitu pantas.
Dan kini, Jamal mencipta satu kejutan lagi. Beliau telah menubuhkan pusat latihan perniagaan internet yang bernama IM Training Center di Seksyen 7, Shah Alam. Di situlah pusat yang akan digunakan oleh usahawan-usahawan internet Malaysia untuk mengembangkan ilmu mereka kepada mereka yang lain. Pusat IM training Center ini telah ditubuhkan oleh Jamal dengan modal lebih RM50k hasil dari duit bisnes ebook.


Itulah kisah bagaimana Jamal bermula hinggalah kini. Walaupun kisah ini tidaklah seberapa hebat seperti jutawan-jutawan MLM, tapi kisah ini mampu membantu anda yang mungkin mengalami atau sama kisah hidup seperti Jamal sebelum ini menjana income besar dengan perniagaan ebook.


Dan lebih setahun perniagaan ebook Jamal dilakukan secara part time, di mana siang hari beliau bekerja makan gaji, malam hari beliau menjalankan perniagaan ebook.


Siapa Jamal itu sebenarnya?


Dah namanya Jamal, sayalah orangnya. Hehehehe..Kisah ini adalah benar 100%. Jika anda tak percaya, cubalah Tanya orang di internet seperti di forum-forum, peserta ceramah ebook saya, peserta bengkel saya, student personal coaching saya....Mereka akan membuktikan kebenarannya..
 
Last edited:

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Bagi sesiapa baru nak memulakan IM dan nak berhenti kerja jadi full time IM, mungkin boleh ikuti sedikit thread ini..

Dan selepas ini, saya ingat nak menyumbang pengalaman/ilmu yang tak seberapa yang mampu diletakkan di sini
yang mana saya telah menjadi ahli aktif WC ni sejak 2009 lalu..(tengok post la, dah berapa ribu..hehehehe)
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
wah... best2... mesti nak baca lagi kisah dan tips dari Jamal nie.. best2...
Hahaha..Imabiz, rakan seangkatan dahulu..tips saya bese 2 je..Imabiz pulak kongsi tips:)

Agak-agak, apa yang patut saya kongsikan di sini ye...
 

Imabiz

Newbie
Joined
Feb 10, 2009
Messages
13,846
Points
38
Hahaha..Imabiz, rakan seangkatan dahulu..tips saya bese 2 je..Imabiz pulak kongsi tips:)

Agak-agak, apa yang patut saya kongsikan di sini ye...

jamal kongsikan tips nak buat ebook... secara kasar... bagaiman flow chart menghasilkan ebook yang berkualti dan laris dipasaran... teknik pemasaran yang berkesan sampai orang menangsi kalau tak beli ebook tue...

secara ringkas lah... kalau nak full complete edition... pegi seminar la yerk tak... hehe..
 

monoloque

freshman
Joined
Feb 23, 2011
Messages
300
Points
0
Thanks bro, boleh dijadikan motivasi untuk orang baru.
Dan tahniah dapat income beribu-ribu..
Jangan lupa zakat ye..

Cuma satu jeee..
Kini saya bergelar full time IM...

Yang sentiasa memburu ilmu baru untuk memajukan diri, keluarga masyarakat..
Memandangkan saya bermula dari forum WC ini, banyak saya pelajari dari sini.
Dari ilmu buat ebook, internet marketing, affiliate, blogging, dll, banyak saya
dapat dari sini...

Saya dapat JV dari sini, saya dapat affiliater dari sini, saya dapat prospek dari sini,
saya dapat pelanggan dari sini, saya dapat sahabat-sahabat seperti anda dari sini..

Banyak benefit yang saya dapat...
Bro dah berjaya dan dapat income banyak dengan ilmu dari sini.
Tapi kenapa THANKS tu nampaknya ZERO dari 2009..?
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
jamal kongsikan tips nak buat ebook... secara kasar... bagaiman flow chart menghasilkan ebook yang berkualti dan laris dipasaran... teknik pemasaran yang berkesan sampai orang menangsi kalau tak beli ebook tue...

secara ringkas lah... kalau nak full complete edition... pegi seminar la yerk tak... hehe..
Pertama idea - kekuatan dalam bisnes ebook bermula dengan idea..
idea yang boleh terjual. Untuknya, kita perlu dapatkan idea yang
fresh, unik, lain dari lain dan apa yang paling penting dimahukan oleh
orang ramai...sebab itu penting untuk kita buat market research
dahulu...Apa yang penting lagi, idea kita tu perlu kita jadikan ianya
LAIN DARI YANG LAIN..itu antara secretnya..

Lagi, kita kena bertindak pantas. Ada idea hebat, cepat-cepat realisasikannya.
Jika lambat, orang lain akan pintas dan kita akan rugi. LEbih2 lagi jika idea
itu fresh di pasaran...Kita boleh jadi PIONEER bagi idea/niche tersebut. Dan
apabila kita menjadi orang terawal, kejayaan itu lebih mudah. Dan kita lebih
mudah dikenali. Salah satu cara nak jadi pioneer dalam satu-satu bidang, kita
kena terjun dalam NICHE MARKETING..Iaitu pemfokusan kepada bidang yang
lebih targetted, lebih spesifik...

Idea dah hebat - tajuk ebook perlu kena hebat. Orang tertarik dengan ebook kita
adalah disebabkan tajuk juga. Jadikan tajuk ebook kita unik, lain dari lain dan
apa yang penting mampu tarik perhatian...Gunakan unsur-unsur result, targetted
prospect, angka, kontroversi, historical, pada tajuk ebook untuk memainkan/menarik
emosi/perhatian prospek....

Kemudian - sales letter kena power. Ayat kena menyelami emosi prospek.

NExt - bila ebook power, sales letter power - ramai orang nak Jv dan join affiliate. Dan
kita pual, kena sediakan tool promosi yang terbaik...Emel followup, banner dsbnya..

Nak power lagi - cuba grab prospek dengan pre launch yang benar-benar tersusun. (80% pembeli adalah datang dari pre launch)


* Subscribed to thread :)
tenkiu tuan


Thanks bro, boleh dijadikan motivasi untuk orang baru.
Dan tahniah dapat income beribu-ribu..
Jangan lupa zakat ye..

Cuma satu jeee..


Bro dah berjaya dan dapat income banyak dengan ilmu dari sini.
Tapi kenapa THANKS tu nampaknya ZERO dari 2009..?
Zakat - alhamdulillah..tunaikan. Itu kewajipan..Sebab itu kita kena majuka kewangan kita
supaya boleh bayar zakat..

Thanks tu kosong? Dulu takde thanks...Kena tanya shuth la ni kenapa tiada thanks di profile
saya hehehe..Nanti orang sangka lain pula...
 

Abang Internet

freshman
Joined
Dec 5, 2007
Messages
925
Points
18
saya pun dah berhenti kerja.
dulu gaji tetap saya hampir rm 3000 sebulan.
tetapi saya berhenti kerja jugak.
mula-mula tu memang seksa jugak.
sebab pemikiran masih pemikiran pekerja walaupun dah jadi i.m fulltime.
tetapi sekarang dah ok dah.

harga kebebasan kerja itu mahal harganya.
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
saya pun dah berhenti kerja.
dulu gaji tetap saya hampir rm 3000 sebulan.
tetapi saya berhenti kerja jugak.
mula-mula tu memang seksa jugak.
sebab pemikiran masih pemikiran pekerja walaupun dah jadi i.m fulltime.
tetapi sekarang dah ok dah.

harga kebebasan kerja itu mahal harganya.
Rakan seperjuangan saya...Sama kes ni. Abang internet yang banyak pengalaman
dan ilmu ni pun saya minat nak dengar perkongsian hebat ni...


tu diaaa...dasat otai ebook kongsi cerita..alhamdulillah....moga lebih ramai IM full time akan dilahirkan
Otai ke petai?

Bro antara salah seorang full time IM yang bakal dilahirkan :_)
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
saya dah bookmark url thread ini supaya saya senang update setiap hari di sini....

saya akan share apa yang saya nak share nanti di sini..
 
Joined
Aug 3, 2008
Messages
1,598
Points
36
Age
37
Otai la :) Insyallah bro.tgh diusahakan.bila nak berkumpul sek-sek klate kito huhu.Moga teruskan perkongsian menarik disini.Sbb ada gak komen kat FB PUIM ckp otai kurang kongsi kat WC.Tp ternyata hari ini kenyataan itu tidak benar sama sekali:)
 

GoMonsta

freshman
Joined
Nov 6, 2009
Messages
1,859
Points
0
Bestnya tgok IM full time ni.. :)
Nikmat hidup.
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Otai la :) Insyallah bro.tgh diusahakan.bila nak berkumpul sek-sek klate kito huhu.Moga teruskan perkongsian menarik disini.Sbb ada gak komen kat FB PUIM ckp otai kurang kongsi kat WC.Tp ternyata hari ini kenyataan itu tidak benar sama sekali:)
Insyallah bro.

Kumpul saje sek klate kito..(sayo oghe Temerloh, tapi menyamar jadi sek klate)..hehehehe

Saya kembali nak share di sini - sini saya bermula, sebelum ni banyak share di fanpage, tapi
post tak leh cari semula..tak best la..share di forum, boleh cari semula, orang boleh rujuk
semula...

Dan kembali memeriahkan WC, dan tarik sahabat-sahabat lama untuk memeriahkan WC...
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Bestnya tgok IM full time ni.. :)
Nikmat hidup.
Best memang best bro...nikmat hidup. Tapi ada banyak cabaran dan dugaan:)
saya dah merasa dah di mana semasa saya part time, tak merasainya...

tapi cabaran dan dugaan menjadikan kita semakin kuat dan semakin berjaya,
insyallah....
 

engshahrul

Senior
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,482
Points
38
Saya pun ex-engineer berhenti kerja bulan 1 2011. Tp sy bukan full time IM kot, sbb buat projek elektrik hanya dapat customer melalui blog shahrulnizam.com dan mudah.my. Nak ikuti kejayaan Jamal ni, tp masih x mampu tulis ebook. hehe
 
Top