hosting saiz besar atau kecil. Berbaloikah?

zaki77

freshman
Joined
Sep 4, 2007
Messages
224
Likes
0
Points
16
Offline
#1
Saya cuma nak tanya pengalaman dari kawan2.
Setiap org ada pendapat masing2.
Ada pro dan ada kontra

Saya dah menyewa beberapa hosting sejak 2 tahun yg lepas. Ada yang support ok.. ada yg support macam hampeh..heh

soalan saya..

Mana bagus .. beli hosting besar??? atau kecil.?????

Let's say kita ada 10 product digital utk dijual..
kita jual dgn menggunakan 10 domain
dgn sewa satu web hosting bersaiz besar..
unlimited database..unlimited domain

atau pun kita sewa hosting 4,5 atau 10 hosting
bersaiz kecil dimana satu hosting boleh letak 1-2 domain
utk jual product tersebut.

kalau difikirkan dari segi jimat duit..
memang semua orang akan pilih hosting bersaiz besar..
banyak boleh digunakan walaupun harga mahal.

Bagi newbie pula..
dia pastinya akan pilih hosting saiz kecil.. yg murah..
untuk familiarkan dulu fungsi hosting.

Boleh tak kawan2 berikan pandangan mengenai kedua2 situasi tersebut. Apakah pro dan contranya.
Mesti ramai nak tau info ni
 
Joined
Oct 11, 2007
Messages
3,038
Likes
1
Points
38
Age
37
Offline
#2
Untuk yang masih memulakan langkah awal dalm perniagaan internet, better guna yang kecil dahulu.

Kerana langkah pertama membeli domain name sendiri akan membuka langkah dalam perniagaan internet.

Jika keadaan memaksa dan berkemampuan baru berpindah ke big space hosting. Kenapa? Jika anda betul2 memerlukan! Bukan sebab promosi atau sebagainya!!

Jika hosting yang kecil tidak habis digunakan? Buat per nak beli yang besar? Betul? So, kawal nafsu!! Beli ikut KEPERLUAN bukan ikut KEHENDAK

Harap sedikit sebanyak pendapat aku yang tidak seberapa nie membantu zaki yerk.. :)

Good luck and keep on berforum dan pembelajaran kepada semua member WC terutama diri aku sendiri.. :)
 
Joined
Apr 14, 2007
Messages
710
Likes
4
Points
18
Offline
#3
Hosting besar.
pro
saiz besar banyak fail boleh letak juga banyak addon domain. maksudnya 1 produk 1 domain pada hosting yang sama

kontra
perkara ini sangat ditakuti. andaikata hosting down, semua perniagaan(produk) terjejas. apa lagi kalau hosting 'pergi buat selama-lamanya'

Hosting kecil tapi banyak.

pro
fail-fail perniagaan adalah independent. Kalau satu down, sekurang-kurangnya bisness lain masih berjalan

kontra
dari segi teknikal seolah-olah banyak benda kena urus. apa lagi jika berlainan kompeni, payah nak track renewal, support dsb
 
Joined
Sep 30, 2007
Messages
991
Likes
0
Points
16
Offline
#4
Senang cerita cenggini..
Dalam pemilihan hosting,kita senaraikan dulu keperluan dan kehendak anda..
Andai kata anda ingin membuat blog(Blogging) tentulah memerlukan space yang besar..Kerana blogging akan berterusan selagi mana anda kehendaki..

Kalau nak buat minisite/salesletter/jual produk tu..guna hosting space yang kecil aje..Biasanya produk digital hanya memerlukan lebih kurang 10-40 mb je hosting...

Kalau nak senang urus,beli hosting space yang besar..so satu kali urus aje..tak payah nak fikir banyak2 ..

Bagi yang newbie tu PILIHLAH MENGIKUT KESESUAIAN ANDA..

Satu lagi..dalam pemilihan hosting tidak semestinya space aje..bandwitch lagi..kadar server down lagi..dan server luar atau dalam negara...

PEACE...sekadar pendapat
 
Joined
Dec 15, 2007
Messages
1,377
Likes
6
Points
38
Offline
#5
Senang cari hosting yang reputable ataupun nampak logik. Jangan cari yang overseller sebab biasanya tak tahan laman dan jangan cari yang kecik sangat,just sederhana jer.
Hosting macam nilah saya guna sampai sekarang. Biar duit lebih sikit asal support mantap and takder downtime :)
 
Joined
Feb 7, 2007
Messages
5,330
Likes
0
Points
38
Offline
#6
aku nak tanya macam mana nak tambah domain ke hosting... pastu macam mana nak uploas file untuk domain baru tu....
 
Joined
Apr 14, 2007
Messages
710
Likes
4
Points
18
Offline
#7
aku nak tanya macam mana nak tambah domain ke hosting... pastu macam mana nak uploas file untuk domain baru tu....
kalau guna cPanel. boleh guna fungsi addons.
selepas domain ditambah, biasanya satu folder akan tercipta untuk domain tu. bolehlah upload fail macam biasa

harap berguna
 
Top