Home of Southern Tigers

Joined
Sep 10, 2013
Messages
43
Likes
2
Points
8
Offline
#1
Sejarah dan Latar Belakang

Persatuan Bolasepak Negeri Johor

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia.

Persatuan yang dinaungi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya. Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.

Sepanjang tempoh penubuhannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menempa beberapa kejayaan antaranya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991, Juara Piala Razak pada tahun 1983 serta menjadi Juara Piala FA pada tahun 1998. Di samping itu, persatuan juga telah diberi kepercayaan untuk mengelola pusingan awal dan suku akhir “Kejohanan Piala Remaja Dunia” pada tahun 1997 serta Pertandingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Iran dan Jepun pada tahun yang sama.
 
Joined
Oct 11, 2010
Messages
892
Likes
2
Points
18
Offline
#2
owhh..P

Owhh...Peminat JDT rupanya...
 
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#4
SIDANG MEDIA PASUKAN JDT DAN BENGALURU FC

Sekitar sidang media menjelang perlawanan Piala AFC 2016 antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Bengaluru FC. Sidang media tengahari pada 10hb Mei 2016 turut dihadiri oleh Mario Gomez dan Junior Eldstal mewakili JDT manakala Bengaluru FC diwakili oleh Matthew Holland, pembantu jurulatih dan Michael Collin, pemain pasukan Bengaluru. Luaskan Kuasamu Johor.

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#5
PEMERIKSAAN RUTIN STADIUM LARKIN OLEH KOMISIONER PERLAWANAN AFC

Pemeriksaan rutin Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin menjelang perlawanan Kumpulan H, Piala AFC antara Johor Darul Ta'zim dan Bengaluru FC dilakukan oleh Komisioner Perlawanan pada 10hb Mei 2016. Pemeriksaan tersebut adalah bagi memastikan setiap aspek yang berkaitan dengan perlawanan terutamanya stadium adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan. Luaskan Kuasamu Johor.

Pemeriksaan dari Pegawai AFC adalah prosedur wajib yang perlu dilakukan sebelum bermulanya perlawanan.
 
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#6
• Satu-satunya pasukan yang belum pernah tewas dalam kempen Liga Super Malaysia dan Piala AFC 2016.

• Rekod bersih di laman sendiri menjadi igauan bagi pasukan-pasukan lawan yang bertandang ke Larkin musim ini.

• Mempunyai tiga pemain yang mampu menggalas tugas selaku Kapten iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Amri Yahyah.

• Berdasarkan rekod Liga Super Malaysia, JDT belum pernah tewas di Larkin sejak tahun 2013.

• 57 gol terhasil sepanjang 22 perlawanan membabitkan Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala AFC 2016.

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#7
LALUAN JDT DAN PKNS FC KE PERINGKAT AKHIR SUPERBEST POWER PIALA FA 2016

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#8
SESI SIDANG MEDIA DAN MESYUARAT PERLAWANAN | JDT VS PKNS FC

Sesi mesyuarat kedua-dua pasukan bersama pesuruhjaya perlawanan diikuti sidang media telah diadakan menjelang pertembungan pasukan Johor Darul Ta'zim dan PKNS FC dalam perlawanan Akhir Superbest Power Piala FA 2016. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Shah Alam esok 14hb Mei 2016 jam 9.00 malam. Luaskan Kuasamu Johor!

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#9
FAKTA MENARIK PERLAWANAN AKHIR SUPERBEST POWER PIALA FA 2016

1) Kedua-dua pasukan memasuki perlawanan akhir tanpa mengharungi masa tambahan atau penalti dalam pusingan sebelumnya.

2) Jorge Pereyra Diaz merupakan penjaring terbanyak (7 gol), diikuti rapat penyerang PKNS FC Gabriel Guerra (5 gol) . Menariknya, kedua-dua pemain tersebut berasal dari Argentina.

3) Berdasarkan statistik, JDT telah menjaringkkan 19 gol dan 6 bolos manakala PKNS FC pula 17 gol dan 8 bolos.

4) Kedua-dua pasukan iaitu JDT dan PKNS FC yang bertanding dalam perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016 adalah berstatus kelab.

5) Perlawanan akhir edisi kali ini cukup unik kerana menemukan pasukan dari Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia.

Top