Dalam Negara HKL kutip RM36 Juta, Andy Lau hadir ke KL beri sokongan

Joined
Aug 31, 2008
Messages
5,359
Likes
7
Points
38
Age
33
Offline
#1

Andy Lau (duduk, tengah) bergambar bersama pengarah filem komedi seram terbabit, Mamat Khalid serta barisan pelakonnya seperti Datuk Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Ropie, Mus May, Jue Aziz dan ramai lagi.

KUALA LUMPUR - Pelakon ternama Hong Kong, Andy Lau hadir memeriahkan majlis makan malam bagi meraikan kejayaan filem pecah panggung, Hantu Kak Limah di Hotel Berjaya Times Square, di sini malam ini.

Andy yang cukup dikenali menerusi filem Internal Affairs merupakan salah seorang pengasas Infinitus Entertainment Group yang menaungi Infinitus Gold.

Pada majlis berkenaan, penerbit Astro Show dan Infinitus Gold turut mendedahkan Hantu Kak Limah semakin menghampiri angka kutipan RM40 juta apabila sudah mengaut RM36 juta selepas 27 hari tayangan di pawagam.

Turut hadir pada majlis itu adalah pengarah filem komedi seram terbabit iaitu Mamat Khalid serta barisan pelakonnya seperti Datuk Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Ropie, Mus May, Jue Aziz dan ramai lagi.

Pada majlis yang itu, turut diumumkan bonus untuk semua kru produksi dan para pelakon. - K! ONLINE

Sumber : KOSMO
 
Top