Hidup akan lebih lama jika ketagih Facebook, kata kajian

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1

Kajian oleh Universiti California mendapati individu yang menghabiskan banyak masa melayari Facebook boleh hidup lebih lama. AGENSI

SAN DIEGO 1 Nov. - Peminat Facebook kini mempunyai alasan untuk menghabiskan masa lebih lama dalam laman sosial itu apabila kajian oleh Universiti California, San Diego mendapati mereka yang ‘ketagih’ Facebook mampu hidup lebih lama.

Namun begitu para penyelidik menegaskan, keadaan itu hanya meliputi mereka yang menggunakan laman sosial tersebut untuk mengekalkan dan mempertingkatkan hubungan sosial dalam dunia realiti.

Kajian terhadap 12 juta pengguna Facebook itu turut mendapati tidak kira berapa banyak ‘like’ yang mereka peroleh tetapi interaksi dalam talian merupakan aktiviti sihat apabila dilakukan secara sederhana dan ditambah dengan hubungan di luar talian.

Kajian yang diketuai oleh penyelidik, William Hobbs dan James Fowler dengan kerjasama rakan sekerja mereka di Facebook dan Yale telah disiarkan menerusi jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

Kata Hobbs, kesan negatif akan wujud apabila pengguna menghabiskan masa dalam talian tetapi tidak berhubungan dalam dunia sebenar.

Portal Daily Mail melaporkan, kajian berkenaan mengesahkan penemuan para saintis yang telahpun mengetahui bahawa individu yang mempunyai hubungan sosial yang kukuh dalam dunia sebenar hidup lebih lama.

Tetapi, untuk pertama kalinya perkara yang berlaku dalam talian turut memberi kesan terhadap manusia.

Kajian itu juga mendapati pengguna Facebook yang bersetuju menerima rakan baharu dalam laman sosial tersebut adalah mereka yang hidup paling lama.

Mereka yang mempunyai hubungan di luar talian yang lebih tinggi dengan mengambil kira tindakan memuat naik banyak gambar selain aktiviti bersemuka, menjalani jangka hayat hebat yang lebih lama.

Pengguna yang mempunyai banyak laman sosial iaitu antara 30 peratus sehingga 50 peratus, hidup lebih lama berbanding mereka yang hanya mempunyai 10 peratus laman sosial iaitu penemuan yang konsisten dengan kajian lama tentang hubungan di luar talian dan jangka hayat manusia.

Para penyelidik berkenaan berharap kajian seterusnya mampu memberi kefahaman yang lebih baik terhadap jenis pengalaman sosial dalam talian yang mampu melindungi kesihatan. - Utusan
 
Top