Hidangan makan tengahari rm17,017 anda ada berani

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
463
Points
0
View attachment Hidangan Patin buah udang galah RM17,017.jpg

Amacam anda berani untuk makan satu hidangan makan tengah hari RM17,017 patin buah dengan udang galah?
Kisah ini bukan terjadi bukan dekat Pahang. Sebaliknya terjadi disebuah restoran di Kuala Lumpur. Itu perkara
biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di
Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu
bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap
Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya
tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang
tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai
perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana
membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang
galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish
bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik
perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10
ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang
galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar
berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan
pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan
terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa
harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah
harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif
silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya
jurucakap itu lagi.- myMetro
 

fan.art

freshman
Joined
Jul 17, 2014
Messages
17
Points
0
ni org dok kata bersederhana lagi baguih…. lebihan duit leh wat ka benda lain
 

Daani Junior

freshman
Joined
Jun 28, 2014
Messages
22
Points
0
nielarr yang dikatakan pembaziran allah tak pernah ajar umatnya untuk melakukan pembaziran yang mcm nie...
yang pemilik restoran tu dah untung gila gila
 

PineComp

freshman
Joined
Oct 18, 2014
Messages
15
Points
1
this is interesting and funny at the same time.. who else dare to eat for that price?
 
Joined
Oct 24, 2013
Messages
212
Points
0
Kalau ada lebih boleh la wakaf untuk anak-anak tahfiz di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum di Seremban. Dapat pahala berpanjangan, insyaAllah. Ni bukan budak-budak kutip derma ya. =)
 
Top