Harga rumah semakin mahal tapi sanggup ke korang beli rumah camni??

amilia

Newbie
Joined
Feb 3, 2010
Messages
367
Points
16
Semua orang tahu harga rumah semakin mahal tapi sanggup ke korang beli rumah yang dibuat dari shipping kontena?? Kelebihan rumah dari kontena ni antaranya ialah:

*tahan lasak-kalau terbakar,hanya peralatan je yang hangus,boleh beli balik tapi struktur rumah tetap tegak & tak perlu keluar banyak kos.

*murah-kalau tak salah saya di Selangor harga satu kontena berukuran 40 kaki hanya RM6-8 ribu. Terpulanglah nak letak kat mana samada tanah beli atau tanah sewa.

*cepat siap-kalau pasang dinding, lantai,kabinet,tanda bilik mandi & sebagainya paling kurang 6-8 minggu kalau ikut komen pemilik rumah kontena dalam youtube berbanding hampir 6-12 buat rumah biasa.

*tahan cuaca-pernah dengar tak atap rumah diterbangkan angin bila ribut melanda atau air hujan masuk rumah bila hujan lebat. Ini takkan berlaku dengan rumah kontena.

*portable-boleh dibawa kemana-mana. Katakan kita tinggal di Selangor kemudian dipindahkan ke Sarawak...sewa di Sarawak mahal tau lebih-lebih lagi kawasan pedalaman. Kalau ada rumah kontena apa susah, bawak je...sampai kat tempat baru, cari je tanah utk menyewa..jimat duit sewa.

*elektrik & air- sekarang ni banyak portable furniture, asal rajin cari kat internet...memang mahal tapi belanjanya belinya hanya sekali...lainlah kalau lasak sangat bila pakai. contohnya elektrik, beli panel solar...saya rasa utk 60 watt hanya $300 je berbanding kita bayar elektrik beratus ringgit sebulan. Utk air, beli je gelen..tadah air hujan,kemudian buat paip utk salur ke dalam rumah....kalau tak salah saya pernah jumpa alat utk merawat air hujan utk digunakan utk masak, mandi sbgnya di internet.

*kalau sorang oklah, tapi kalau dh berkeluarga camna?? Post ini saya tujukan utk org bujang atau suami isteri je, sementara masih bujang/takde anak..masa nilah kumpul duit utk beli rumah lebih besar...dh dpt rumah besar,rumah kontena ni korang boleh sewa...dpt lagi duit.

*takde gayalah....sapa kata rumah kontena takde gaya?? cuba korang tengok video ni...

[video=youtube;MqEQEDKkzX4]http://www.youtube.com/watch?v=MqEQEDKkzX4[/video]


Tu bagi korang yang kurang duit atau tengah kumpul duit,tapi kalau korang dah banyak duit & nak memperkembangan rumah kontena boleh buat mcm ni:

[video=youtube;AqLs2WCjiBo]http://www.youtube.com/watch?v=AqLs2WCjiBo&list=PL97862188FC74C72B[/video]


Contoh-contoh rumah kontena yang superb dari segi luaran & hiasan dalaman:


[video=youtube;4drX256QV_Y]http://www.youtube.com/watch?v=4drX256QV_Y[/video]



Tapi sebenarnya orang kita lebih mementingkan gaya, biar papa asal bergaya...orang kita lebih mementingkan apa kata orang berbanding berfikir ikut poket. Biar orang kagum dengan rekabentuk rumah kita yang cantik & hiasan dalaman yang mewah w/pun poket tenat. Orang kita lebih banyak berbelanja utk gaya drp untk keperluan keluarga.

Fikir-fikirlah & selamat beramal.:D

Post ini bukan utk menyakitkan hati ssiapa... kalau ada yang terasa hati,maaf dipinta. Post ini hanya utk kita berfikir cara utk hidup ikut keperluan. Nak ikut Alhamdullillah...taknak ikut takpe.;;)
 
Last edited:

amilia

Newbie
Joined
Feb 3, 2010
Messages
367
Points
16
Saya ada htr email pd syarikat yg buat rumah kontena di Kanada...tanya samada boleh ke buat rumah kontena di Malaysia?? Dia kata kalau nak buat rumah kontena kena cari pakar dari US, UK atau Kanada kerana spesifikasi membuat rumah kontena amat berbeza dgn rumah binaan biasa terutama utk buat bhgian dapur. Kalau salah bina rumah kontena di Malaysia...alamatnya penghuninya akan kena panggang terutama pd waktu tengah hari sebab haba terik matahari....tapi kalau nak buat jugak blh janji ada sistem hawa dingin.

Jom kita tengok mamat ni buat rumah sempoinya guna shiping kontena.

[video=youtube;HRxA25AR4GA]http://www.youtube.com/watch?v=HRxA25AR4GA[/video]
 

amilia

Newbie
Joined
Feb 3, 2010
Messages
367
Points
16
Tak nak buat rumah dari shipping kontena?? Nak jugak beli rumah batu tapi kurang mampu nak buat rumah besar sebab lebih mahal, kan?? Takpe...beli je rumah kecik...tapi tak dpt nak hias mcm rumah besar??

Sapa kata...kalau pandai hias...rumah kicik masih boleh dihias mcm rumah besar. Tengok video kat bawah ni...boleh buat inspirasi.

[video=youtube_share;gzoR0GCv8lw]http://youtu.be/gzoR0GCv8lw[/video]

[video=youtube_share;up3f8VAkjqY]http://youtu.be/up3f8VAkjqY[/video]


Kalau tak pun boleh beli perabot yang multifunction mcm dalam video bawah ni..


[video=youtube_share;dAa6bOWB8qY]http://youtu.be/dAa6bOWB8qY[/video]

[video=youtube_share;6OFsCfi6b18]http://youtu.be/6OFsCfi6b18[/video]

[video=youtube_share;gRkZFvKxiF4]http://youtu.be/gRkZFvKxiF4[/video]


Semoga apa yang saya kongsikan dapat beri inspirasi & idea utk hidup berjimat.
 
Top