>>>Harga perak @ silver akan naik ke?<<<

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38


Jom baca....



Harga perak dijangka meningkat sebagai suatu logam berharg yang terus mendapat permintaan pelabur dan dijadikan sebagai aset yang selamat disimpan. Permintaan yang tinggi dari industri dengan kualitinya yang unik menjadikan ia logam yang amat diperlukan. Harga perak kini didagangkan pada paras tertinggi yang tidak pernah dilihat dalam masa lebih 30 tahun sebelum ini.



Ramai penganalisis dan peniaga-peniaga logam berharga yang berpengalaman melihat asas-asas yang kukuh yang menyokong bahawa permintaan terhadap perak kini melonjak naik. Mungkin ada yang menjangkakan harga perak akan menurun, namun terdapat banyak sebab dan juga pandangan yang dapat menjangkakan harga perak pada masa yang terdekat walaupun harga perak tidak menurun dan mencatat peningkatan rekod pada tahun 2010s sebanyak 84%.



Sewaktu kegawatan ekonomi, kebiasaannya berduyun-duyun orang mencari apa-apa logam berhaga yang selamat dan mempunyai nilai yang terjamin. Logam berharga merupakan diantara bahan yang masih kekal nilainya walaupun di dalam krisis. Tidak seperti matawang kertas yang boleh dicetak dengan hawa nafsu oleh pihak Bank Pusat. Logam berharga merupakan bahan semula jadi yang dipandang tinggi nilainya oleh setiap ketamadunan yang ada di dunia ini.

Mengapa Pelaburan Perak Merupakan Suatu Tindakan Yang Bijak?

Nilai penurunan dolar Amerika dan juga ancaman inflasi telah mendorong kepada permintaan perak yang tinggi. Dalam keadaan ini, secara semula jadi atau kebiasannya orang akan melindungi nilai harta kekayaan mereka dengan mengurangkan aset mereka dari terdedah kepada dominasi dolar. Apa yang mereka lakukan ialah,mereka membeli Perak!

Demi keselamatan, para pelabur mula melihat ke arah logam berharga. Harga emas telah meningkat ke paras tertinggi dalam semua masa. Berdasarkan keadaan ini, pelabur juga kerajaan telah bertukar menjadikan perak sebagai pilihan yang selamat sebagai ganti kepada emas yang berharga tinggi dan pilihan ini sangat berpatutan!



ARTIKEL INI DIBAWAKAN DARI BLOG PELABURAN PERAK / SILVER INI
 

Rexx99

freshman
Joined
Dec 26, 2008
Messages
111
Points
16
Age
28
Ape yg sy tahu la kalo perak ni harga dia xde lah semahal emas dan kira mampu beli lagi ar buat mase skang ni, tp xtau ar akan datang mungkin harga perak ni naik cam harga emas..
 
Top