Halusi hukum MLM sebelum ghairah melabur

saido

freshman
Joined
Oct 5, 2006
Messages
55
Points
6
Halusi hukum MLM sebelum ghairah melabur

Dipetik drpd Harakahdaily. net Rabu 14 Februari 2007

Isu Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai "Multi Level Marketing" (MLM) bukan perkara baru, malah ia diperdebatkan sejak sekian lama, terutama mengenai hukum halal-haramnya, apatah lagi apabila ramai yang terbabit dengan jenis perniagaan seperti ini kelihatan seperti orang yang arif tentang agama.

Tentulah atas sifat perniagaan ini yang menawarkan keuntungan berlipatkali ganda maka banyak pihak ghairan untuk melabur di dalamnya. Dari satu segi, semakin ramai umat Islam terbabit dengan perniagaan merupakan fenomena yang membanggakan, terutama dalam meningkatkan aktiviti ekonomi umat Islam.

Ya, masakan kita hanya menjadi pemerhati kepada kerancakan dunia bisnes sedangkan pihak lain menerjah mahu ke depan. Cuma, yang menjadi kemusykilan saya, apakah aktiviti MLM ini sudah dihalusi daripada segi syarak. Keuntungan memang menggiurkan tetapi bagaimana pula dengan pandangan Islam terhadapnya?

Dalam sekian banyak tulisan mengenai MLM ini saya cukup tertarik dengan pandangan seorang tokoh muda, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, yang disiarkan dalam detikdaily.net pada 25 Januari lalu. Mungkin pandangannya mencetuskan polemik tetapi saya rasa elok juga diperbincangkan isu MLM ini daripada pelbagai sudut pandangan, bagi memasakkan lagi pemahaman kita mengenai jualan langsung ini.

Untuk memulakan perbincangan elok jika saya rakamkan sebahagian pandangan Zaharuddin itu, moga kita mendapat manfaat daripadanya:

Bentuk MLM yang Haram

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut:

1) Harga tinggi dari biasa:

Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar "Gabhnun Fahisyh" menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ˜Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369).

Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

2) Jualan target sebagai syarat komisyen:

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai 'harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak.

Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ˜brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi haram apabila:

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya.

Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi.

Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Sesetengahnya pula mensyaratkan 'broker' atau 'agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal 'broker' atau 'agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun).

Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya: "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk.

Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis: shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah.

Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah 'brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003).

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya./wann
 
Joined
Dec 27, 2006
Messages
479
Points
18
Age
42
Good Info..

Menyertai MLM memang memerlukan disiplin yang tinggi...Halal atau haram pendapatan kita bergantung kepada apa yang kita buat...Dan dalam MLM pendapatan kita bergantung juga kepada downline kita... jadi kalau downline buat keje cara baik.. baik lah pendapatan kita... kalau dia juga cara yang tak baik.... maka.... tepuk dada tanya IMAN...
 

Imo Imora

freshman
Joined
Sep 7, 2006
Messages
461
Points
18
Mekasih atas info anda Saido. Memang perlu MLM ni diperhalusi. Jangan nak ingat komisen.. komisen.. dan komisen. Hem.. menarik :) .
 
Joined
Dec 31, 2006
Messages
1,306
Points
38
Yup!

Saya ada gak mentelaah berpuluh-puluh buku pasal MLM kat library! Pandangan saya, satu organisasi tu kena bersih... sebab rezeki setiap sorang tu berkait-kait! Jadi, kalo sesiapa sedar ada ahli dia buat cara x halal, baik cepat lucutkan membership dia... :)
 

saido

freshman
Joined
Oct 5, 2006
Messages
55
Points
6
PELABURAN MELALUI INTERNET - IT'S TOTALLY A SCAM/PENIPUAN

assalamualaikum & salam sejahtera tuan-tuan & puan-puan yg dihormati;

saya terpanggil utk membawa ke pengetahuan anda serta memberikan
penerangan mengenai kegiatan pelaburan melalui internet yg kini berleluasa
di dalam masyarakat kita, termasuk warga maktab ini sendiri. terdapat
kelompok
masyarakat kini yg 'tengah galak' utk meraih keuntungan besar segera yg
kononnya sampai 100-200% dlm tempoh 100hari sahaja. saya ingin sekadar
berkongsi sedikit pengetahuan saya dalam bidang jenayah komersil & jenayah
siber dan hasil kajian saya terhadap kes-kes seperti ini.

kini terdapat berjenis-jenis website seperti winfli.com, abfund.com,
euro-america index, ebarrel, swiss cash dan pelbagai lagi. kononnya mereka
adalah syarikat pelaburan produk dan minyak luar negara berprestij,
sedangkan itu semua adalah rekaan semata-mata utk mengabui mata
mangsa-mangsanya. ini semua adalah suatu bentuk scam era internet/
penipuan/fraud/ skim cepat kaya/ sistem piramid semata-mata. kita kena
ambil pengajaran dari apa yg telah berlaku seperti kes the infamous pak
man telo dulu. cuma yg ini adalah "sistem pak man telo moden". (jatuhnya
pak man telo dulu adalah kerana agen-agennya yg songlap duit berjuta-juta.
semasa tu duit dikutip secara manual)

FAKTA...
1. tidak ada business pelaburan yang mampu membayar memberikan pulangan
segera yg begitu tinggi dlm tempoh masa yg begitu singkat. (pelaburan
terbaik di bank2 malaysia pun hanya mampu memberikan keuntungan sedemikian
di dalam tempuh 10 TAHUN pelaburan!!!)
2. tidak ada pelaburan yg memberikan keuntungan yg tetap DAN TERJAMIN
KEUNTUNGANNYA. tentu ada turun naiknya mengikut pasaran semasa, itulah
pelaburan namanya.
3. business yg begitu besar kononnya itu, tidak akan memerlukan pelaburan
individu-individu 'ciput' seperti kita, ia tentu mampu berurusan terus dgn
company gergasi yg mampu membuat pelaburan yg besar sekali gus... tetapi
kenapa kononnya memberi/membuka peluang utk kita...KERANA INSAN KERDIL yg
fool SEPERTI KITA INILAH YG MUDAH utk ditipu.


MODUS OPERANDI...
1. sila anda semak semua websites tersebut, patent penipuannya sama
sahaja. masuk minima us100.00 =rm380. ( kenapa tidak rm350), setiap hari
akan dapat us1.80, (dapat bawa masuk ahli(mangsa) baru, ada komisen lagi),
dan apabila cukup 100 hari akan dapat us200-250.00
- adakah anda sanggup nak keluarkan us1.80 setiap hari! buang masa sahaja
kan. nampak di monitor skrin memang bertambah akaun anda, jadi tunggu pula
10 hari...dapat us18.00 sahaja, tak berbaloi juga, jadi tunggulah juga
sampai 100hari. sedarkah anda sepanjang tempoh 55 pertama hari tersebut,
sebenarnya anda hanya mengambil balik duit sendiri yg berjumlah us100.00
tersebut. dan apabila telah cukup tempohnya 100 hari matang, anda ada 2
pilihan samada nak mengambil untung tersebut ATAU MENAMBAH PELABURAN!!!.
disinilah selalu anda akan terperangkap....anda akan berkata TELAH
TERBUKTI anda mendapat untung berganda tersebut...AKU KAYA!!! tapi apalah
sangat dapat untung rm380 itu dalam tempuh lebih 3 bulan kan. anda akan
berkata lagi... RUGI aku tak labur us1,000.00 dulu, kalu tidak sudah tentu
aku dapat untung rm3,800.00 dlm tempoh 100hari... MAKA anda pun tidak
mengambil pelaburan asal rm380 tersebut, malah menambah lagi (biasanya
dari ******** lah) dan lagi dan lagi...

2. apa yg anda dapat (sekiranya dapat dan masih bernasib baik) adalah
daripada duit orang-orang (mangsa bawahan) yang baru masuk/ menambah
pelaburan. SEBENARNYA ANDA SEDANG BERJUDI DENGAN MASA & NASIB.

3. sistem piramid tersebut adalah duplication/meniru cipta antara mereka.
malah sekiranya anda pakar dalam bidang internet tersebut, anda juga boleh
copy saja dan menjadi multi jutawan (yg putar alam) dalam tempuh 3 bulan
sahaja.



BILA ANDA AKAN TERSEDAR...

1. apabila conmen (kaki tipu) tersebut telah cukup targetnya... mungkin
mereka sedang mengumpul duit-duit mereka yg anda dermakan tersebut
sehingga us100 juta. MUNGKIN ESOK LUSA SUDAH CUKUP TARGET MEREKA, maka
mereka akan terus menutup web tersebut. (kerana mereka tidak bodoh...)
2. apabila pehak berkuasa kita (JSJK/BANK NEGARA) telah mengumpulkan
bukti2 yg cukup, dan melakukan serbuan kerana ini terang2 adalah kes
illegal deposit taking-suatu kesalahan di bawah sek 25, BAFIA 1989 (yg
mungkin beroperasi hanya dari lokasi sebuah
apartmen di taman perumahan anda saja), maka web tersebut akan ditutup
oleh pehak berkuasa...
DARI MANAKAH ANDA NAK DAPATKAN KEMBALI DUIT ANDA!!! jual lah kereta anda,
jual lah rumah anda DAN BAYARLAH HUTANG ANDA. kerana tiada perjanjian,
tiada dokumen...tiada apa-apa.

bagi sesiapa yg dah termasuk/bercita-cita nak masuk...ingin mendapatkan
penjelasan lanjut, hubungi saya utk penerangan yg lebih jelas... tiada
sebarang bayaran dikenakan.



yg ikhlas...

supt rohaimi b md isa
ketua unit pengajian siasatan jenayah komersil.
 

AzizMansor

freshman
Joined
Feb 9, 2007
Messages
5
Points
1
Tahniah saido di atas keprihatinan dan kerajinan anda copy and paste artikel2 tsb. Perkongsian ini sangat perlu memandangkan gejala ini semakin berleluasa aakhir-akhir ini. Sama-samalah kita mencari rezeki yang halal untuk dunia dan akhirat. Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam.
Saya juga sering mengikuti perkembangan hal ini dalam laman web Ustaz Zaharuddin tsb. Beliau memang berkelayakan dalam bab kewangan Islam ini.
 

lynn

Newbie
Joined
Aug 21, 2006
Messages
326
Points
18
Pelaburan menerusi internet adalah haram
18 March 2007
Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berang ketika mendedahkan ada pegawai kanan kerajaan di negeri itu dikesan terbabit dalam pelaburan di internet yang semakin popular hingga menjejaskan prestasi kerja.

“Jika masuk jabatan kerajaan, kita melihat segelintir kakitangan sibuk berurusan atau mengendalikan pelaburan skim pelaburan menerusi internet.

“Yang menarik, bosnya (ketua jabatan) turut mengeluarkan wang untuk menyertai skim ini. Ini menyebabkan prestasi kerja menurun,” katanya.

Bagaimanapun, hanya satu pesanan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kepada umat Islam yang ghairah melabur di internet:

“Jika makan khinzir itu haram dan berdosa besar, dosa makan riba adalah lebih besar daripada dosa makan khinzir. Kerana itu, al-Quran mengisytiharkan riba sebagai perang.”

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan mengenai pelaburan menerusi internet yang disifatkannya riba.

Menurut mufti termuda negara itu, tindakan ramai orang Melayu menyertai pelaburan itu yang menjanjikan pulangan dalam tempoh singkat jelas bertentangan dengan Islam.

“Pelaburan ini tidak menjalankan sebarang bentuk perniagaan kerana menggunakan pulangan tetap (fixed return) yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam iaitu Mudharabah.

“Apabila melabur, pelabur tidak perlu berbuat apa-apa, hanya tunggu keuntungan tanpa mengetahui apa yang dijalankan itu betul atau salah,” katanya.

Dr Mohd Asri berkata, sehubungan itu Majlis Fatwa Perlis (MFP) yang bersidang bagi membincangkan perkara berkenaan 10 Mac lalu mengeluarkan fatwa sebarang bentuk pelaburan menerusi internet adalah haram.

Namun, katanya, keputusan itu belum dibawa kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan pihaknya akan berbuat demikian pada pertemuan akan datang supaya dapat memberi gambaran sebenar, khususnya kepada umat Islam.

Dr Mohd Asri berkata, dalam perkara itu umat Islam tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengkaji apa yang dilakukan atau disertai.

“Dalam perkara seperti ini yang menawarkan keuntungan atau pulangan segera, orang Melayu memang suka tetapi mereka perlu ingat, ini adalah haram dan berdosa besar.

“Memang ada pihak mengabui mata mereka, pada peringkat awal akan dapat pulangan, tetapi saya pasti ada pihak akan terkena,” katanya.

Beliau kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pejabat Mufti Perlis dan beberapa pejabat kerajaan lain dengan mendakwa mereka menghalalkan pelaburan itu.

“Ingin saya tegaskan di sini, kami tidak pernah memberi kebenaran, jauh sekali menghalalkan pelaburan menerusi internet, kerana ia jelas haram dan berdosa besar. Begitupun, kami ambil langkah perlu bagi mengelak ia menjadi lebih buruk,” katanya.

Ditanya adakah perkara itu akan dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan atau kepada majlis agama Islam negeri lain, Dr Mohd Asri berkata, ia terpulang kepada negeri masing-masing.

“Kita di Perlis mengharamkannya tetapi di negeri lain, terpulang kepada jabatan atau majlis agama masing-masing. Begitupun, saya sarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan segera supaya tidak ramai terbabit dan jadi mangsa,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang Melayu khususnya supaya lebih berhati-hati sebelum menyertai sesuatu skim dan perlu merujuk kepada pihak berwibawa jika ada keraguan.

“Pada hari ini, ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan istilah Islam, sekali gus mengelirukan umat Islam yang menyangka sesuatu perkara itu berlandaskan hukum Islam.

“Hari ini kita ada sekuriti syariah yang menjalankan analisis mengenai pelbagai perkara. Bagi yang kurang faham, boleh merujuk kepada mereka yang terbabit,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20070318092549/sun_artrevamp

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=322&Itemid=72
 

robotys

freshman
Joined
Jan 23, 2006
Messages
109
Points
18
Mungkin kat sini anda rasa selesa sebab takder puak2 yg join pelaburan2 nih menentang balik.. kalau ada masa and rasa2 mampu menahan kedegilan puak2 sebegini, jemputla datang ke blog patik (http://ro.botys.com/index.php/tips-mengenal-skim-cepat-kaya) dan join patik defend your state="Pelaburan Internet=Scam!!=Haram!".

Kadang2 saya tergelak sorang2 tgk kebodohan org melayu kita nih, kadang2 saya menangis dalam hati tgk kebodohan derang nih, kadang2 saya hangin tgk kebodohan derang nih gak...

plz.
 

adiputra

freshman
Joined
Aug 7, 2006
Messages
369
Points
18
Age
41
pergh....371 comments.Cayalah ko robotys.Ni lah pertama kali aku jumpa komen terbanyak.
Ko jangan risau.Kitorang support ko kek belakang.
Orang yang dah kelabu mata dengan duit haram nih..cakap pun tak guna.Main ikut akal jer,Almaklumlah hati dah keras makan duit haram.Dia bukan kira mufti ka fatwa.

Dah banyak bukti dah...Tungu je lah Luncai terjun dengan labu peramnya
 

zamri

Newbie
Joined
May 19, 2006
Messages
156
Points
16
huhu... aku pun baru masuk td blog tu mmg beratus2 komen tp yang sedih skali ade sesetengah peng komen tu ckp jangan dengar cakap mufti. abis nk dengar ckp sapa lagi kalau bukan mufti yang ber autoriti? payah2... aku pun penoh emosi baca komen tu menyelirap darahku nk marah!
 

lynn

Newbie
Joined
Aug 21, 2006
Messages
326
Points
18
fuhhh mmg hebat!.. malas nak baca semua sampai cecah 300+++ tu ... tp dorg ni pandai tulis je kt internet,tp realitinya .... ???. * siap ada yg sempat promote bisness kt komen2 tu. :D
 

AmirulFaisyal

Senior
Joined
May 22, 2006
Messages
581
Points
18
Mungkin kat sini anda rasa selesa sebab takder puak2 yg join pelaburan2 nih menentang balik.. kalau ada masa and rasa2 mampu menahan kedegilan puak2 sebegini, jemputla datang ke blog patik (http://ro.botys.com/index.php/tips-mengenal-skim-cepat-kaya) dan join patik defend your state="Pelaburan Internet=Scam!!=Haram!".

Kadang2 saya tergelak sorang2 tgk kebodohan org melayu kita nih, kadang2 saya menangis dalam hati tgk kebodohan derang nih, kadang2 saya hangin tgk kebodohan derang nih gak...

plz.
Bro,

Podcast aritu pasal ceramah ustaz Zaharuddin tu dah siap? Masih menunngu ni, :)
 

saido

freshman
Joined
Oct 5, 2006
Messages
55
Points
6
@robotys , hang punya blog lasat gak eh. :)

satu perkara lagi yang membuat saya agak terkujat ialah berkenaan dgn forex
 

shueqry

freshman
Joined
Aug 25, 2006
Messages
440
Points
18
hai members..how r u all? moga sihat hendaknya..

saya menyokong kata saido, bila baca blog
Robotys, banyak info yang dua kongsikan dan
download free tu amat berkualiti..

untuk kawan-kawan newbies, saya rekmen
mari kita serang blog si Robotys ramai-ramai,
download apa yang patut, baca apa yang
patut dan tinggalkan komen yang patut..

Anyone agree with me? the QUE starts here!

Thanks for the info, Robotys :)
 

zinedine

Senior
Joined
May 3, 2006
Messages
1,002
Points
18
Aku dah baca satu-persatu komen yg 3 ratus lebih dlm blog robotys tu. Memang membuatkan hati aku "berpeluh". Semua yg tulis komen tu yg mempertahankan skim tu sebenarnya adalah org yg tidak berilmu. Semua hujah diorang tak boleh guna sebab 100% ikut logik akal tanpa fakta. Semua main pusing balik kenyataan mufti tu, sentuh pulak hal lain, corner kot lain, memutar belit kenyataan mufti.
 

carllys

freshman
Joined
Dec 18, 2006
Messages
1,674
Points
38
Kebanyakkannya kat situ jenis keras kepala. tak mau dengar nasihat. Orang-orang mcm tu patut biarkan je. sebab tak makan saman. dah kene kat batang idung sendiri esok baru la nak nyesal... sedih sungguh...
 
Top