Teknologi Google Memberi Kenyataan Mengenai Takuk Pixel 3 XL Di Twitter

Joined
Jun 6, 2015
Messages
17,732
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Google Pixel 3 XL adalah peranti dengan rekaan takuk yang hodoh. Ia lebar dan besar dan tampak pelik. Sebelum pelancaran Google mengacah yang kononnya ada kejutan. Sayang sekali, kita ditipu oleh Google. Pada acara Made by Google – mereka langsung tidak nyatakan apa-apa mengenai takuk hodoh tersebut.

Rupa-rupanya, Google hanya memberi butiran mengenai takuk Pixel 3 XL melalui bebenang di Twitter @madebygoogle.


The notch enables us to provide the best cameras (two, one of which is wide angle) and audio experience. Pixel 3 also has a smaller border & front-firing speakers to provide optimum sound quality. Our notch-to-display ratio is actually less than many top competitors.

— Made by Google (@madebygoogle) October 9, 2018

Menurut Google, takuk Pixel 3 XL mengandungi kamera dwi-lensa kamera swafoto terbaik. Selain itu ia turut memuatkan pembesar suara untuk pengalaman audio yang terbaik. Google turut menyatakan Pixel 3 XL mempunyai bingkai yang kecil, serta nisbah skrin-ke-badan paling besar daripada pesaing lain. Pesaing siapakah Google? Apakah yang mereka cuba lakukan? OnePlus 6 mempunyai 83.8%, iPhone XS Max mempunyai 84.4% dan Pixel 3 XL hanya 82.8%.

Kami harap, peminat Pixel 3 – lebih-lebih lagi Pixel 3 XL berfikir sebelum membeli (set import). Mungkin sudah tiba masa sampainya waktu untuk tinggalkan Android dan terus pilih iPhone XS Max yang juga mempunyai takuk serta nisbah skrin-ke-badan yang lebih besar.

Sumber: Amanz
 
Top