Gol sulung benteka

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



Liverpool: Christian Benteke menjaringkan gol sulung Liga Perdana buat Liverpool untuk memberikan kemenangan 1-0 untuk skuad barunya ke atas Bournemouth, awal pagi tadi.

Benteke mudah menolak masuk gol selepas menerima hantaran silang pada minit ke-26.

Bagaimanapun, jaringan berkenaan agak kontroversi kerana bola seolah-olah terkena Philippe Coutinho yang ketika itu pada kedudukan offside.

Benteke dibawa daripada Aston Villa bagi memperkemaskan jentera depan Liverpool.

Pemain antarabangsa Belgium itu turut melakukan percubaan merbahaya pada minit ke-90. Tapi rembatab jarak dekatnya terkena palang.

Ini permulaan yang baik untuk saya dan pasukan ini, kata Benteke.

Sumber: Harian Metro
 
Top