Girlfriend suka orang lain

Joined
Jun 6, 2015
Messages
2
Likes
0
Points
1
Offline
#1
Salam semua.
Nak minta pendapat korang semua, especially yg perempuan2 la.

Aku kenal dengan gf sbb kitorang sama uni (sebuah uni kat utara), cuma lain course & lain batch. dalam bulan 4 tahun tu kitorang couple. sepanjang tahun 2014 tu boleh kata hari2 jumpa. jujur cakap memang takda problem besar apa2, kecuali ada la gaduh sikit2(bagi aku gaduh kecik je laa) and bagi aku standard la kot gaduh sikit2 ni.

Masalah dia start tahun 2015 bila awal tahun aku kena pergi praktikal kat kl, and gf aku pula still study kat uni tu. uni aku ni gila sikit, hantar budak praktikal sampai 8 bulan.lepas aku habis praktikal, gf aku tu pula cuti 4 bulan. so kitorang nanti takkan jumpa dalam masa setahun.

Masalahnya, aku ni kuat jeles, gf aku ni pula suka masuk event2 yg uni aku buat as komiti la, head of department la etc2. So bila dia masuk banyak event, dia akan berkenalan dengan banyak orang la, lagi2 lelaki. and lelaki2 ni suka la nak tackle dia. bila aku baca2 komen2 kat social media, boleh tahan jeles gak la aku. bagi aku, gf aku layan biasa2 je, lelaki2 tu yg over nak tackle lebih2. disebabkan aku terlalu jeles, kitorang pun gaduh la pasal benda ni. selalu gak gaduh pasal benda2 ni. ye la, long distance relationship kan, ada je benda tak kena. aku cakap ngan dia, kalau nak join event, join sikit2 dah la, jangan semua event dia nak masuk. memang gaduh besar sampai sekali tu (awal bulan 5) dia cakap dia tawar hati dengan aku & taknak ada apa apa hubungan ngan aku. punya la frust, aku pujuk2 pun dia tak layan. aku ingat nak give up. tapi tak jadi give up sebab dia still pakai couple ring kitorang, gambar aku dengan dia still ada kat insta n twitter dia and dia still gantung gambar kitorang bersama kat board study dia .konfius aku dibuatnya. Sekali sekala aku balik uni nak jumpa pujuk dia. dia layan aku baik, kitorang dating macam selalu kitorang dating dulu2, memang takda masalah. tapi setiap kali habis dating, dia akan cakap dia dah taknak apa apa dengan aku. makin la aku confius.

2 minggu pastu baru la semuanya terungkai. rupa2nya dia minat laki lain, n laki tu pun minat dia.siap dating apa semua. aku dapat tau sebab aku baca whatsapp dorang berdua.rupanya dorang dah start contact since bulan 3 lagi (time gf aku minta putus time tu bulan 5). apa lagi, aku terjah la dorang berdua. gf aku cakap mmg dia suka kat mamat tu. mamat tu pula minta maaf kat aku sbb dia kata sejujurnya dia tatau yg gf aku tu dah ada aku. mamat tu siap ajak aku jumpa bincang lagi. kitorang jumpa n bebincang la. mamat tu tunjuk semua conversation whatsapp dorang, gambar2 diorang apa semua dengan niat nak buktikan yg dia betul2 taktau. aku pun decide yg mamat tu betul2 taktau. lepastu mamat tu kata dia takkan kacau kitorang dah, sebab dia respect aku n dia pun rasa mcm tertipu juga.

Jadi masalahnya sekarang, aku dah pujuk2 gf aku pun dia still nak mamat tu juga. asyik mention nama mamat tu je. bengang gak aku, tapi sabar je la. yg aku tak paham sekarang ni, aku dah kenal dia lebih dari setahun tapi aku pelik kenapa dia nak pilih org yg dia baru kenal 3 bulan? kenapa senang sangat dia lupakan aku camtu? kalau dia suka mamat tu sgt, kenapa still pakai cincin? kenapa still simpan gambar kat insta and gantung gamba lagi? gua confiusss.

So tu la, nak tanya pendapat korang yg perempuan ni la especially, apa sebenarnya yg gf aku tgh fikir sebenarnya? apa yg dia nak sebenarnya? and apa yg aku patut buat andai kata aku still nak dia lagi?

Sorry aa kalau cerita mcm kebudak2 budakan sikit. Mungkin sayang sangat kot sampai aku pun jadi b
Sekian trimas
 
Joined
Jun 25, 2015
Messages
301
Likes
50
Points
28
Age
44
Offline
#5
Assalamualaikum.....ibaratkan hubungan korang sebagai satu perlumbaan......finishing line adalah tangan tok kadhi......selagi belum ijab dan kabul.....mcm2 boleh jadi.....

Dalam kes kamu......nampaknya gadis itu bukan utk kamu.....dia nak jadi seorang yg aktif, itu hak dia, fitrah dia....kamu tak dpt ikut rentak dia, kelemahan kamu.....dia jumpa somebodu else yg lebih hebat dari kamu, kelemahan kamu....

My advise.....jangan give up......akan ada jodoh.....dgn org lain....lesson learnt....setakat jarak 700 - 800 km....boleh je jumpa sebulan sekali....
 

asmuie

freshman
Joined
Jul 12, 2015
Messages
19
Likes
4
Points
3
Age
30
Offline
#8
ada je membe yang still setia menanti walaupun awek dia uturn..siap yakin lagi, selagi gf dia tak kawen dia masih ada harapan..tapi macam biaselah, membe2 nasihat move on..sebab kesian tengok dia makan hati..sape tak sedih tengok org yg kita syang berkasih-sayang dengan org lain..
 
Joined
Dec 25, 2008
Messages
830
Likes
2
Points
18
Offline
#9
Berat kesah ni bro.. tapi camnilah.. benda tentang relationship ni simple jer.. kita kena ada good communication dlm sesuatu hubungan.. tak kiralah dari kwn ke.. kekasih ke.. kena ada komunikasi yg bagus.. oleh sbb bro dah pun berkasih.. ajaklah GF bro tu.. makan n minum tempat dia minat.. takkan la 4 tahun berkasih taktau kott kan.. bila ajak tu.. cari mood & masa sesuai.. ajak diskus.. tengok respon dia.. kalau first time ajak diskus dia tak bagi respon positif.. jangan paksa.. try hari lain.. & jangan putus asa.. keep in try.. kipidap dongibab.. +Lalala+

Kalau dia still simpan something yg ada kaitan dengan bro, tu means.. dia masih suka kat bro.. just dia dlm dilema dan keliru.. or tawar hati.. kalau camtu.. bro kena caj balik dengan benda2 yg sweet dan romantis..

alang2 tu bro.. masuk je lamar.. setel masalah nihh.. +Malu+
 
Joined
Feb 13, 2014
Messages
309
Likes
0
Points
18
Offline
#14
Jangan marah kalau saya cakap yang gf saudara adalah seorang playgirl. Takkan tak nampak sudah jelas dan nyata. Semua tanda2 sudah saudara berikan sendiri. Apa tu playgirl? Sama sahaja macam playboy, cuma gelaran untuk orang perempuan.

Tips nak kenali playgirl:

1. Orangnya suka bersosial
2. Sosial lebih2
3. Tidak boleh hidup tanpa bersosial
4. Sukakan perhatian jantina yang lagi satu
5. Simpan hubungan sulit dan rahsiakan daripada pasangan
6. Masih kejar yang lain dan nak simpan anda sebagai spare part

No 1-4 sudah jelas melalui kenyataan saudara gf suka masuk acara uni dan suka melayan lelaki walaupun saudara sebagai bf sudah minta kurangkan aktiviti berkali2 sampai bergaduh.

No 5 itu sudah terbukti. Sekarang masih hubungan istimewa sahaja pun sudah tak sedap kita dengar. Kalau sudah berkahwin memang rosak rumahtangga dan jatuh maruah saudara nanti.

No 6 Ini sudah jelas dalam semua kes playboy dan playgirl. Budak2 zaman sekarang panggil skandal. Lagi banyak skandal lagi popular dia jadinya. Dia akan bermegah2 dengan kawan kerana berjaya menawan hati ramai orang. Walaupun sudah jelas kesalahan dan mengaku ada hubungan dia masih tidak mahu mengalah. Nampak sini saya sebut mengaku ada hubungan dan bukan mengaku bersalah. Walaupun pihak yang satu lagi sudah angkat tangan.

Tidak mustahil jika ada hubungan2 lain. Saya tulis bukan berdasarkan pengalaman sendiri tetapi kawan baik. Memang kesian tengok kawan tu. Duit kena kikis dan hati remuk sentiasa. Kes saudara ini kira ok sikit kerana gf yang minta putus. Kes kawan saya gf taknak putus, dia nak simpan semua skandal jadi trofi.

Nasihat saya putuskan sahaja. Nanti saudara yang stress pula. Masa depan tiada.
 
Joined
May 3, 2008
Messages
2,820
Likes
54
Points
48
Offline
#15
Ikutkan nak suka orang macam nie orang akan cakap negatif jek bro...kalo bro nak tahu bro lelaki yang bleh pimpin dengan baik, inilah ujian terbaik buat bro :

1) Bro sayang dier sebab diberikan peluang oleh-NYA
2) Bro diduga utk susah dapatkan dier sebab ingin diuji oleh-NYA

If betul bro suka dan ada niat suci utk dapatkan dier, bro bleh berusaha utk dapatkan dia. Setiap org ujian tak sama bro...adakala senang dapat adakala susah gila nak dapat...adakala dah dapat kena rembat plak...

p.s: Mungkin dier sket LIAR tapi kerana sebab bro org baik2 itu sebab susah sket... Biasa laa tue bro...kita org2 kampung org sepak tepi jek..kalo abg sudin mampu ngorat orang "ada2" takkan bro xbleh...(kalo layan bujang lapok aa... :D )
 
Joined
Jan 16, 2016
Messages
6
Likes
0
Points
1
Age
31
Offline
#16
“If you love somebody, let them go, for if they return, they were always yours. If they don't, they never were.”

Hehe mat saleh punya kata-kata ni kadang2 sedap dengar tapi perit gak nak buat...
tapi mmg itu lah hakikatnya...
Jodoh kan rahsia Allah..
Kalau btol2 syg sgt2 mintak kat Allah...Kalau mmg dia tu yg terbaik..Allah mesti uruskan jalan pulang..
Kalau bukan terbaik untuk kita..Allah mesti bagi yang lebih baik punya..

"Kita merancang,Allah merancang.Perancangan Allah tu kan Maha Baik"

*** Kalau ikut pengalaman,ramai customer beli perfume kami ada masalah camni...mula2 cakap nak pikat ex dia,tapi at last dia x cari pun ex dia tu...dia kata ramai lagi yg lagi bagus.. hehehe
+Seruling+
 
Joined
May 15, 2007
Messages
338
Likes
2
Points
18
Age
45
Offline
#17
Kita akan tahu perempuan itu betul2 suka pada kita atau tidak dengan cara kita mencari couple yang lain. Kalau dia buat tak kisah, memang dia tak suka kat kita, tapi kalau dia dah mula rasa something, dari tingkah laku, tindak balas, kita boleh nampak, maknanya dia masih suka pada kita. So, matakuyu, jangan susah hati, cari jer pengganti dan tengok reaksi dia macam mana....
 
Top