Generasi muda bakal menyewa sampai mati

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,772
Points
36
ne_02.1.jpg

ORANG ramai melihat model pangsapuri pada satu pameran hartanah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini.

“Kenaikan suku pertama tahun ini tidak begitu drastik seperti tahun lalu tetapi hakikatnya kenaikan harga masih berlaku. Nampak gayanya, sampai mati golongan muda terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat ******** membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.



Sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0604&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
 

bundlebook2u

freshman
Joined
Oct 29, 2012
Messages
93
Points
0
ermmmm nasib badan lah.. tahun ni juga kena cari rumah.. ni belum ada gst bagai .. makin naik lah barang..!!!
 

achax79

freshman
Joined
Jun 14, 2009
Messages
18
Points
0
pernah berborak dengan seller rumah...tak lama lagi malaysia jadi macam jepun...satu rumah 3 generasi bayo...ada betulnya....3 tahun sudah aku belirumah 2 tingkat 220k... tahun sudah survey2 nak cari rumah baru....rege dah 400k ke 700k.... gila ke apa...tahun ni malas nak survey...kompom harga da harga bunuh diri punya... ni area klang ye
 

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,772
Points
36
pernah berborak dengan seller rumah...tak lama lagi malaysia jadi macam jepun...satu rumah 3 generasi bayo...ada betulnya....3 tahun sudah aku belirumah 2 tingkat 220k... tahun sudah survey2 nak cari rumah baru....rege dah 400k ke 700k.... gila ke apa...tahun ni malas nak survey...kompom harga da harga bunuh diri punya... ni area klang ye

memang takut tengok harga rumah kat area K.L dan lembah Kelang ini, mendadak naiknya...kalau gaji kecik jangan beranganlah untuk memiliki rumah sendiri.
 

achax79

freshman
Joined
Jun 14, 2009
Messages
18
Points
0
memang takut tengok harga rumah kat area K.L dan lembah Kelang ini, mendadak naiknya...kalau gaji kecik jangan beranganlah untuk memiliki rumah sendiri.


kena beli rumah lelonglah nampaknya....terpikir macamana orang yang gaji rm1500 ke bawah...kesian diaorang....gaji 2000 pun belum tentu boleh beli rumah sekarang...
seller rumah tu bagi tau...setiap 100k bulanan dalam 500 kalau rumah 300,000 bulanan 1500....makan pasirlah nampaknya...kereta lagi...anak lagi....bil bil lagi....pengsan weiii..
 

erysam

freshman
Joined
Jul 19, 2012
Messages
18
Points
0
Mcm mana lah nasib aku lagi 3 - 5 tahun akan dtg. Ntah2 ade Degree pon x mampu beli rumah:-O
 

fan.art

freshman
Joined
Jul 17, 2014
Messages
17
Points
0
kalau nasib baik pun… dapat tanah pusaka. kalu tak… memang mneyewa je ler
 

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
styukur dah berjaya beli ruamh sebelum GST...kalau nak tunggu makin lama makin mahal harga hartanah
 
Joined
Oct 24, 2013
Messages
212
Points
0

Tera Java

freshman
Joined
Apr 5, 2015
Messages
13
Points
0
dalam bab membeli rumah ni, saya cadangkan beli ikut kemampuan.

Beli yang murah-murah dahulu macam low-cost apartment, pastu 2 3 tahun lagi, upgrade ke medium cost apartmant, pastu baru boleh beli rumah idaman 10 tahun lagi.

Yang penting, boleh hidup sederhana.
 

kuchalana

Senior
Joined
Nov 3, 2009
Messages
532
Points
18
boleh beli tapi kena cari kawasan yang jauh dgn bandar...jadi tak praktikal plak...harga hartanah di kawasan bandar semakin meningkat...tak seiring dgn kadar pendapatan
 
Top