Generasi baru badminton suram

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



Jakarta: Ahad lalu mungkin kali terakhir untuk rakyat Malaysia menyaksikan seorang pemain dengan lencana Jalur Gemilang di dada beraksi pada pentas final Kejohanan Dunia.

Ini kerana, selepas era gemilang pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei, cukup sukar untuk meramalkan generasi yang mampu menggantikannya, mengambil kira situasi suram sukan badminton negara ketika ini.

Malah untuk melihat seorang pemain negara sekurang-kurangnya mampu mengekori kecemerlangan bekas pemain nombor satu dunia itu pun cukup sukar, apatah lagi menyamai rekod Chong Wei yang sudah membuat sembilan penampilan di Kejohanan Dunia dengan empat daripadanya ke pentas final.

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen mengakui sukar mencari pengganti Chong Wei selepas menyaksikan jaguh negara itu tewas kepada juara bertahan dari China Chen Long pada pentas final kelmarin.

Adalah sangat sukar untuk mencari pengganti Chong Wei dalam tempoh singkat. Kita tidak mempunyai barisan pemain pelapis berkaliber sepertinya ketika ini.

Kami memerlukan tiga atau empat tahun untuk melihat sejauh mana mereka boleh pergi. Sasaran saya adalah untuk meletakkan mereka dalam kelompok 10 terbaik dunia dan kemudian sama-sama lihat apa yang berlaku selepas itu.

Begitu juga untuk beregu lelaki, kita hanya mempunyai satu saja beregu yang bagus. Kami perlu bekerja lebih keras, katanya.

Frost sendiri tidak pasti siapakah yang layak untuk menggantikan Chong Wei.

Ada yang mempamerkan peningkatan prestasi. Situasi itu sangat bagus tapi untuk menyatakan mereka calon pengganti terbaik kepada Chong Wei mungkin agak keterlaluan.

Kami perlu memastikan mereka ini berada dalam kelompok 25 hingga 20 terbaik dunia sebelum cuba meletakkan mereka dalam ranking 10 terbaik, katanya.

Chong Wei pada sidang media Ahad lalu masih tidak dapat memberi jaminan sama ada dapat beraksi lagi di Kejohanan Dunia pada 2017 kerana segala-galanya bergantung kepada tahap kecergasannya.

Fokusnya selepas ini beralih kepada acara temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik di Rio tahun depan.

Sementara itu, mengulas mengenai pencapaian barisan pemain lain selain Chong Wei, Frost berkata, banyak peningkatan dipamerkan mereka di Kejohanan Dunia kali ini.

Beregu lelaki (Goh V Shem-Tan Wee Kiong) berjaya menewaskan juara bertahan di pusingan awal.

Beregu wanita pula Amelia (Alicia Anscelly) dan Soong (Fie Cho) serta beregu campuran (Chan Peng Soon-Goh Liu Ying) juga mempamer aksi cemerlang, katanya.

Sumber: Harian Metro
 
Top