Dalam Negara Gelaran Dewi Remaja Ditarik – Komen Aku

Joined
Aug 2, 2008
Messages
714
Likes
4
Points
18
Offline
#1
Assalamualaikum semua, sepertimana yang kita tahu baru-baru ini, seorang Dewi Remaja telah ditarik balik gelarannya. Gelaran itu beliau telah pegang dalam masa yang singkat sahaja dan direkodkan menjadi tempoh yang paling singkat dalam sejarah pertandingan tersebut. Dikatakan gelaran tersebut ditarik kerana kecoh viral video juara tersebut yang dikatakan minum arak dan sebagainya. Ia tidak berakhir begitu sahaja.

Ia masuk ke fasa seterusnya.

Tuduh menuduh berlaku. Yang itu kata yang ini pengkhianat, yang ini pulak kata itu dalang. Ada yang membela dan sebagainya lah.

Komen aku: Dewi Remaja ini satu pertandingan mencari remaja contoh. Remaja contoh ini kenalah menunjukkan contoh yang baik. Adakah berparti dan minum air yang tidak sepatutnya itu adalah contoh yang baik?

Yalah, mungkin mereka berparti dan tak minum air yang tak sepatutnya itu. Mungkin hanya bersuka ria. Mungkin minum air masak je kot.

Tetapi adakah clubbing itu adalah contoh yang baik?

Maka adalah golongan lain pulak yang membela kata itu hak peribadi dan biarlah mereka dengan hak peribadi mereka dan tak perlulah ditayangkan kepada umum. Pertandingan itu tidak ada kaitan dengan parti mereka dan jangan dicampur adukkan.

Pulak dah..

Aku nak cakaplah, kalau dalam pertandingan dia baik dan ayu dan sangat memberi inspirasi tetapi disebaliknya kaki joli, kaki club dan sebagainya…tidakkah itu hipokrit?

Adakah hipokrit itu baik?

Aku tanya je.

Bukankah lebih baik kalau tak pergi tempat-tempat macam tu terus? Jauhkan tempat-tempat yang boleh menimbulkan fitnah macam tu.

Aku pun bukanlah baik sangat. Tapi kalau berfikir cara mudah pun kalau pergi tempat-tempat macam tu walaupun tak minum tapi dah memberi imej yang tak baik kan?

Itu satu cerita.

Yang lagi satu apabila kita yang berada di atas. Jaga-jaga ada yang akan iri hati atau dengki.

Ambik gambar ke atau video ke walaupun pada masa tu atas dasar suka-suka tapi jaga-jaga gambar tu masih ada dalam memori. Boleh dijadikan modal untuk menjatuhkan. Tambahan pulak kalau gambar atau video diambil ditempat-tempat yang macam tu.

Dunia akhir zaman ni banyak betul fitnah.

Buat baik jadi fitnah, apatah lagi buat benda yang tidak baik.

Banyak gunting dalam lipatan sekarang.

Mungkin ada cara yang lebih baik untuk bergembira dan meraikan. Clubbing bukan satu-satunya cara bergembira.

Kalau clubbing tu bagus, dan minum arak tu bagus. Kenapa gelaran itu ditarik balik?

Sumber: https://aizennasa.com/gelaran-dewi-remaja-ditarik-komen-aku/
 
Top