Dalam Negara Gadis kolej lahirkan bayi dalam tandas di Jempol

Offline
#1


JEMPOL - Seorang pelajar kolej berusia 17 tahun melahirkan bayi perempuan dalam tandas sebuah kolej di sini pagi ini.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi itu disedari oleh beberapa rakan pelajar perempuan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, rakan pelajar perempuan itu kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak pengurusan kolej.

"Apabila pihak kolej membuat pemerikaan mereka menemui pelajar tersebut dalam keadaan lemah dan terdapat seorang bayi bersamanya.

"Ibu dan anak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan mereka berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Noorzainy berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan sedang mengesan bapa bayi tersebut. - Kosmo