Dalam Negara Gadis cedera ditikam abang sendiri di Kedah

Offline
#1


SIK 24 Jan. - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun cedera pada rusuk kiri dipercayai ditikam abang kandung sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Chepir pagi tadi.

Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu disedari bapa mangsa yang kemudian bergegas ke bilik anak perempuannya itu sebelum mendapati dia dalam keadaan berlumuran darah.

"Polis merakam percakapan saksi dan menahan suspek berusia 15 tahun dipercayai abang kandung mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya di sini hari ini. - Utusan
 
Offline
#2
Gadis ditikam di rusuk lepas maki hamun abang


Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Mahadzir Hamid, melawat mangsa yang yang cedera ditikam abangnya di Hospital Sultanah Bahiyah. - Foto ZULIATY ZULKIFLI

Alor Setar: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menikam adik perempuannya di rumah mereka di Kampung Chepir, Sik, hari ini, selepas dikatakan tidak tahan dihambur kata-kata kesat oleh adiknya itu.

Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku pada 5.30 pagi antara si abang berumur 15 tahun yang didapati positif syabu dan adiknya yang berumur 14 tahun.

"Ketika itu mangsa sedang tidur di dalam bilik seorang diri apabila bapanya mendengar jeritan anaknya itu.

"Bapa yang pergi melihat anaknya mendapati mangsa berdarah di rusuk kiri dan mengerang kesakitan," katanya.

Remaja itu kemudian dibawa ke Hospital Sik sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Bapanya turut membuat laporan polis.

Menurut Mohd Ismail, suspek didapati membalut hulu pisau yang digunakan untuk menikam adiknya dengan tuala kecil.

“Suspek melarikan diri selepas kejadian dan polis yang menjejakinya kemudian menemuinya semula di rumah berkenaan, termasuk pisau yang digunakannya,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman untuk siasatan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Menurutnya, punca kejadian sedang disiasat dan suspek juga didapati positif syabu.


Rodok rusuk adik perempuan | Harian Metro