For NEWBIE-->THINK 'GEMOK' (Patut baca, jika tidak.....)

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
NOTA: Tajuk di atas cuma ingin menarik perhatian anda untuk membaca apa yang disampaikan dalam thread ini..semoga bermanfaat..


Salam sahabat semua


Sudah lama benar saya tak menulis perkongsian dalam forum ini. Almaklumlah, saya ni busy manjang. Hanya bila ada masa terluang saja baru saya menulis di sini. Jangan mare ye…

Hari ini, saya ingin berkongsikan sesuatu yang saya rasakan amat..amat..amat POWER RANGERS yang mampu membantu memajukan anda dalam dunia perniagaan internet ataupun dunia buat duit online cara halal ni..

Sekarang, memang ramai yang berminat menjalankan bisnes internet di rumah. Tua muda, semuanya berminat. Sebabnya ianya mampu memberikan pendapatan tambahan kepada mereka. Malahan ianya juga mampu memberikan hasil yang berkali-kali ganda dari wang gaji yang diterima mereka setiap bulan. Sebab itu ramai yang menceburi bidang bisnes internet ni. Isu ketepuan tak wujud, ini kerana perniagaan internet adalah sangat meluas dan ianya akan berkembang dari masa ke semasa.

Ramai yang telah menjalankan bisnes internet dan ramai juga baru saja nak mencuba. Bukan semua berjaya, ramai juga gagal. Dan ramai juga yang masih takut-takut nak memulakannya.

Dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan hasil tinjauan dan pemerhatian saya terhadap masalah mereka yang gagal dalam menjana duit di internet dan juga mereka yang takut-takut atau baru nak memulakan bisnes internet.. Alasan mereka:

# Saya dah berumur. Tak sempat dah nak belajar semua ni..

Faktor umur memang benar ada sedikit cabaran untuk menjalankan perniagaan internet ini. Mungkin mereka tak ‘CEPAT TANGKAP’ seperti orang muda. Tapi, jika belajar, tidak menjadi masalah. Yang penting sanggup belajar. Ilmu bukan terbatas pada umur-umur tertentu. Muda ke, tua ke..Semakin kita memburu ilmu dan mendapatkannya, semakin tajam akal fikiran kita. FAKTA SAINS telah membuktikannya. Semakin banyak ilmu dicari, semakin tajam akal fikiran kita. Cuba lihat sekeliling kita, terdapat ramai golongan atas umur 40-an yang mencipta kejayaan pada tahap umur itu. Ramai yang menjadi jutawan pada umur ini. Lagi, ada boleh lihat sejarah pengasas Kentucky Fried Chicken – Colonel Saunders yang mencapai cita-citanya pada umur 72 tahun. Lihat! Umur bukan halangan untuk mencapai kejayaan. Dalam Islam sendiri, umatnya disuruh menuntut ilmu hinggalah ke liang lahad. Maknanya, ilmu perlu sentiasa dituntut walaupun hingga ke akhir hayat kita. Tiada limit masa untuk dapatkan ilmu. Jadi, anda pula bagaimana? Dah rasa cukup berumur untuk mendapatkan ilmu? Jangan begitu ye…

# Saya OKU, susah la…

OKU atau Orang Kurang Upaya jika dilihat memang banyak halangannya untuk menjalankan perniagaan internet. Ada yang cacat kaki, cacat tangan, cacat pendengaran, malahan ada yang buta. Ada ke orang OKU yang jalankan perniagaan internet ini? Tiada ? Siapa kata tiada! Sepanjang 2 tahun saya melibatkan diri dalam dunia bisnes internet ini, saya telah mengenali 3 orang usahawan internet yang dikategorikan OKU tapi berjaya mencipta pendapatan lumayan dari internet. Siapa? Safuan Si Penglipurlara, Master Arsyad dan juga saudara Bad (telah meninggal dunia tahun yang lepas). Mereka ini menjadikan bisnes internet sebagai sumber pendapatan utama mereka! Si Safuan mengalami kecacatan di kaki, begitu juga Master Arsyad yang berkerusi roda. Siapa kata OKU tak boleh jalankan bisnes internet! Mereka dah buktikan..Dengan bisnes internet lah mereka memperolehi pekerjaaan yang mana sukar diperolehi di luar sana.


Ada ke orang buta belajar untuk menjalankan perniagaan internet? Ada! Sahabat saya, Suthan M pernah mengajar perniagaan internet kepada sekumpulan orang buta di pejabatnya. Mesti anda pening kan? Bagaimana orang buta menjalankan perniagaan internet ye? Jika orang OKU menjalankan bisnes internet tapi gagal, ianya boleh diterima lagi. Tapi, jika orang biasa yang mengaku sebagai OKU bagaimana pula?

# Saya ni tiada modal sangat..mana la nak berjaya bisnes internet ni

Alasan ini adalah alasan terbesar yang sering digunakan ramai orang. Modal taknak keluar tapi hasil mahu besar! RM100 pun tak sanggup keluarkan sebagai modal, tapi hasil mahu dapat RM10ribu. Tapi saya agak pelik apabila mereka diajak sertai program penipuan atau skim cepat kaya especially melalui piramid, laju je mereka laburkan duit mereka. Siap pinjam dengan bank berpuluh ribuan RM untuk sertainya. Tak perlulah saya sebut apa nama SKIM CEPAT KAYA tu di sini. Sendiri mahu ingat la. Sikap tamak dalam diri menyebabkan mereka ni rugi besar! Saya sering terima aduan mangsa dari subscriber saya (biasanya golongan berumur) yang mengatakan mereka keluarkan ribuan RM untuk sertai program mengarut ni tapi takde sesen pun dapat. Mereka ini telah terpedaya dengan kemewahan dan janji pulangan kekayaan dengan segera dari upline mereka. Kesudahannya, UPLINE mereka yang kaya dan mereka yang merana kuciwa. Jika mereka nak hasil, kena cari pula downline di bawah mereka supaya memberikan wang yang seperti mereka berikan pada upline mereka. Kesian…Ramai juga pak aji-pak aji yang frust menonggeng dengan SKIM CEPAT KAYA MLM ni..Dalam bisnes internet yang sebenarnya, anda boleh memulakannya sendiri tanpa melibatkan modal yang besar. Malah anda boleh..saya ulang lagi..boleh dimulakan tanpa modal, iaitu affiliate. Dalam bisnes ebook pula, anda boleh memulakannya serendah RM40 iaitu mendapatkan domain dan hosting. Yang lain-lain anda boleh buat sendiri jika tiada modal untuk mengupah orang. Atau menjual ebook yang siap dengan harga diskaun di forum untuk mendapatkan modal untuk mengupah pakar mereka grafik minisite jualan, memasang system affiliate dll. Saya sewaktu memulakan bisnes ebook ni, tak silap saya, saya keluarkan RM150 untuk domain dan hosting (masa tu tak tahu kat mana yang lebih murah). System affiliate, borang order dan lain-lain saya pasang sendiri berpandukan panduan yang saya beli. Masa tu memang saya benar- benar buta IT…Dulu RM150, tapi hasilnya? RM150k? Tidak! Lebih dari itu lagi…

Itulah kelebihan bisnes internet. Modalnya adalah jauh lebih rendah berbanding jika anda menjalankan perniagaan offline. Contohnya, saya telah memulakan bisnes internet dengan modal kurang RM200. Bebeza pula apabila saya membuka akademi pusat latihan IM Training Center, modalnya melebihi RM80 ribu. Mana yang lebih kecil modalnya? Bisnes internet la jawapannya…

# Saya ni tak tahu IT…saya tak pakar…


Baru mula memang la tak pakar. Tak perlu menjadi pakar untuk menjalankan perniagaan internet ini. Semua orang bermula dengan tak menjadi pakar. Saya juga bukan pakar semasa memulakan perniagaan internet. Jika nak tunggu jadi pakar, sampai ke tua berjanggut takkan jadi pakar. Apa yang penting - , sedikit yang anda tahu dan yang anda pelajari,terus saja dipraktikkan. Jika tak dicuba atau dipraktikkan bagaimana pula anda mahu berjaya. Saya sering saja dapat emel dari subscriber saya yang lebih kurang macam ni “Saya dah siapkan ebook. Saya tak pakar dalam memasarkannya di internet. Encik Jamal Yang Hensem tolong pasarkannya ye . Saya bagi komisen” Wah, begitu mudahnya. Jika anda seperti ini, sampai bila anda tak akan berjaya. Mereka lebih melihat kepada duit, bukannya ilmu promosi yang ingin dipelajari. Mengapa mereka suruh saya promosikan ebook mereka? Kan mereka boleh promosikannya sendiri, dengan syarat sanggup belajar. Haiyoo..senang-senang saja suruh saya promosikan ebook mereka:). Orang begini saya anggap orang yang malas berusaha dan malas untuk belajar. Bukan saya tak nak membantu promosikannya, tapi mereka perlu tahu cara yang sebenar bagaimana untuk mendapatkan JV untuk membantu promosikan ebook mereka. Bukan semudah ABC nak suruh saya promosikan ebook mereka. Jika ebook mereka bagus, berkualiti dan sesuai untuk saya promosikan, dan juga kena pada masa saya, tiada masalah untuk promosikannya. Kan saya boleh jadi affiliater. Sebelum ini, peserta bengkel saya sendiri pun saya suruh mereka usahakan sendiri bagaimana untuk dapatkan JV. Yang penting, saya mahu melihat mereka belajar dan berusaha untuk memasarkan ebook mereka di internet. Lagi satu, kan ada system affiliate. Anda boleh rekrut orang untuk promosikan ebook anda melalui agen affiliate. Kan mudah saja tu. So, lepas ni jangan fikir perlu menjadi pakar untuk menjana income dari internet. Yang penting, pelajarinya, fahaminya dan praktikkannya.

# Saya ni tak cukup masa nak buat bisnes internet ni.. IKUTI SAMBUNGANNYA KLIK SINI
 

Abang Internet

freshman
Joined
Dec 5, 2007
Messages
925
Points
18
halangan terakhir ialah mampu atau tidak kita berdisiplin.
kita boleh ubah cara berfikir tetapi sukar mengawal diri supaya berdisiplin.
ramai i.m yang ada ilmu,pengalaman tetapi masih sukar berdisiplin.
 

faiz_sufi

freshman
Joined
Sep 11, 2009
Messages
435
Points
0
saya sokong semua yang diperkatakan di atas...semoga bermanfaat untuk saya dan yang lain...
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
dah berumur.. biasanya makin berumur makin dewasa, makin matang, makin bijak.. bijak di sini konsepnya sangat luas.. tak membawa maksud mahir dalam sesuatu bidang tetapi bijak di sini adalah bijak memanfaatkan persekitaran dan peluang yang ada untuk kepentingan diri

tak pandai IT ? upah je bebudak muda yang mahir IT. Maknanya di ini 'berumur' bukan satu alasan tetapi satu kelebihan. Takkan la dah tua2 tapi tak reti nak deal dengan bebudak.. alahai.....
 
Top