Fan fan takluk kota tinggi

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



Johor Bahru: Pemandu Soucast Motor Mitsubishi Lancer EX, Fan Fan berjaya mengungguli cabaran Kejuaraan Rali Malaysia (MRC) 2015 pusingan ketiga di Ladang Tai Tak, Kota Tinggi yang berlangsung dua hari, berakhir kelmarin.

Pada saingan itu Fan Fan mencatat 3 jam 26 minit 58.8 saat mendahului pencabar terdekatnya, Mohammad Yazeed Sahumin kedua dengan perbezaan 1 jam 2 minit 19.4 saat.

Ketiga menjadi milik pemandu Proton Satria, Aspar Kusin yang mencatat masa 4 jam 49 saat.

Pada perlumbaan pusingan ketiga yang membabitkan trek sejauh 227 kilometer itu, seramai 17 pemandu dari dalam dan luar negara berentap pada MRC 2015 selepas peringkat terdahulu diadakan di Perlis dan Negeri Sembilan.

Pusingan terakhir MRC berlangsung di Perak pada 14 hingga 15 November ini manakala perlumbaan APRC seterusnya di Jepun pada 18 hingga 20 September; China (30 Oktober hingga 1 November) dan India (11 hingga 13 Disember).

Dalam pada itu, aksi cemerlang Fan Fan terserlah sekali lagi selepas meraih tempat ketiga dalam cabaran Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) 2015 selepas mencatatkan masa 3 jam 22 minit 26.9 saat.

Juara milik pelumba Pontus Tidemand yang memandu jentera Skoda Fabia 2000 mencatat 3 jam 5 minit 11.5 saat untuk berada pada kedudukan pendahulu kejohanan dan diikuti Gaurav Gill , 3 jam 7 minit 08 saat.

Sembilan pemandu antarabangsa mengambil bahagian dalam perlumbaan peringkat keempat di Malaysia.

Mata keseluruhan APRC menunjukkan Tidemand dari Sweden mengutip 108 mata selaku pendahulu diikuti pencabar terdekat Gaurav dari India (74) dan ketiga pemandu Perancis, Jean Louis Leyraud (56).

Sumber: Harian Metro
 
Top