Faktor kejayaan e-biz

Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#1
Mari kita bercerita berkenaan kejayaan. Tiada org yang nak biz mereka gagal, bukan? Meskipun e-biz ni timeless, borderless dan segala "less" yang mungkin wujud, tetapi banyak produk masih gagal dijual. Mari kita bincang, apakah faktor sebenar kejayaan sesuatu e-biz? Untuk lebih fokus, katakan anda nak jual tangible produk...

Jenama?
Produk?
Strategi Pemasaran?
Khidmat Pelanggan?
Trafik?

Apa kata survey?
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#2
dikedai biasa bila pegi nampaklah produk.... orang Malaysia nie jarang surf internet, kalau ada cuma untuk check email.... marketing tak cukup luas....
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#3
Faktor kejayaan sesuatu e-biz? Ini susah nak cakap... apa2 pun.. pada saya.. satu-satunya faktor kejayaan e-biz itu ialah .. orang/tuan punya e-biz tu. Kalau terer dia berniaga.. maka berjaya lah dia.. kalau tak terrer... susah skit nak berjaya.

So.. mcm mana nak jadi terrer?... dengan ilmu... kena timba ilmu banyak2..

tapi kalau setakat timba ilmu tapi tak buat.. tak guna juga.. so.. kena usaha...

jadi bagi saya.. rahsia kejayaan sesuatu e-biz itu,... ia terletak pada sejauh mana ilmu + usaha + tawakkal seseorang.


p/s: err... betul ke jawapan saya nie..ker tak menjawap soklan.. :lol:
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#4
OK... bole terima. Mmg ilmu itu asas. Katakan runner dah ada ilmu yg cukup mengenai e-biz, then... what's next?



p/s: teringat thn 1999, time dot bomb... e-biz yg besar2 jatuh lingkup satu2... semua runner bukan calang2 orang... tapi dimanakah silapnya...
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#6
Hmm... dlm biz tak bole cuba2 bang... just do or die... hehehe

tapi kalau nak cuba lps dah belajar (kaedah yg betul dan elak kesilapan) dan paham risiko, then baru bole masuk gelanggang... ewah...


p/s: sori ek, aku ni asyik bg reply bertentangan... nak hangatkan topik ni aje... mari! sambung survey...
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#7
jangan terlalu bergantung pada e-biz yang seolah-olah menganggap pembeli datang cari kita untuk beli.... cubala create sesuatu yang penjual pergi cari pembeli....

contoh tak elok ialah spam... orang marah tetapi mungkin orang minat nak beli...

samalah seperti orang letak pamplet kat peti pos, tampal kertas kat bus stop... tu spam offline la tu...

buatlah yang tak susahkan rakyat, contoh... bagitaula... pasal perkhidmatan yang orang nak tau.... kedai komik ke.... walau melalui email... dan sasaran yang dekat la... takkan kedai kat singapore hantar email kat orang kedah.. marahla orang kedah...

kalau benda berguna dan boleh capai orang tak kesah kita email kat mereka.... nak2 orang dah kenal dari online jumpa offline.... setakat jual buku elektronik tu boleh... tapi yelahkan.... masyarakat suka beli yang bercetak.. cantik sikit, malas nak download dan compile sendiri...

dengan erti kata lain kejayaan e-biz bergantung pada:

1. Marketing diri orang yang buat e-biz tu
2. Kepercayaan masyarakat melalui butir-butir diri kamu yang realistik tu
3. Apa yang kamu jual
4. Tahap budi bahasa dan jaga kepentingan pelanggan
 

daniel

freshman
Joined
Apr 12, 2006
Messages
9
Likes
0
Points
1
Offline
#8
Antradun... saya rasa jawapannya ada dalam list awak tuh.

1: Jenama
2: Strategi Pemasaran

Kalau dua ni kuat, mesti berjaya punya.
 
Joined
Apr 25, 2006
Messages
107
Likes
1
Points
18
Offline
#9
Faktor kejayaan ialah naikkan satu website atau blog sekarang jugak walaupun satu muka surat. Yang penting website atau blog bisnes dan bukan hobi. Ini wajib.

Target market mesti global dan bukan local sebab statistik penggunaan internet tempatan masih terlalu rendah dan masih ramai lagi termasuk profesional was-was nak bertransaksi melalui internet.

sekian, terima kasih.

jasman
 
Joined
Dec 15, 2005
Messages
715
Likes
3
Points
18
Offline
#10
Faktor kejayaan e-biz banyak. Produk, reputasi, harga, strategi, teknik, 'research', 'alert', 'demand', 'supply', promosi.

Nantilah sambung. Tengah bz.

Salamzz
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#11
Jika ditanya apakah faktor kejayaan e-biz.. saya bersetuju dengan hasrul.. sebenarnya untuk berjaya dalam e-biz.. kita perlukan beberapa faktor penyumbang... bukan hanya satu..

Antara faktor2 penyumbang kejayaan ebiz ialah seperti, pemilihan produk, penjenamaan, teknik pemasaran, harga, kepuaan pelanggan dan sebagainya... semuanya perlu diambil kira.

sesebuah perniagaan tidak akan berjaya jika hanya menawarkan harga yang murah semata-mata..
Tidak juga akan berjaya dengan hanya faktor jenama sahaja... atau pun dengan sekadr faktor produk bagus semata2...

Seperti yg kita ketahui... kita tidak akan berjaya jika kita sekadar mempunyai produk yang sangat hebat tetapi tidak pernah mempromosikanna atau membuat sebarang marketing...

begitu juga sebaliknya... jika hanya marketing yng hebat tetapi produk tidak hebat.. tidak boleh jadi juga..

Jadi, kesimpulannya... anda memerlukan kesemuanya untuk berjaya. Apa-apa pun.. saya masih rasa.. ia berbalik semula kepada ilmu... sejauh mana ilmu yang kita ada didalam menjalankan perniagan internet ini. Imu dari segi pemilihan produk, penjenamaan, pemasaran dan sebagainya..... kncinya.. ilmu.

jadi, timbalah ilmu.. kemudian.. berusaha... dan seterusnya tawakal..


p/s:- rasanya... mcm aku ulang balik je apa yg aku tulis masa mula2 kat atas tu. :lol:
 
Top