Teknologi Facebook Mula Menggunakan Rekaan Antaramuka Baru Untuk Facebook Pages

Deli

Active
Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,652
Points
48
Salah satu perkara menarik mengenai Facebook adalah dimana mereka sering hadir dengan pelbagai pembaharuan pada platform mereka. Terkini, hari ini mereka dilihat telah mula menggunakan rekaan antaramuka baru untuk Facebook Pages dengan lebih meluas.

Screenshot-635-650x366.jpg


Melalui rekaan baru ini, ia hadir dengan antaramuka yang jauh berbeza dengan sebelum ini. Kini, gambar profil dipaparkan pada bahagian kiri laman yang mana diikuti dengan menu akses pantas pada bahagian bawahnya – yang mana sebelum ini dipaparkan dalam bentuk tab. Cover Photo untuk profil pula kini dipaparkan pada bahagian kanan laman, dan pada bahagian bawahnya diikuti dengan perkongsian semasa daripada Facebook Pages berkenaan.

Bagi kami secara peribadi, lebih mengemari rekaan baru ini berbanding dengan rekaan lama sebelum ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada ini sekadar ujian sahaja ataupun Facebook telah memilih untuk menggunakan ia secara rasmi bermula hari ini.

Untuk anda, adakah anda mengemari rekaan baru ini, ataupun lebih menyukai rekaan lama?

Sumber: Amanz
 
Top