Facebook lancar ciri '360 Photos' hari ini

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1


SEJAJAR dengan perkembangan maklumat dan teknologi (IT), Facebook berjaya melancarkan ciri terbaharunya, '360 Photos' hari ini.

Perkara itu telah diumumkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada Mei lalu.

Ciri baharu ini membolehkan pengguna melihat dan memuat naik foto yang dirakam menggunakan kamera 360 darjah di desktop dan telefon bimbit.

CIri ini boleh didapati pada iOS, Android, web dan juga Samsung Gear VR, mulai hari ini.

Menurut satu kenyataan rasmi Facebook, pengguna hanya perlu merakam foto menerusi panaroma ataupun menerusi aplikasi kamera 360 darjah yang sahih seperti 'Ricoh Theta S' dan memuat naik imej itu di Facebook mengikut prosedur yang sama.

Selepas dimuat naik, imej berkenaan akan menunjukkan ikon animasi '360' darjah untuk memberitahu rakan anda bahawa mereka boleh “meneroka” foto tersebut.

Malah, pengguna juga boleh melihat foto 360 darjah di Facebook secara realiti maya atau 'virtual reality' dengan menggunakan Samsung Gear VR.

“Kami memperkenalkan ciri gambar di Facebook lebih dari satu dekad yang lalu, dan ia dengan pantas menjadi salah satu cara utama pengguna berkongsi pengalaman mereka.”

“Facebook percaya video, 360 dan VR adalah ciri perkongsian masa depan, jadi kami mahu pengguna kami untuk menyesuaikan diri. Mungkin satu hari, Instagram juga akan menerima ciri gambar 360 darjah,” kata Pengurus Produk Facebook, Andy Huang. - Awani
 
Top