Etika Berforum : Mari Bincang Bersama..

Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#1
Topik ni mungkin membosankan dan tidak begitu penting bagi seseorang. Atau ia dilihat membesarkan benda yang kecil. Tapi akibat sebaliknya amat kontroversi dan amat kritikal. Contohnya, TANPA ETIKA, forum tak akan terjaga, menjadi bosan, tak ada input dan output yang bermanfaat. Spam pula berleluasa sana dan sini. Lihatlah forum2 lain, banyak benda2 sebegini terjadi.

Bila disebut etika, maka ia akan dianggap untuk menghadkan hak peribadi seseorang. Tapi, benarkah andaian sebegitu? Begitu juga moderator, mereka terpaksa menebalkan muka dan tidak memilih kasih untuk menegur, juga menanggung risiko untuk 'membina musuh' hatta teguran tadi. Kasihan mereka, dilemparkan pula tuduhan yang tak sepatutnya.
Begitulah, pelbagai jenis ragam manusia atas muka bumi ni.. Namun tak boleh nak salahkan mereka juga, sebab benda2 'dalaman' ni, ambil masa nak ubah dan memilikinya. Ok sudah, tulis panjang2 pulak, nanti saya dikata guna teknik 'forum physcology' lak. Hmm.. :)

Baik, tujuan saya buka topik ni adalah kita sama-sama bincang, apakah etika yang sepatutnya dimiliki oleh seorang forumer. Saya harap, tak ada unsur2 emosi dalam topik ni atau dalam mana2 topik pun. Emosi meluak2 tak akan terjadi jika kita tidak memulakan sesuatu yg buat orang tidak senang.

Oklah, tak payah banyak cakap, biar saya mulakan dulu menyenaraikan ciri-ciri seorang forumer yang baik:

1. Tidak melakukan spam. Ramai yang hanya mengganggap spam hanyalah letak iklan di topik yang salah, tapi selain itu juga, post yang bersulamkan promosi juga adalah spam.

2. Tidak lari topik. Kalau kita sedang berbincang pasal A, maka usahalah sebaik mungkin untuk bincang pasal A, JANGAN alih ke perkara C, D atau yang TAK BERKAITAN. Ramai yang melakukan 'kesalahan' ini dalam tak sedar.

3. Komen / post mestilah ada value. Tak cukup hanya setakat, "hehehe", "TQ", "mekacehh" dan yang seumpamanya. Jika anda ingin membalas sesuatu topik dengan cara itu, STOP. Tak perlu balas topik itu. Selain memantapkan perbincangan, ia juga dapat jimatkan ruang storan database forum ini. Tak gitu shuth? :D

4. Terima teguran membina (yang betul) dengan hati terbuka. Ramai yang ego dan susah untuk menerima teguran yang baik. Selepas ditegur, dibuatnya lagi. Kemudian ditegur lagi sehingga membuatkan orang lain naik marah atas sebab ke-ego-an kita. Maka di sini, agak-agak salah siapa? Yang menegur atau yang ditegur? Saya rasa, kebanyakan teguran yang diberikan adalah untuk kebaikan. Ingat saja2 jer ke nak tegur2 nih? Xder masa.. :)

5. Bermaaf-maafan. Jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah, bermaafan adalah satu sifat dan jalan yang tepat. Kalau masing2 ada pendapat yang bercanggah dan dua-dua adalah betul dari segi pertimbangan tertentu, maka lapangkanlah dada. Teruskan dengan pendapat anda, dan mereka dengan pendapat mereka. Tidak ada paksaan. Dan kalau orang dah minta maaf, janganlah ego dan keras hati. Menerima maaf tu satu sifat yang sukar dimiliki oleh ramai orang. Ia satu sifat mulia.

6. Membuka topik baru. Yang ni masalah utama juga. Sebelum membuka sesuatu topik baru, lihat dahulu topik-topik sebelum ini kot-kot dah ada diperbincangkan. Kalau dah ada, rujuk yang tu dan sambung perbincangan di situ jika ada sesuatu nak diutarakan. Jangan gatal-gatal nak buka topik baru MELAINKAN di-izinkan oleh para moderator dan admin. Jika belum ada, bukalah topik baru MENGIKUT ruang (thread) yang SESUAI.

7. EMOSI dan gaya penyampaian. Sebelum saya sentuh bab emosi, anda perlu bezakan emosi dan ketegasan. Contohnya saya sebagai moderator adalah tegas, tapi boleh bertukar menjadi emosi yang tak terkawal jika teguran tak diendahkan. Elakkan ber-emosi dalam berforum DAN jangan buat orang lain ber-emosi (marah) yang meluak-luak. Elokkan tutur kata anda. Mana yang laser-laser tu, hmmm, hehe (mysticmind?), semua dah biasa dengan dia dan dah tahu style dia. So, go on dengan cara dia.. Ada sesaper tak kenal lagi mysticmind? Semua dah kenal, so biasa2kanlah dengan cara dia yer.. Mana yang bukan jenis me-laser, tak payah nak melaser-laser.. Cukuplah mysticmind sorang jer guna cara tu. :D

8. Borak kosong? Mudah jer, gunakan ruang Sembang Kosong yang dah dibuat khas untuk kita ketawa, borak itu dan ini yg tak ada kaitan dengan ebiz. Gunakan sebaiknya..

Apa lagi yer? Ada lagi yang saya nak taip ni, tapi cukup tu dulu. Dan saya nak anda juga sebagai forumer memberikan komen yang membina. Mana-mana komen yang dirasakan 'menyindir' mana2 pihak, membuat orang terasa, ber-emosi atau yang seumpamanya, komen itu akan di-delete.

Komen di sini bermakna, idea, saranan, pandangan dan apa sahaja cadangan anda yang berkaitan dengan isu etika berforum ini. Walau ia benda kecik, tapi ia juga menentukan hala tuju forum ini.

Jangan sekadar membaca, SAYA NAK kita sama-sama mempraktikkan etika-etika forum ini. Ingat, ini adalah 'rumah orang' yang membenarkan kita masuk untuk memeriahkannya. Maka, bersopan dan beretikalah sebagai tanda terima kasih kepada yang mewujudkan forum ini.. 'Tuan rumah' ni tak mintak satu sen pun dari anda, so benda yang paling simple adalah, berforum dengan baik.

Wassalam.

- mod -
 
Joined
May 22, 2006
Messages
561
Likes
6
Points
18
Offline
#2
Saya pun sebenar nak tegur pasal ni sebab saya perasan ada post-post yang lebih pentingkan kuantiti dari kualiti.Jadi teguran ni memang sangat sesuai dan kena pada masanya.

Cadangan saya,setiap mod letak kat sig dorang link-link ke thread ni dan thread-thread rules forum WC ni.

Satu lagi ada satu lagi forum yang saya join,admin dia akan hantar PM first time kita daftar kat forum tu,bagitau semua rules-rules yang ada kat forum tu dan saya pasti dan yakin benda tu diautomasikan oleh admin tu.Shuth boleh detect tak ni?

Ok,no hard feeling.Moga dengan teguran ni pasni kita boleh tengok post-post yang lagi mantap dan berkualiti.=)
 
Joined
Aug 21, 2006
Messages
322
Likes
1
Points
18
Offline
#3
Cadangan kepada Admin/Moderator sekalian;

* Banyak yang dah Zul utarakan saya menyokong penuh. Saya juga setuju dengan Amirul28, cuma tambah sedikit, nanti bila dah wujudkan peraturan khas atau etika berforum ini tulislah dengan terang dan jelas (mungkin cara tegas sikit) semoga semuanya faham dan tidak ada lagi yang mengulangi kesilapan yang sama.

* Sebelum pihak admin luluskan pendaftaran ahli baru, email/pm peraturan/syarat tersebut (boleh buat secara auto kan) kepada ahli tersebut. Kira macam perjanjian la tu jadi bila dia telah melanggar perjanjian, orang itu harus di denda :) .

* Kemudian, cuba laksanakan sistem 'warning' atau 'ban' ip, username, email dan sbginya yg berkaitan... secara berperingkat2 kepada ahli2 yg suka spam atau kurang sopan semasa berforum, dengan cara ban 24 jam ke, 30 hari ke atau 365 hari ke...

Ok itu je buat masa ni nanti ada idea tambah lagi.
 
Joined
Oct 9, 2006
Messages
379
Likes
0
Points
16
Offline
#4
eh.. ada pengecualian ker kat mystic? hehe.. kalo saya dah biasa ngan sopan santun, x leh la nak melaser2, ye x?:p saya terperasan ada thread yang soalannya tak berjawab. lain yang ditanya, lain plak yang dijawab(termasuk ngan sindir2 skali:D)cmner tuh? hehe
 
Joined
Jun 7, 2006
Messages
1,414
Likes
4
Points
38
Offline
#5
patut laa aku tersedak teruk...
adehh.. susah..

maaf laa.. kalau aku nih terlebih lazer dan terlampau kejam..
kadang2 tuh.. aku pun taknak kejam sangat.. tapi ianya berlaku sendiri.. (macam laa aku ada period).

Aku akan cuba kurangkan tahap kejam aku pada tahap sederhana lepas nih..

Oh ya..
Untuk SOALAN YANG SELALU DITANYA CONTOHNYA:

1 - Wordpress itu apa?
2 - Adsense itu apa.
3 - MLM itu bagaimana.

Eloklah di stickkan.. sebab ramai sangat ahli baru masuk terus tanya tanpa gunakan fungsi SEARCH tuh.. aku tgk.. ada soalan sama sampai 5 6 kali duk tanya..
 
Joined
Aug 21, 2006
Messages
322
Likes
1
Points
18
Offline
#6
eh.. ada pengecualian ker kat mystic? hehe.. kalo saya dah biasa ngan sopan santun, x leh la nak melaser2, ye x?:p saya terperasan ada thread yang soalannya tak berjawab. lain yang ditanya, lain plak yang dijawab(termasuk ngan sindir2 skali:D)cmner tuh? hehe
bukanlah nak suruh mystic bersopan santun lemah gemalai mcm pompuan, tapi dah adat melayu begitu.. apasalahnya kan. laser tetap laser, tapi biarlah berlapik.. supaya newbie tak lari terus dari WC, kot la dibuatnya orang tu ada lemah jantung, mcm mana....

thread yg mana tak berjawab.. biasa ler? (... mcm semua saya baca ..).. tak berjawab mgkn org tak tau nak jwb. :D.
 

aridz

freshman
Joined
Aug 6, 2006
Messages
45
Likes
0
Points
6
Offline
#7
Senang -senang kepada sesiapa yang kurang ajar dan buat kecoh disini, report pada polis saja. Abang Aridz memang pantang dengan orang - orang macam ni.. :I
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#8
Hehe, saya bukan bagi pengecualian kat mystic, cuma nak bagitahu, dah ramai forumers yang kenal cara dia kat sini dan dah biasa. Jadi kebanyakan tak akan rasa apa2 pun kalau kena laser dengan dia, hehe. Lainlah yang baru masuk tu, memang akan benar2 terasa.. Tu jer. :) Tapi kalau mystic dapat kurangkan sikit, lagi baik. :D

Ermm, satu lagi, tak semestinya bila kita sebut pasal etika, KITA KENA SELALU SERIUS. hohoho, tidak sesekali. Serius terlampau-lampau akan jadi boring dan membosankan jugak. Pendek kata, pandai-pandailah yerk. :) Orang kata, cool & steady. ;)

Wassalam.
 
Joined
Dec 15, 2005
Messages
715
Likes
3
Points
18
Offline
#9
thread yang mungkin tak terjawab banyak sebabnya. Ada kemungkinan tajuknya tidak sesuai.

Sebagai contoh:
Katalah nak tanya "Bagaimana menerima bayaran dari luar negara?"

Tapi tajuk yang ditulis "Aku pening ni..."

Biasanya ramai yang tidak akan masuk thread yang tajuknya tiada kena mengena.
 
Joined
Sep 7, 2006
Messages
452
Likes
1
Points
18
Offline
#10
Sedikit pendapat dari saya lak:

1) Bagi saya kalo setakat mengucapkan 'terima kasih' tu xpe kot. Ye la kalo orang dah beri tunjuk ajar apa salahnya kita berterima kasih. Hanya sekali jekan kita ucap perkataan tu?

-cuma komen yang patut dianggap tiada ber-value ialah komen BERBUAL KOSONG sehingga menjadikan THREAD yang dibuka dah jadi mcm Yahoo Messenger atau mIRC. Terus terbabas habis la pokok perbincangan THREAD tu.

3) Yang lain saya sokong apa yang diusulkan oleh Zul.

P/S: Disini saya juga ingin meminta maaf pada semua warga WC jika saya ada terkasar bahasa atau melakukan kesalahan dalam berforum (baru saya sedar selepas membaca etika berforum nie). Saya orang first time berforum mana tau perkara2 nie dan x ambik alert pun. Saya yakin benda nie akan berulang jika PERINGATAN tidak diberikan dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada Shuth kerana mewujudkan forum yang amat bermanfaat ini.
 

aridz

freshman
Joined
Aug 6, 2006
Messages
45
Likes
0
Points
6
Offline
#11
Saudara Immora,
Saya cuba click pada blog saudara tapi ada error la.. saya tak pasti error apa. Mungkin saudara boleh check. Mungkin saudara terlepas pandang sebelum ini.
 

bagak

freshman
Joined
Mar 19, 2006
Messages
306
Likes
2
Points
18
Offline
#12
tq mod atas usaha nak sedarkan kembali etika forum ini
kawan-kawan pun telah memberi input yang bernas juga

walaupun kita malas nak baca peraturan dan etika yang ditulis bukan bermaksud kita boleh berbuat sesuka hati pada forum orang. ada akal fikir dan gunakan sebaiknya untuk bersosial di online ini.

zul, tanya sikit adakah idea tulis etika forum ini idea datang sendiri atau terbaca di blog saya
http://bagak.com/bizblog/2006/12/05/mesyuarat-forum-2/
yang di tulis pada 5 Disember.

saya nak pastikan adakah idea ini, Allah turunkan sama pada orang yang mempunyai pemikiran yang sama. (tetapi tulisan anda lebih bernas dan terperinci)

tak kisah apa jawapannya, sekadar nak tahu
 
Joined
Dec 20, 2008
Messages
1,121
Likes
0
Points
36
Offline
#13
Fuh. Bila baca first sekali terdiam sekejap.
Sebab baru terasa yang banyak dah diri ini melanggar etika. Klo ade2 sesapa yang terbace ni. Maaflah.

Kedua baca: TERGELAK
-tgok gelagat macam2 kali ni. X macam thread2 lain. Thread ni memang berinformasi + lawak.

Bila dah selesai bace bru rase yang diri da bersalah pada BAGAK..
huhu
BAGAK, I'M SORRY LAST WEEK EVENT!! ;)

Ade betulnya kata segelintir yang atas2. Rasenye pendekatan perlu diubah sedikit. Rule tetap rule. Tapi pendekatan mungkin boleh diubah. Sebagai cth, mungkin ahli lain boleh menegur ahli baru dengan cara menegur di ruangan kotak msj sahaja. Agar para SPAMMER x kecut perut nanti. Maklumlah, kdg2 bila baru2 berforum, x taw ape2.huhu.. So bila da tegur pada kotak mesej, suruhlah TAIKO kita delete thread2 ngarot tu. Ni cadangan je.

BAGAK, nak minta maaf benar2 ni ye. Pasal hari tu. :)

p/s: memang lawak gila kali ni. Sumpah cakap. :)
 
Joined
Feb 13, 2009
Messages
729
Likes
0
Points
0
Offline
#14
Bagus juga ada peringatan seperti ini, sekurang - kurangnya menjadi panduan untuk semua yg ingin berforum agar menjadikan forum itu lebih profesional dan membuahkan banyak hasil. Forum yg beretika pasti akan memberi banyak manfaat kepada semua ahli WC. Terima kasih atas topik dan peringatan ini.
-----------------------------------------------------------------------
Autoresponder Tanpa Yuran Bulanan:www.rahsiaautoresponder.com
 
Joined
Feb 12, 2009
Messages
304
Likes
1
Points
18
Offline
#15
Thanks saudara Zul dan rakan2 lain atas panduan etika berforum ni. Moga jadi panduan untuk saya sendiri serta mereka yang baru nak belajar masuk forum ni..

Berforum melalui online ni berbeza dengan berforum secara bersemuka. Forum online ni membolehkan orang 'menyamar' dan ambil kesempatan kerana orang lain tidak dapat mengenali mereka. Yang paling tak best jika masuk bab mengutuk dan mengeji sesama ahli forum. Mereka hanya berani sebab ianya online... Kalau bersemuka, belum tentu berani keluarkan ayat2 mengutuk tu.

Saya nak tanya la pada otai2 forum ni, camana kita nak tandakan thread yang kita follow ye? Saya selalu lost dan tercari2 thread yang saya ikuti.. Biasanya tak jumpe, hehe..
 
Joined
Dec 20, 2008
Messages
1,121
Likes
0
Points
36
Offline
#16
Thanks saudara Zul dan rakan2 lain atas panduan etika berforum ni. Moga jadi panduan untuk saya sendiri serta mereka yang baru nak belajar masuk forum ni..

Berforum melalui online ni berbeza dengan berforum secara bersemuka. Forum online ni membolehkan orang 'menyamar' dan ambil kesempatan kerana orang lain tidak dapat mengenali mereka. Yang paling tak best jika masuk bab mengutuk dan mengeji sesama ahli forum. Mereka hanya berani sebab ianya online... Kalau bersemuka, belum tentu berani keluarkan ayat2 mengutuk tu.

Saya nak tanya la pada otai2 forum ni, camana kita nak tandakan thread yang kita follow ye? Saya selalu lost dan tercari2 thread yang saya ikuti.. Biasanya tak jumpe, hehe..
saya bukan otai hanye newbies je.. tpi nk jawab soalan saudara boleh? huhu

carenye setiap kali kite nk reply atau post thread, sebelum klik butang submit, cari arahan "Thread Subscription" >> pilih "Instant Email Notification" >> dan klik submit.. :)

Setiap kali ade org reply thread yg kita submit tu.. 1 email notification akan dihntar ke email kita..
 
Joined
Feb 10, 2009
Messages
13,714
Likes
0
Points
38
Offline
#19
saya ingin berterima kasih kepada warga wc semua yang telah banyak mengajar saya tentang forum nie... dan yang telah byk menegur saya ketika saya masih bertatih di wc nie... sekarang baru leh merangkak.. thank sume...
 
Top