Empat kereta tepi jalan remuk dilanggar

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,655
Likes
0
Points
36
Offline
#1


BAYAN BARU - Seorang ahli perniagaan terkejut apabila mendapati keretanya dalam keadaan remuk selepas lima minit ditinggalkan.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Saharudin berkata, dia memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dengan beberapa kenderaan lain.

Menurutnya, namun kemudiannya tiba-tiba mendengar bunyi seakan hentaman kuat ketika baru hendak meletakkan makanan di dalam plastik.

“Betapa terkejut saya lihat kereta saya remuk di bahagian depan dan belakang bersama tiga kenderaan lain.

“Kesemua kereta diletakkan tepi jalan itu dalam keadaan baik. Ini kali pertama terjadi,” katanya.

Kejadian berlaku berhampiran Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa) kira-kira jam 11 pagi semalam.

Seorang saksi berkata, kejadian tersebut berlaku apabila sebuah lori dipercayai terbabas ke tepi jalan akibat mengelak kenderaan di hadapannya.

“Malang apabila ada banyak kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan pemandu lori melanggar keempat-empat kereta.

“Namun bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa kerana tiada orang di dalam semua kenderaan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/empat-kereta-tepi-jalan-remuk-dilanggar-1.153493
 

limyh

freshman
Joined
Feb 26, 2013
Messages
118
Likes
0
Points
0
Offline
#2
kes ini baru berlaku pagi tadi? office saya kat bayan baru sana saja, tapi tak ada orang bagi tau ada berlaku kemalangan, baru je tau selepas buka WC. nasib baik tak ada siapa2 yg tercedera dalam kes ini. mereka kena tukar yg baru.
 
Top