Emel marketing! Awak Tanya, Saya Jawab!!! Tak Tanya, Tak Jawab!

Berminat Nak Tahu Pasal Apa?

  • Pemilihan & Pendaftaran Autoresponder?

    Votes: 2 50.0%
  • Pembinaan landing/squeeze page?

    Votes: 1 25.0%
  • Cara Kumpul Emel?

    Votes: 1 25.0%
  • Cara promosi pada emel?

    Votes: 3 75.0%

  • Total voters
    4

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga WC semua..


Saya JaMaL, seorang yang setia dengan WC ini terasa lama tak menyumbang
di sini....


Menyumbang sesuatu yang bermanfaat. Iaitu berkenaan EMAIL MARKETING.
Seperti yang anda semua sedia maklum, pemasaran emel atau nama omputih
nya EMAIL MARKETING merupakan teknik pemasaran paling efektid dalam
memasarkan produk di internet...


Dengan senarai emel yang besar dan responsif, seseorang usahawan internet
itu dengan sempoi..sempoinya menjana duit di internet. Dalam pasaran local
ini, memang emel marketing adalah senjata paling hebat, cepat, mudah dan
menjimatkan...

Memang ramai berminat nak menguasainya..

Tapi, ramai juga yang tak tahu, kurang jelas, tak yakin, tak percaya dengan
kuasa emel marketing ini.


Berdasarkan kajian saya dengan membaca 3 buku berkenaan emel marketing,
pengalaman sendiri dalam IM selama 2 tahun ni, pemerhatian terhadap IM
lain dan sebagainya, ramai orang terutamanya yang baru menghadapi masalah
dalam emel marketing ni..


Jom kita lihat apa masalah-masalah utama yang sering melanda mereka. (saya
turut berikan jawapan saya)


# Senarai kenalan email saya sikit je En. Jamal. Bagaimana saya nak dapatkan beribu-ribu senarai email ye?
Jawapan saya: Bagaimana nak dapatkannya? Bina landing page/squeeze page yang dimasukkan autoresponder dan promosikannya. Tak faham apa itu landing page/squeeze page? Cuba lihat link di bawah: www{dot}pakarebook.com/affiliate . Tiada produk yang dijual di web tersebut, tapi ada offer ebook percuma dengan syarat pelawat masukkan nama dan email. Jadi, inilah cara mengumpul email yang sebenar, bukannya kutip-kutip je email forward yang sering anda dapat tu.

Ada beberapa cara utama nak kumpulkan senarai email ni melalui landing page/squeeze page. Iaitu:
1) Kumpul sendiri – Anda boleh promosikan landing page yang anda hasilkan bersendirian. Ianya memang menjimatkan, tapi anda lambat untuk mengumpul senarai email dengan pantas melalui kaedah berseorangan ni. Cara ini sesuai bagi orang yang baru atau yang tiada modal besar.

2) Anjurkan PPL – Anda anjurkan program Pay Per Lead. Maknanya anda pasangkan system affiliate pada landing page/squeeze page anda. Jadi, anda akan merekrut agen-agen affiliate untuk mempromosikan landing page/squeeze page anda. Upah buat agen-agen affiliate ini adalah biasanya dalam 30 sen hingga RM1 bagi setiap yang daftar/download dari link affiliate (referral) mereka. Teknik ini sangat efektif untuk mengumpul senarai email hingga beribu-ribu orang, tapi ianya memerlukan modal besar iaitu kos upah pada agen affiliate. Semasa saya anjurkan PPL buatebook.com dulu (kini dah ditutup) saya keluarkan belanja hamper RM4 ribu untuk mengumpul 12 ribu senarai email. Tapi anda juga boleh mulakannya dengan kos bawah RM500 untuk mengumpul senarai email dengan kos 30 sen hingga 50 sen per email/subscriber/list/referral.

3) Lancarkan ebook sendiri – Ya, ini memang power. Sambil menjual ebook anda sendiri, anda masukkan rungan opt in untuk pelawat berikan nama dan email mereka sebagai tukaran pada pemberian percuma yang anda tawarkan. Cara ini antara paling menguntungkan! Anda bukan saja berpeluang untuk mendapatkan hasil jualan terus dari ebook anda, malah anda mampu mengumpul email dengan cara ini. Web www.kerja-kerajaan.com dalah contohnya. Dengan web ini, saya berjaya mengumpul senarai email sebanyak puluhan ribu email dalam niche kerja kerajaan ini. Dan pastinya ianya menghasilkan income berterusan secara pasif kepada saya.
# Software apa yang digunakan untuk mengumpul senarai email ye. Kita boleh kutip-kutip je email dari internet kan?
Jawapan saya: Softaware apa? Autoresponder lah..Apa lagi. Bukannya software mengutip email yang sering SPAMMER-SPAMMER gunakan tu. Tu SALAH! Dengan menggunakan autoresponder, email yang dihantar boleh personal kan nama penerima, ada option unsubscribe bagi subscriber yang dah tak minat terima email anda, boleh lakukan survey, hantar email bergambar, boleh sekali klik hantar email kepada semua senarai email anda, dan paling PENTING – Boleh menghasilkan income besar buat anda dengan cara mudah, cepat dan efektif.Tapi dengan syarat anda perlu mahir dulu la dan juga senarai email anda sudah beribu-ribu.

# Susah la nak jana income di internet ni. Saya takde senarai email.
Jawapan saya: Dah tahu tiada tunggu apa lagi. Mulakan tindakan. ACTION NOW! Tunggu esok lusa dah jauh kena tinggal.

# Saya tak mampu la untuk dapatkan autoresponder untuk tujuan mengumpul email dan promosi.
Jawapan saya: Anda boleh bermula serendah USD16 setiap bulan. Besar ke jumlah tu jika dibandingkan hasil yang bakal anda perolehi apabila senarai email anda semakin bertambah nanti dan pulangan yang diperolehi? Kedekut juga? Gunakanlah autorespodner yang trial 30 hari punya.

Sepanjang pengalaman saya, autoresponder yang terbaik adalah Getresponse dan Aweber. Tapi saya menggunakan GETRESPONSE. Dengan menggunakan GETRESPONSE sejak 2 tahun yang lalu, bisnes saya makin berkembang. Sekarang GETRESPONSE ditambah dengan banyak ciri-ciri baru iaitu:
1. kemudahan buat opt in (borang kumpul emel) dengan mudah, cepat dan menarik. Template-template disediakan mengikut kategori, dan kita boleh pilih. Nak kita juga boleh sediakan opt in tanpa memasukkannnya ke minisite. Hanya gunakan dari GETREPONSE.

2. Kemudahan membuat SURVEY untuk kumpul data. Ni saya buat dalam SURVEY affiliate untuk dapatkan data berkenaan affiliate.

3. HTML emel - emel dapat dihantar dalam format html iaitu dengan paparan grafik yang menarik dan professional.
Kadar penerimaan emel yang dihantar melalui GETRESPONSE juga baik, tak silap saya atas 85%.

Untuk newbie, GETREPONSE juga sesuai. Cuma apabila list bertambah, charge tambahan dikenakan. Atas 500 lead! Tapi ianya tak menjadi masalah jika kita benar-benar menggunakan mailing list untuk BERNIAGA..

Ramai orang baru takut nak mencuba autoresponder ini walaupun ianya paling efektif disebabkan takut dengan KOS. Tips saya, jangan takut..jika anda ada list dari GETREPONSE ni, anda gunakannya betul-betul, anda akan dapat jauh lebih tinggi dari apa yang anda laburkan setiap bulan.

Anda boleh melayari laman web Getresponse di bawah untuk ketahui lebih lanjut:
GETRESPONSE

# Saya tak reti pasang landing/squeeze page la untuk tujuan pengumpulan senarai email.
Jawapan saya: Haiyyyya….Usah risau! Jika belajar, pasti akan reti. Dulu anda belajar matematik di sekolah start masa darjah satu. Berapa lama anda pandai mengira? Kejap je bukan? Tak pandai kita boleh belajar. Memang la awal-awal kita anggap susah, tapi jika dah belajar tiada masalah. Sehari pon boleh buat.
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Sebenarnya, step-step mengumpul senarai email tidak lah sesusah mana. 4 langkah utama diperlukan untuk melaksanakannya. Dan serius saya kata, sememamngnya, ianya memerlukan sedikit modal. Tapi, jika anda tak sanggup keluarkan sedikit modal, usah bermimpi untuk mengumpul senarai email. Modal tak sanggup keluar, usah mimpi nak dapat income besar.

STEP 1: Mendaftar Autoresponder

Ni yang paling ramai ditakuti oleh orang-orang baru. Takut nak keluar duit, takut tak reti guna, takut tiada hasil. Perkara biasala kan, tak familiar lagi memang takut. Tapi saya dulu, saya ‘******’ je untuk mencuba semuanya. Walaupun saya keluarkan sedikit kos untuk mendaftarnya. Tapi kini, usah risau lagi. Autoresponder yang berbayar yang terbaik pun, anda boleh gunakannya percuma dahulu. Percuma trial selama 30 hari. Dan anda boleh mengumpulkan email secara percuma dahulu. Selepas 30 hari anda rasa anda rasa tak best guna autoreponder tu, anda boleh stop. Tak perlu bayar apa-apa. Dan jika dalam masa percubaan 30 hari tu, anda dapat kumpul email yang banyak dan anda berpuas hati dengan autoresponder tersebut, anda boleh upgrade sebagai pengguna sah selepas itu. Saya amat mencadangkan anda menggunakan system autoresponder Traffic Wave edisi percubaan selama 30 hari untuk melihat apakah keberkesanannya.

STEP 2: Bina kempen dan dapatkan kod opt in

Ni senang saja. Dah daftar autoresponder, cipta satu kempen dengan fungsi autoresponder. Maksudnya, jika kita ingin mengumpul senarai email berkenaan sesuatu niche, kita perlu sediakan kempen atau gorupnya. Ianya ibarat satu folder khas dalam autoresponder. Contohnya, saya ada:

kempen kerjakerjaaan – untuk senarai email berminat berkenaan kerja kerajaan
kempen buatebook – untuk senarai email berminat berkenaan buat ebook
kempen affiliate – untuk senarai email yang berminat dengan affiliate
kempen rahsiaemas – untuk mereka yang berminat dengan pelaburan emas.
Dan banyak lagi..

Ya, satu kempen ibarat satu folder. Di bawah kempen/folder kerjakerajaan, saya memiliki beribu-ribu senarai email atau subscriber. Ianya mungkin termasuk juga diri anda?

Dengan jumlah senarai email/subscriber yang ramai ini, ianya sangat membantu saya dalam promosi jualan. Tahukah anda, senarai email di bawah kempen kerjakerajaan ini, ianya pernah menghasilkan RM12 ribu dalam masa 10 hari dengan menghantar 3 kali email promosi sebuah ebook. Siapa nak bagi RM12k dengan semudah itu? Tapi senarai email saya telah memberikannya. Apabila saya promosikan sesuatu yang bermanfaat buat mereka, mereka mudah untuk membelinya. Senarai email besar seperti ini amat bermanfaat buat saya. Apa yang penting, saya perlu menjaga senarai email ini dengan baik.

Dalam system autoresponder, setelah kempen dibina, (kejap je) 1 minit tak sampai anda boleh dapatkan kod web form, atau kod bagi ruangan nama dan email untuk diletakkan pada minisite landing page/squeeze page. Mudah saja. Ianya memang mudah jika anda belajar bagaimana melakukannya. Tak tahu nak buat, jangan risau. Baca hingga ke akhir artikel ini. Ada sesuatu buat anda.

STEP 3: Upload sqeeze page/landing page ke hosting.

YA, apabila squeeze page anda dah siap dengan dimasukkan kod opt in/web form/borang isi nama dan email tadi, anda uploadkan semua fail tersebut ke hosting anda. Tiada domain dan hosting? Belilah..RM40 boleh dapat dah untuk setahun guna. Berapa sen je sehari kosnya. Dah upload, barulah landing page boleh di internet.

STEP 4: Masukkan ayat email follow up

Web anda dah dipaparkan di internet, tapi tiada maknanya jika anda tak masukkan ayat-ayat promosi susulan yang menjalankan fungsinya secara automatik. Ini bermaksud, anda perlu memasang ayat promosi yang akan diterima oleh subscriber anda mengikut selang masa yang anda telah tetapkan. Ada faham?

Begini..Sebaik saja pelawat isikan nama dan email mereka pada landing page/squeeze page anda, mereka diminta untuk semak email mereka dan klik satu link untuk sahkan email mereka adalah benar. Selepas mereka klik, mereka akan terima link download ebook percuma yang anda tawarkan. Selepas itu, iaitu 2 hari selepas mereka berdaftar dengan web anda, mereka akan terima email susulan. Kemudian seterusnya, 3 hari berikutnya, 6 hari berikutnya mereka akan terima email dari anda melalui autoresponder.

Biasanya subscriber ini tak tahu yang mereka menerima email follow up susulan yang telah anda pasang awal-awal tadi. Jadi, inilah yang saya panggil email promosi/follow up autopilot. Buat kerja sekali, tapi ianya berjalan secara automatic berterusan. Sesiapa saja sesuai gunakan teknik ini, tak kira anda penjual ebook, affiliater, peniaga barang fizikal dan lain-lain.


STEP 5: Promosi Landing Page/Squeeze page

Landing page dah siap? Jika tak lakukan apa-apa, tiada gunanya. Tugas yang PALING, PALING, PALING PENTING adalah mempromosikan landing page anda. Tanpa promosi, bagaimana landing page anda boleh dilihat oleh orang ramai. Dan bagaimana anda boleh mengumpul senarai email? Jadi, promosikanlah landing page anda samada di facebook, blog, forum, email sediada, dan lain-lain. Rajin promosi, semakin tinggilah kebarangkalian senarai email anda bertambah. Dan semakin tinggi peluang anda untuk menjana income darinya.
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
Ima - lama dok jadi silent reader di WC ni...sesekali kena bagi sesuatu yang biasa-biasa juga..

Kalam - tenkiuk bro..
 

mzm

Newbie
Joined
Apr 9, 2009
Messages
1,323
Points
0
fuh bersarapan ngn ilmu pagi-pagi neh.. thanks brader bro.. :D
 
Top