Email Marketing-Pro dan kontra PPL

OsmanAdnan

Senior
Joined
Sep 26, 2008
Messages
921
Points
18
Salam WC'ers.Sejak WC berwajah baru ni,baru kali ni saya bukak thread baru kat WC yang berwajah baru ni..:)

Cuma satu yang nak saya bincangkan di sini, iaitu tentang program PPL. Apa pro dan kontra dia ya? Biar saya mulakan:

1) Macam kita tahu, PPL ialah satu kaedah cepat lagi mudah (cuma modal je kena banyak sikit) untuk kumpul list. Maka ada sesetengah usahawan terutama newbie yang mula kumpul list, join program PPL dan sebagainya. Tapi bila dapat list, kita terpaksa bersaing dengan Big IM dalam promosi produk. Hasilnya jualan yang kita dapat tak seberapa, tapi kadar unsubscribe pula yang banyak sebab tak pandai manage list kita betul-betul.

2) Keduanya,tentang wujudkan satu team dalam 10-20 orang untuk kumpul list. Dalam 10-20 orang ni, ada yang newbie, ada golongan intermediate dan otai. Katakan bila ada cabaran affiliate, sume ahli team pakat dok promote benda yang sama (sebab IM Malaysia ni saya kira dalam circle yang kecik je-hari ni dia tu buat ebook,hari ni kawan ni plak buat ebook. Boleh dikatakan orang yang sama. Kalau bukan orang yang sama pun-mesti otai yang sama.Macam biasalah kan, ahli team ni pakat nak promotelah, produk Big IM kan, pasti convert punya.

Lagi sekali, Big IM yang yang dah lama berkecimpung dalam bidang emel marketing juga yang untung besar. Ahli team yang kecik-kecik ni,yang tingginya kadar unsubscribe jugak..:)

3) Ketiga, saya perasan ramai otai yang tidak suka join program PPL kerana tidak mahu berkongsi list yang sama-mungkin agaknya takut list tu akan jadi tepu yang akhirnya merugikan diri sendiri. Otai-otai ini akan memilih dulu program PPL mana yang dia nak join.Bukan main redah je.

Jom kita berbincang..Sekadar untuk menilai mana yang lebih baik-buat program PPL sendiri sebagai satu team ke, atau collect list sorang-sorang sambil belajar slow-slow ilmu email marketing. Ni saya nak inform, saya tak merujuk kepada mana-mana team ya. Ni secara umum je. Harap maklum..:)
 

Muaz Hadi

Senior
Joined
Jul 14, 2008
Messages
1,072
Points
38
yup mmg betul skali bab 'bersaing' dan berkongsi list. rasanya
teknik PPL yang rasanya list tersebut akan sedikit berkualiti dari buat PPL
biasa saya rasa..

- syaratkan penyertaan hanya untuk mereka yang tak ada mailing list atau
mailing list kecil <200. dengan cara ni kita galakkan org yg sertai PPL ni
cari lead melalui cara alternatif di forum di fb di twitter dan lain2. jadi yang
kita bakal dapat adalah lead yang lebih bagus dan 'fresh'

Tapi masalah yang bakal timbul ialah, perkembangan list yang lambat skit la compare
dengan PPL biasa tapi rasanya kalau kita boleh tambah 'tell-a-friend' script, jadi ianya
lebih viral dan potensi dapat lead yang 'fresh' lebih luas. masalah lain mungkin kita kena
naikkan harga per lead untuk galakkan mereka berusaha lebih skit.

kena buat kajian harga juga, mana lebih baik PPL cara ini atau PPC. kalau ppc lebih murah,
trus guna PPC.

sekadar pandangan bebas... saya tak berpengalaman lagi buat PPL ni :)
 

JaMaL

Senior
Joined
Jan 14, 2009
Messages
5,609
Points
38
1) Macam kita tahu, PPL ialah satu kaedah cepat lagi mudah (cuma modal je kena banyak sikit) untuk kumpul list. Maka ada sesetengah usahawan terutama newbie yang mula kumpul list, join program PPL dan sebagainya. Tapi bila dapat list, kita terpaksa bersaing dengan Big IM dalam promosi produk. Hasilnya jualan yang kita dapat tak seberapa, tapi kadar unsubscribe pula yang banyak sebab tak pandai manage list kita betul-betul.
Pandangan saya – nak dapat list terbaik, cuba buat PPL yang tak bagi big IM masuk..hehehe. Atau jika buat PPL, letakkan sasaran tertentu dan berikan hadiah bagi lead yang terkumpul (realistic). Jangan bagi macam 1000 lead, 500 lead..Bagi yang atas 50 lead, bagi insentif. Taknak bagi unsubscribe, ada caranya. Bila dah dapat lead tu, bagila lead tu ‘makan’ iaitu bagi info-info berguna, tips motivasi, ebook-ebook free selama 2-3 bulan. Bagi setiap minggu. Jangan bagi je panduan free, tapi cuba jadi rakan pada lead tadi. Saya buat gitu la dulu, buat PPL, bagi ebook bermanfaat, bermotivasi setiap minggu. Jangan terus promo. Simpan dulu. Selepas 2-3 bulan, ada produk, boleh la promosikan.

2) Keduanya,tentang wujudkan satu team dalam 10-20 orang untuk kumpul list. Dalam 10-20 orang ni, ada yang newbie, ada golongan intermediate dan otai. Katakan bila ada cabaran affiliate, sume ahli team pakat dok promote benda yang sama (sebab IM Malaysia ni saya kira dalam circle yang kecik je-hari ni dia tu buat ebook,hari ni kawan ni plak buat ebook. Boleh dikatakan orang yang sama. Kalau bukan orang yang sama pun-mesti otai yang sama.Macam biasalah kan, ahli team ni pakat nak promotelah, produk Big IM kan, pasti convert punya.

Lagi sekali, Big IM yang yang dah lama berkecimpung dalam bidang emel marketing juga yang untung besar. Ahli team yang kecik-kecik ni,yang tingginya kadar unsubscribe jugak..

Itu macam ka&#61514; Tak, sebenarnya buat team kumpul list ni dalam PPL, bagi saya tak bagus sangat. Sebabnya – lead pening, lead hilang fokus, kekuatan kita tak dapat ditonjolkan, dan juga lain-lain. Ini bukan isu otai ke intermediate ke atau newbie. Yang penting, tahu ambil peluang. Ahli team kecik2 nilah saya syorkan untuk manage list sebelum sertai cabaran affiliate, bukannya dapat lead terus promo.

3) Ketiga, saya perasan ramai otai yang tidak suka join program PPL kerana tidak mahu berkongsi list yang sama-mungkin agaknya takut list tu akan jadi tepu yang akhirnya merugikan diri sendiri. Otai-otai ini akan memilih dulu program PPL mana yang dia nak join.Bukan main redah je.
Bukan sebab itu juga. Sebab ada join PPL, lepas tu si penganjur PPL ni asyik promo je. Last1 list yang berkualiti asalnya dari si otai ni dah jadi muak sebab dapat emel promo. Pandangan saya, otai ni nak jaga kualiti list dia. Untuk long term. Jika saya, saya join aje jika berkelapangan. Sebab apa? Sebab saya yakin dengan subscriber saya...Jika emel kita memang berkualiti, mereka akan sentiasa menunggu emel kita walaupun 10 IM lain hantar emel.

Itu saja pandangan saya...
 

rahmanbasri

Senior
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,967
Points
0
Mindset kebanyakan IM, bila ada LIST, bolehla promosi dan terus promosi...
Hingga terlupa yang leads tu pun ada perasaan juga.. kalau asyik terima
promosi dan promosi... Confirm, dorg akan blacklist kita :D
 

Ruhaifi

freshman
Joined
Jan 14, 2009
Messages
27
Points
1
Mindset kebanyakan IM, bila ada LIST, bolehla promosi dan terus promosi...
Hingga terlupa yang leads tu pun ada perasaan juga.. kalau asyik terima
promosi dan promosi... Confirm, dorg akan blacklist kita :D

Setuju sangat tu. Saya sendiri pun hanya bukak emel IM yang saya rasakan ikhlas berkongsi ilmu. Of Course lah jika nak full version punya ilmu kena beli produknya.

PPL pun mesti ada seni tarinya. Rakan - rakan yang telah melaluinya boleh la kongsikan pendapat. Ramai jugak yang nak tau ni. Syabas & Tq untuk Tuan Tanah.
 

MohdAbdulKarim

freshman
Joined
Oct 30, 2009
Messages
465
Points
16
Mindset kebanyakan IM, bila ada LIST, bolehla promosi dan terus promosi...
Hingga terlupa yang leads tu pun ada perasaan juga.. kalau asyik terima
promosi dan promosi... Confirm, dorg akan blacklist kita :D


betul tu cikgu, bertambah bengkak lagi lead tadi tak unsubscribe tapi "mark as spam" email.
 

engshahrul

Senior
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,482
Points
38
betul tu cikgu, bertambah bengkak lagi lead tadi tak unsubscribe tapi "mark as spam" email.

Ya betul. Aku pun ada buat. E-mail pertama bg ebook free, e-mail kedua dh promosi, aku terus unsubcribe. Kdg2 tu ada gak yg x leh unsubcribe, mmg mark as spam jugalah.
 
Top