Dalam Negara Elfira Roy didakwa bertunang dengan anak Datuk

Syedz

Senior
Joined
Aug 31, 2008
Messages
5,444
Points
38
Age
34

Elfira Loy

KUALA LUMPUR - Selepas enam bulan melalui episod putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy dikhabarkan telah menemui fasa baharu dalam hidupnya apabila dilaporkan telah mengikat tali pertunangan bersama seorang jejaka pagi tadi.

Menurut laporan sebuah portal, Elfira dan jejaka yang bernama Faris merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk itu selamat melangsungkan pertunangan sekitar pukul 9 pagi.

Majlis tersebut dilaporkan diadakan di kediaman keluarganya di Alam Damai, Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Difahamkan, Elfira dan Faris yang berusia 27 tahun mula berkenalan pada Ramadan lalu.

Sebelum ini, Elfira dan Sufian pernah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini.

Namun, jodoh tidak kesampaian apabila mereka sah memutuskan pertunangan pada 18 Februari lalu. - K! ONLINE

kredit : KOSMO
 
Top