[EDISI PERKAHWINAN] 7 WARNA BAJU KAHWIN TAK LAPUK DEK ZAMAN

leong

freshman
Joined
Feb 13, 2017
Messages
0
Points
1
Age
30
Serba-salah dibuatnya jika dalam memilih warna tema untuk majlis perkahwinan, semuanya cantik! Sebelun ini Wanista ada kongsikan warna tema perkahwinan 2017 di artikel ini ‘#EdisiKahwin – 7 Idea Warna Pilihan Untuk Tahun 2017’ . Jadi selesai satu kerungsingan dalam memilih warna untuk tema.

Tapi..tapi..bagaimana pula dengan anda yang bakal berkahwin dalam majlis serba ringkas? Maksud penulis untuk anda dan pasangan yang tidak mahu mengeluarkan banyak kos untuk pelamin, tema dan pelbagai kelengkapan pengantin. Cukuplah hidangan jamuan yang enak untuk tetamu dan sepersalinan nikah dan sanding untuk bergambar.

Jika anda sudah mukatamad dengan keputusan itu, Wanista menadah tangan berkongsi dengan pembaca untuk memilih 7 warna baju persandingan untuk hari bahagia anda. 7 warna ini boleh dikatakan tidak akan lapuk dan masih menjadi trend kebanyakan pengantin.

Tips dari penulis:

  1. Pastikan desin baju juga up-to-date! Jika nak play safe, pilih baju dari kain songket atau kebaya moden.
  2. 7 warna yang dipilih ini sesuai dengan latar belakang pelamin serba putih.
  3. Berkulit gelap hingga cerah tak usah risau, 7 warna ini adalah warna selamat!
 
Top