e-biz - sungguh memeningkan

adib

freshman
Joined
Apr 28, 2006
Messages
5
Likes
0
Points
1
Offline
#1
entry ini adalah benar. saya luangkan masa saya selama satu bulan penuh untuk buat kajian tentang e-biz ini. satu hari lebih kurang 10 jam untuk baca semua maklumat yang berkaitan dlm BM juga english. huh! penat.. sampai mata pun dah naik lebam (sapa suruh..? :D ).. ini semua kerana minat dan kesungguhan nak masuk ke dunia ini...

ada satu ketika termasuk satu site yang ceritanya begitu meyakinkan... begitu panjang sekali.. rasanya keseluruhan page pdf yang saya download adalah hampir 500 pages kut..

makin dibaca makin penat, makin diberitahu kena buat itu dan ini.. kena buat itu dan ini... diberitahu juga cara nak buat.. tapi atas angin jer.. penyelesaiannya dia bagi apabila kita minta dia yang buat untuk kita - sitebuildit or sitesell... tak tahulah betul ker tidak apa yang dia claim.. tapi saya tak mahu ambil risiko untuk join..

hampir putus asa dan rasa susahnya nak masuk... mujurlah ada forum yang sebegini yang saya rasa begitu ikhlas nak tolong dan telus dalam memberi maklumat...

bila rasa sesak, kembali semula ke forum ini untuk cari maklumat yang senior e-biz ni ada...

hmmph.. memang banyak lagi yang kena belajar....

teruskan usaha anda mendidik para newbies! tq.
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#2
Adib, satu cara mudah..

Ambil satu buku atau rujukan, follow step by step. Saya cadangkan buku Rahsia Buat Duit SaifulSham tu.. Mereka ajar 10 langkah. Just follow...

Memeningkan apabila kita rujuk banyak sangat maklumat. Tak semestintya banyak rujukan, semakin tahu kita. Sebaliknya kita akan berserabut dan akan hilang fokus.. Then, hadirlah putus asa..

Mana2 yg bertanya saya, saya akan cakap cara kat atas. Ambil satu rujukan dulu, then follow betul-betul. Faham, hayati dan buat.. Yg penting, faham asas2 dia..

Bila dah faham dgn satu rujukan tu, dan dah buat apa yg diajar, pastikan dapat hasil.. Try and error. Saya yakin, jika anda ikut betul2 apa yg pakar cakap, insyaAllah anda akan berhasil mendapatkan income. Yg penting, anda mesti dapat dulu RM1 anda melalui internet.. :)

Ok, bila dah faham dan mantap sikit, bolehlah tambah rujukan spt buku irfan khairi, Rahsia Internet Terbongkar dan lain2 rujukan... Skrg ni pun dah ada siri 1 ebook oleh Tuah Emas. Memantapkan lagi kefahaman kita..
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#3
Perkara sebegitu masalah biasa. Ramai antara kita yg jd ensiklopedia bergerak. Nasihat saya, baca dan praktikkan terus. Gagal xpe, blaja lagi. Kalau nak tunggu sampai ilmu lengkap di dada baru nak bertindak takkan ke mana-mana...

makin byk baca makin takut nak cuba sbb benda yg nampak teori dikepala nampak begitu komplikated. Nak speaking sikit...

"start now start small"

Kemudian bila dah start, baca benda lain plak dan start benda lain plak, itu baru proses pembelajaran yg berkesan.
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#4
nantilah.... saya siapkan toturial video dan bole download free kat bahagian download web saya....... saya suka tolong tapi yelah..... saya keje makan gaji....... saya sekarang tengah guna cyber cafe nie....
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#5
Shahrul said:
nantilah.... saya siapkan toturial video dan bole download free kat bahagian download web saya....... saya suka tolong tapi yelah..... saya keje makan gaji....... saya sekarang tengah guna cyber cafe nie....
Bagus tu, siap bagitau cepat ;)
 
Top