DUN Perak Dibubar? pilihanraya seluruh negeri la yeop!

Status
Not open for further replies.

tazamfn

freshman
Joined
Jun 7, 2006
Messages
640
Points
18
Hohohoho...mana perginya PKR..kenapa dia org tak tido atas jalan raya ?? kenapa dia org tak join sekaki sekilo...kesian pak pak lebai tuh..dikotak katikkan ****

Lepas tu masuk tv...siarkan merata-rata..tu tgk tu..org islam kat Malaysia pun merusuh - apa daaaaaaaaaaa....

Keganasan Keganasan...hohohoho

Kalau negara huru hara...aku pi dok kat thailand apa nak susah..bukan nak jadi penderhakan pada tanah air..tapi aku meluat tgk org-org Malaysia sendiri..hahahhahaha...depan kita semuanya baik..belakang tu..fuuhlamak..

begitu juga pak-pak lebai yang alim..bila bab ceramah kutuk sana,maki hamun sini...apa ? benda tu ada dlm hadis ka..bila mengata org makin hamun org dpt berkat dpt pahala??

**dalam kitab pun ada mengatakan...NERAKA yang Amat pedih adalah untuk golongan seperti ******di atas ( mungkin )

Hahahaha dunia politik mana ada BERSIH...!! yang bersih hanya beberapa kerat sahaja...ya ada, tapi bukan semua.

Hohohoho...HANG TUAH mana kau menghilang...Jebat dah Menderhaka ( mungkin ini ibaratnya yang terjadi )

Hang Tuah dah tak ada...kerana org melayu juga yang membuangnya...mengkianatnya..( dasar ketamakan tak habis-habis dari dulu sampai sekarang )

Aku dari hari pertama PAS join pakatan rakyat dah tau dah...ianya akan diperkuda PKR.....yyang tugasnya dan matlamatnya menaik kan anwar sebagai PM

just my two cents
 

abg_x

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
2,030
Points
38
Ini bukan isu perkauman, ini isu negara, bangsa dan agama... Adakah kita perlu jadi seperti Pemimpin2 negara Arab yangh buat endah tak endah dengan isu Palestine? Takut bersuara? Akibat takut bersuaralah ISRAEL DAN AMERIKA LAKNATTULLAH jadi berani macam tu.
 

abg_x

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
2,030
Points
38
Komen bertalu2 ni sama saja perkahabaran drpd TV3, BH dan sekutu2 pengampu BN UMNO. Carilah fakta dan sumber2 lain. Isu lompat parti naungan Najib Altantuya dgn paksaan, penculikan, ugutan dan rasuah seperti yg dilakukan terhadap Balasubramaniam dlm kes pembunuhan Altantuya terhadap adun2 PR tidaklah sama yg diwar2kan oleh Anwar.

Berkenaan jawatan MB, Sultan tak boleh melucutkan jawatan dan memberi jawatan MB mengikut sesuka hatinya tanpa mengikut lunas2 perlembagaan. Cuba korang bayangkan jika perkara sama berlaku di negeri2 lain tak ke haru biru. Kuasa 100% pd institusi raja. Baik balik ke zaman kesultanan Melayu Melaka. Rakyot dok ikut 100%. Tak payoh dah mengundi.

Klu nak katakan PAS boleh meneggakkan ISlam di Malaysia dgn politik kepartian spt ini, adalah sesuatu yg ajaib dan menakjubkan. Dah terang2 org Islam di Malaysia dipecah2kan dgn politik di tambah dgn sikap permuafakan yg terlalu dgn nonmuslim. Ni ngeri Kelantan sendiri tak terdirinya sistem Hudud, sbb pe? Dah sistem demokrasi perlembagaan yg celaru mencelarukan.


Fyi, I was Anwar Support during Reformasi time. I was at his house and Taman Melewar most of the time during 1998 incident.
 

anapinky

freshman
Joined
Feb 9, 2009
Messages
8
Points
0
Kadang2 kta kena ambik tau jgk perihal politik ni..maklumlah malaysia ni kecik jer..agenda ekonomi ttp jalan mcm biasa..kalau ras nk tenangkan fikiran tu klik la sni..
 
Last edited by a moderator:

Zil-el-Saif

freshman
Joined
Jan 13, 2009
Messages
56
Points
6
PKR yang setahun jagung, dengan ADUN2 yang kebanyakannya orang BN yang kecewa dengan parti sendiri.

Dari dulu lagi ku dah agak akan ada ADUN / MP PKR yang akan lompat. cuma tak sangka sampai teruk camni.

Kat Kelantan penggal lepas majoriti cuma 1 kerusi jer tapi bloeh maintain. situ beza tarbiah antara parti
 

akukhairul

freshman
Joined
Jan 23, 2008
Messages
196
Points
16
Age
40
PKR yang setahun jagung, dengan ADUN2 yang kebanyakannya orang BN yang kecewa dengan parti sendiri.

Dari dulu lagi ku dah agak akan ada ADUN / MP PKR yang akan lompat. cuma tak sangka sampai teruk camni.

Kat Kelantan penggal lepas majoriti cuma 1 kerusi jer tapi bloeh maintain. situ beza tarbiah antara parti

Ya bro... aku sokong pendapat ko kat atas...
Pada aku... sepatutnya PKR nih x yah ada... sbb kebanyakkan dari org PKR nih adalah org BN yang frust2 dgn BN sendiri sbb x terpilih sbg calon dan x dapat projek...
Knp diorang x join PAS sahaja... kan senang...
bersatu dalam 1 parti... kan x pening kepala...
lagipun dah PAS tu parti berlandaskan agama islam...
so follow je la kan senang...
sepatutnya DSAI masuk ar PAS...
x perlu rasa ego boleh berdiri atas kaki sendiri(maksud aku buat parti sendiri)...

apa2pun aku sokong artikel kat bawah nih...

Kemelut Perak:Suatu Pandangan
Categories: Analisis, Antarabangsa, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Isu Semasa, Pakatan Rakyat and Sidenotes Dari lanailestari.blogspot.com

`Under normal circumstances,it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament.His role is purely formal’
per Raja Azlan Shah,Constitutional Monarchy,Rule Of Law and Good Governance.

Petikan diatas di pungut dari sebuah buku yang mana penulisnya bukan kepalang manusia.Penulisnya pernah menjadi,inter alia, Ketua Hakim Negara (Lord President),Yang Di Pertuan Agong dan sekarang ini seorang Sultan di Negeri Perak Darul Ridzuan (teman saya sdr.L ManKadir Samsi,dalam blognya tokperan.blogspot.com menyebut sebagai Darul Rasuah).Buku tersebut menyerlahkan sifat kecendiakawanan (intellectuallity) sang penulis yang cukup hebat.

Tentunya dengan credential `man of law’,penulis memberikan hujjah yang cukup memberangsangkan khususnya bagi melahirkan pentadbiran/pemerintahan yang ampuh khususnya dalam kerangka hubungan dengan institusi Istana atas prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.Malah saya percaya kepada para mahasiswa/siswi jurusan Undang-undang khususnya,buku ini tentunya menjadi semacam `bible’ kepada mereka mentelaah subjek Undang-undang Perlembagaan.

Terlepas dari dilihat berniat menulis makalah undang-undang,saranan yang di berikan oleh Raja Azlan Shah didalam bukunya itu merupakan proposisi undang-undang yang menjadi amalan selama ini.Ertinya,didalam banyak keadaan-termasuk dan khususnya dalam soal pembubaran Dewan-Raja-raja tidak mempunyai pilihan melainkan untuk akur.Proses ‘memohon perkenan’ daripada Agong atau Raja-raja yang memerintah hanyalah sekadar formaliti,yakni,didalam bahasa yang mudah,Agong atau Raja tesebut tidak punya pilihan atau tidak boleh menidakkan permintaan tersebut.

Amalan ini bukanlah perkara baru jika di tinjau dari sudut historisnya.Tatkala Negeri-negeri Melayu dibawah penjajahan Inggeris (Prof.Emiritus Khoo Kay Kim berhujjah sebenarnya Negeri-negeri Melayu bukan di jajah tetapi bersifat Naungan),setiap Negeri Melayu menerima seorang Penasihat British yang juga di kenali sebagai Residen Inggeris.Penyebaran pengaruh atau perluasan penjajahan Inggeris di Negeri-negeri Tanah Melayu sebenarnya bermula di Perak dalam tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.

Bidang tugas Residen Inggeris ini ialah memberi nasihat kepada para Sultan dalam semua perkara mem****tkan pentadbiran dan pemerintahan kecuali yang berhubungkait dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Nasihat Residen Inggeris ini wajib di patuhi dan Sultan tidak ada pilihan melainkan untuk akur.Bukankah tercatat didalam sejarah tanahair ada Raja Melayu yang diturunkan dari takhtanya semata-mata kerana `derhaka’ kepada aturan Inggeris ini?

Setelah merdeka,pendekatan bahawa Raja-raja Melayu bertindak atau perlu akur dengan nasihat samaada Menteri Besar atau Perdana Menteri dijadikan sendi kepada pentadbiran negara-ianya bukan sekadar convention tetapi merupakan kuatkuasa undang-undang.Dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dan dalam demokrasi yang sihat tentulah prinsip ini menjadi trite law yang maha penting.Tambahan pula bukankah pentadbiran Malaysia diasaskan kepada model ala Westminster British dimana Queen hanya memainkan peranan formaliti sahaja sebagaimana yang di sebut oleh Raja Azlan Shah didalam magnum opus-nya itu?

Berbalik kepada apa yang berlaku di Perak,pada hemat saya keputusan di buat oleh Sultan Perak tersebut kelihatannya,tidak mengikuti lunas undang-undang dan convention yang terpakai selain dari bertentangan dengan apa yang beliau tulis didalam bukunya itu.Permintaan dari MB Perak Ir.Nizar untuk perkenan membubarkan Dewan bagi mengadakan Pilihanraya adalah sesuatu yang munasabah dan didalam ruanglingkup undang-undang.Persoalannya disini,apakah keengganan Sultan Perak tersebut bertepatan dengan kehendak hukum?

Implikasi dari peristiwa ini cukup besar dan menggerunkan dalam konteks kehidupaan negara demokrasi.Jika keputusan Sultan Perak yang enggan mengikut nasihat dan permintaan MB dianggap mempunyai keabsahan dari segi legality-nya,maka bermakna Raja-raja Melayu mempunyai kuasa budibicara yang tiada had!Didalam keadaan Raja-raja Melayu yang terlindung dari tuntutan undang-undang,hal ini begitu membimbangkan.Sesebuah kerajaan yang sah yang di pilih oleh rakyat boleh di tumbangkan dengan hanya keengganan untuk menuruti nasihat MB/PM.Dan ini boleh berlaku tanpa ada upaya check and balance kerana tidak ada mekanisme sebegitu terhadap Raja-raja Melayu.

Tindakan Sultan Perak ini juga mengundang persoalan apakah Sultan Perak akan membuat keputusan yang sama jika keadaan sebaliknya berlaku yakni,katakan Tajol Rosli sebagai MB meminta Dewan di bubarkan ataupun Pakatan Rakyat yang pula meminta supaya mereka membentuk kerajaan?Apakah Sultan Perak akan menasihati Tajol Rosli supaya meletakkan jawatan atau terus bersetuju bagi PR membentuk kerajaan.Saya tidak punya jawaban kepada persoalan ini dan tidak ingin berspekulasi,cuma saya teringat kepada suatu pepatah undang-undang yang saya pasti Raja Azlan Shah selaku mantan Lord President tidak mungkin melupainya iaitu:Keadilan bukan sahaja mesti di laksanakan tetapi hendaklah di lihat dilaksanakan (justice not only must be done but must be seem to be done).

Tentunya keputusan Sultan Perak ini mengundang backlashed dari rakyat.Rakyat berasa tidak puashati dengan keputusan sedemikian yang mereka anggap mengenepikan suara rakyat.Cuma saya terkejut dengan darjah kemarahan rakyat ini.Di tinjau dari komen yang di tulis didalam Buku Tetamu Laman Web Sultan Perak,dapat difahami kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat;begitu juga dengan tulisan-tulisan di dlm internet yang rata-ratanya melahirkan kekecewaan yang teramat sangat terhadap keputusan tersebut;manakala sms mahupun perbualan di serambi masjid dan kedai kopi juga melahirkan sentimen yang sama.

Perkembangan ini menarik sekurang-kurangnya dalam menilai psyche orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia keselurahannya.Jelas ujudnya anjakan paradigma dan cara berfikir rakyat yang mengenepikan sentimen feudal serta lebih bersikap kritikal.Rakyat tidak lagi dapat menerima titah raja sebagai seadanya,sebagai suatu yang cukup sakral (sacred) tanpa perlu dipersoalkan.Ertinya institusi Raja tidak lagi dilihat sebagai suatu yang taboo.Saya percaya di pihak Sultan Perak dan Raja Muda Perak sendiri tidak menyangka amarah rakyat meluap sebegini rupa sehingga kereta Raja Muda khabarnya turut di baling oleh rakyat yang kecewa.

bersambung kat bawah...
 

akukhairul

freshman
Joined
Jan 23, 2008
Messages
196
Points
16
Age
40
sambungannya...

Kesemua ini wajar di lihat dalam konteks yang luas-dengan perkembangan teknologi maklumat dan kesedaran hidup bernegara serta pendidikan-dan pada masa yang sama perlu diperhalusi dimana silapnya sehingga rakyat bertindak sebegini.Raja-raja Melayu dan tentunya mereka yang berwenang menguatkuasakan undang-undang perlu bijaksana menilai fenomena ini dan tidak ada kewajaran untuk berselindung di sebalik Akta Hasutan atau pun ISA.Saya cukup bimbang jika pendekatan sebegini yang akan di pilih sebagai jalan mudah untuk menutup mulut rakyat.

Kita juga menginsafi bahawa episod yang berlaku di Perak ini diambil kesempatan oleh UMNO/BN melalui pencacai mereka,media arus perdana, untuk melakarkan gambaran yang jelek terhadap PR sebagai pengkhianat,derhaka dan sebagainya.Malah Mufti Perak juga telah keudara membawa mesej yang sama-derhaka.Saya berpandangan,dengan kesedaran mendalam di kalanyan rakyat semenjak sedekad kebelakangan ini,isu ini tidak akan dapat mengubah tanggapan umum malah akan memperlihatkan kejelikan UMNO/BN yang sanggup memanupulasikan Istana demi mengejar kekuasaan.

Siapakah yang dapat melupakan bagaimana UMNO memperlakukan Raja-raja Melayu sewaktu krisis Perlembagaan yang melibatkan isu imuniti Raja-raja Melayu?Bukankah UMNO-pemimpin dan para pengikut mereka-menghentam dan memalukan Raja-raja Melayu dihadapan umum tanpa diberikan peluang membela diri.Akhbar dan telivesyen di pergunakan sepenuhnya untuk melanyak Raja-raja Melayu.Saya ketika itu Timbalan Presiden PMUM (UMSU) melihat sendiri hal ini dan yang berada bersama-sama Raja-raja Melayu,saban malam membaca surah Yaasin serta solat hajat mempertahan Institusi Istana adalah para penyokong dan ahli PAS serta Semangat 46.Kami para pemimpin pelajar dari hampir semua Universiti berkeliling seluruh Semenanjung mengadakan pertemuan dengan para Sultan.Malah saya sendiri ada menulis pandangan saya mengenai krisis ini yang disiarkan oleh Majalah Aliran pada waktu itu yang mengundang `temujanji’ dengan HEP UM.

Ertinya UMNO dan kesemua media arus perdana tidak mempunyai hak moral untuk mengambil kesempatan melabelkan mana-mana pihak sebagai derhaka (dan ini termasuk Mufti Perak sendiri;dimana beliau ketika Raja-raja Melayu di malukan UMNO?).Mereka perlu muhasabah diri terlebih dahulu!

Saya berkongsi sentimen dengan YAB Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam isu yang melibatkan demokrasi dan Raja-raja Melayu.Pandangan beliau didalam tulisannya bertarikh 5.2.2009 amat tepat dan saya kira mencerminkan sentimen rakyat keseluruhannya.

Dan apakah yang boleh kita pelajari dari episod yang berlaku di Perak?Kepada saya yang paling penting adalah didalam perjuangan kita wajib mempunyai keyakinan diri yang utuh,bahawa di dalam perjuangan rakyat yang sah dan demokrasi kita harus insaf sesungguhnya jatuh bangun perjuangan tidak boleh disandarkan kepada mana-mana pihak.Kita perlu berjuang tanpa mengharapkan mana-mana Lembaga Daulah bersama kita.Jika kita masih berfikiran mengharapkan Lembaga Daulah akan bersimpati atau bersama berjuang dengan rakyat,yakinlah,perjuangan kita tidak akan kesampaian.Maka perjuangan kita sesungguhnya dari rakyat untuk rakyat dan demi rakyat.Hanya rakyat berhak menentukan.

renung2kan ler...
 

abdfatah

Senior
Joined
May 22, 2007
Messages
6,690
Points
38
Joined
Nov 20, 2006
Messages
1,787
Points
38
Setakat pemahaman saya, bahawasanya bukan setakat peruntukan Fasal 16 (6) UUTKP digunapakai, tetapi Sultan Perak juga telah pergi lebih jauh bagi memastikan tindakannya mengikut lunas-lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan menggunapakai juga peruntukan 18 (2) (b) di bawahnya (dalam menolak permintaan pembubaran DUN dan menitahkan perletakkan jawatan MB Nizar dan Exconya). Untuk konteks lihat di sini.

Apa itu Fasal 16 (6)?

Jelas ada 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan 16 (6) tersebut;

1. Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
2. MB hendaklah ("shall") meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "shall" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
3. Bahagian Ketiga (di tengah-tengah Fasal 16 (6)): Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan MB memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan MB di sini. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2) (b) untuk sultan gunakan budibicaranya.


Apa itu Fasal 18 (2) (b)

*Dan bagi memastikan tindakannya mengikut bidangkuasa sedia ada ke atasnya, Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budibicara dan penilaian sendiri) yang ada padanya di bawah 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh MB. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada padanya adalah bukan hanya untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila MB membuat permintaan untuk pembubaran.

Apa terjadi ?

* Najib datang mengadap dan buktikan kepada Sultan, majoriti ahli DUN Perak menolak MB Nizar dan menyokong MB yang baru
* MB Nizar datang mengadap dan mohon DUN dibubarkan serta terangkan kenapa perlunya pembubaran.
* Setelah mendengar kesemua pihak dan menilai berdasarkan keterangan yang ada di hadapannya (yang jelas menunjukkan majoriti telah menolak MB Nizar,) permintaan pembubaran DUN telah ditolak oleh dan istana dengan menggunakan kuasa budibicara yang ada padanya di bawah peruntukan 18 (2) (b) (peruntukan 18 (2) (b) menunjukkan sultan bukan hanya perlu berfungsi sebagai "rubber-stamp" tetapi ada kuasa budi-bicara di bawah bidangkuasa sedia ada yang ada padanya di dalam menerima atau menolak permohonan pihak eksekutif).
* Disebabkan tidak ada perkenan istana untuk DUN dibubarkan dan dan majoriti ahli DUN mahukan ketua eksekutif baru dan menolak kepimpinan Nizar, baginda Sultan telah menitahkan MB Nizar dan exconya meletak jawatan secara bersama sebagai ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri sejajar dengan peruntukan Fasal 16 (6).


dipetik dari LAWYER KAMPUNG
 

wbiz2u

freshman
Joined
May 21, 2007
Messages
149
Points
16
Age
45
Aku setuju ngan RizalHardy. Janganlah kita menderhaka tak tentu pasal.
Ingat semua raja merupakan ketua agama dan bangsa Melayu sendiri.

Siapa yg kita patut kita ikut sekarang? Anwar atau Karpal Singh...

Fikir2kanlah....
 

highlander

Senior
Joined
Sep 25, 2008
Messages
1,670
Points
38
Patut buat satu poll unuk buat survey tentang isu skang...nie...bru dapt maklum balas lebih jelas daripada ahli forum nie.
 
Joined
Oct 13, 2008
Messages
76
Points
6
Age
36
Kepada akukhairul,
Saya ni tak minat politik tetapi ikut jugalah perkembangan politik. Ttg DSAI masuk PAS tu, saya rasa mustahil kerana apa yang saya lihat sekarang matlamat beliau hanyalah ingin menjadi PM . Kalau beliau masuk PAS, beliau kena kalahkan Hadi Awang untuk menjadi presiden PAS kerana rata-rata termasuk mereka yang jahil politik sedia maklum bahawa kebiasaannya jika sesebuah kerajaan itu diperintah oleh seorang PM atau Presiden, ianya adalah juga seorang ketua sesebuah parti pemerintah.

Kalau pun DSAI menyertai PAS, saya berfikir tidak mudah bagi Hadi Awang menyerahkan kerusi presiden kepada DSAI begitu sahaja. Mungkin DSAI akan bertanding sebagai Presiden PAS pula tetapi di pihak Hadi Awang pula, beliau bukanlah seorang yang boleh diperlekehkan kerana beliau juga tidak akan berdiam diri. Dalam hal ini, Hadi Awang boleh menyekat keahlian penyokong DSAI ke dalam PAS atas alasan mereka itu bukanlah 'muslim sejati' dan berkempen dengan mendakwa bahawa ketika DSAI dalam UMNO BN, beliau tidak melaksanakan Hudud dan akhirnya Hadi Awang masih kekal sebagai presiden PAS dan DSAI hanya kempunan sahaja.

Mungkin disebabkan itulah DSAI memilih untuk menubuhkan parti baru berbanding masuk ke parti yang sudah sedia ada kerana beliau telah melihat kemungkinan itu sama seperti saya. Apapun, itu hanyalah ringkasan pendapat saya dan saya menyusun sepuluh jari kemaafan kepada sesiapa yang tersinggung dengan ringkasan pendapat saya. Renung2kan dan selamat beramal. :)
 

wbiz2u

freshman
Joined
May 21, 2007
Messages
149
Points
16
Age
45
Berita Terbaru Di Perak

"Roslan meninggal kerana serangan jantung
09/02/2009 2:03pm

IPOH 9 Feb. - Anggota Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.

Roslan, 50, yang merupakan pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, meninggalkan seorang isteri Sofiah Husein dan 11 anak.

Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara serta Universiti Terbuka Malaysia. - Bernama"

Nampaknya selepas Trengganu kini di Perak pula akan ada pilihan raya kecil.

Perak terus bertambah hot!!!
 

sweetmango

Newbie
Joined
May 8, 2008
Messages
459
Points
16
Age
34
Fyi, I was Anwar Support during Reformasi time. I was at his house and Taman Melewar most of the time during 1998 incident.

Ow..sy bukanlah taksub mana2 parti termasuklah Anwar PKR. Klulah pernytaan di atas tersebut berkenaan ketaksuban. Hehe.

Dlm isu khin-zir di Selangor cthnya, sama ada PAS, Keadilan dan UMNO serta majlis2 diraja yg kononnya sbg ketua agama semuanya out. Namun, ini cuma sekadar pandangan peribadi (sy yg hampeh). dan undi adalah rahsia. :D

Berkenaan lompat si katak lompat dan kemelut politik Perak, pihak suhakam, org lama BN Tengku Razaleigh bersetuju supaya dibubarkan DUN. Malahan TunM (pelopor perogol institusi kehakiman) sendiri mengakui perampasan/peralihan tampuk kuasa di Perak sememangnya bermasalah. Ho!
 
Last edited:

akukhairul

freshman
Joined
Jan 23, 2008
Messages
196
Points
16
Age
40
Aku setuju ngan RizalHardy. Janganlah kita menderhaka tak tentu pasal.
Ingat semua raja merupakan ketua agama dan bangsa Melayu sendiri.

Siapa yg kita patut kita ikut sekarang? Anwar atau Karpal Singh...

Fikir2kanlah....

ketua agama?... sepatutnya isteri baginda kene pakai tudung lar...

p/s: tutup aurat basic agama tuh... kat tadika ada ajar...
 

Zil-el-Saif

freshman
Joined
Jan 13, 2009
Messages
56
Points
6
Ow..sy bukanlah taksub mana2 parti termasuklah Anwar PKR. Klulah pernytaan di atas tersebut berkenaan ketaksuban. Hehe.

Dlm isu khin-zir di Selangor cthnya, sama ada PAS, Keadilan dan UMNO serta majlis2 diraja yg kononnya sbg ketua agama semuanya out. Namun, ini cuma sekadar pandangan peribadi (sy yg hampeh). dan undi adalah rahsia. :D

Berkenaan lompat si katak lompat dan kemelut politik Perak, pihak suhakam, org lama BN Tengku Razaleigh bersetuju supaya dibubarkan DUN. Malahan TunM (pelopor perogol institusi kehakiman) sendiri mengakui perampasan/peralihan tampuk kuasa di Perak sememangnya bermasalah. Ho!


Berkenaan isu khin-zir di Selangor saya x nampak apa-apa masalah kerana ia sekadar menghimpunkan tempat penernakan di satu tempat dan secara sistematik. macam tahI juga, ia tetap busuk buat walau letak kat mana sekalipun. yang terbaik kita kumpul setempat dan tutup jangan bagi berbau.

pasal lompat2 bagi saya tak ada masalah selagi ia daripada kesedaran sendiri; sama ada masuk PAS atau UMNO. pasal itu kemahuan sendiri. takkan nak berkerja lagi dengan orang yang kita tahu tak betul. yang jadi masalah kalau lompat disebabkan ugutan, rasuah atau diancam rendam kepala dalam baldi. pendek kata, bukan kerana kesedaran sendiri.
 

abg_x

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
2,030
Points
38
Bkt Gantang MP Roslan Shaharum dies (Update 5)

BATU GAJAH: The PAS Member of Parliament for Bukit Gantang Roslan Shaharum died of a heart attack on Monday morning.

The 50-year-old had sent his car to a car-wash near his home in Changkat Lallang near here when he complained of chest pains.

He borrowed a bicycle from one of the car-wash workers to go to the nearest pharmacy.

His body was found at a slip road by passersby at 11:15am, Batu Gajah OCPD ACP Najib Mohamad said.

Roslan, who leaves behind a wife and 11 children, was formerly the human resource director of Perak Economic Development Corporation.

Last July, he was named chairman of Perak’s education foundation, Yayasan Perak.

According to Roslan's daughter Fatimah, 21, the whole family had been in Cameron Highlands for a family outing over the weekend when her father received a call on Sunday evening.

He was summoned to a meeting at the home of former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, who has refused Sultan Azlan Shah’s call for him to step down.

“He was there until 1.30 in the morning, and left home at 10am,” Fatimah said.

His wife Safiah Harun, 50, said Roslan had collapsed once about a month ago on an official visit to Taiwan because of a heart problem.

The funeral will be held at 6pm Monday at his village in Changkat Lallang, she said.

In the March 8 general election last year, Roslan had polled 20,015 votes against Abdul Azim Mohd Zabidi’s (Barisan Nasional) 18,449 votes.

The third candidate was an independent, M. Morgan, who got 872 votes.
 
Status
Not open for further replies.
Top