Duit teknik BlackHat.halal haram?

Status
Not open for further replies.

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Ya... saya hanya memberi nasihat bidang yang saya arif..
bidang saya kurang arif, saya tak nak cerita lebih2...
nanti orang kata ***** berlagak pandai.. cakap tak serupa bikin dan sebagainya..
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Tuu yang aku cakap...ramai yang tak faham sangat blackhat, tetapi disebabkan dalam minda dia dah set yang blackhat nie haram. Tapi yang dia bagi contoh tu baru satu: Black Hat SEO. Siap quote artikel dari wikipedia lagi tu hoho.. Teknik yang dikatakan blackhat tu banyak lagi Bro..bukan setakat BlackHat SEO seperti yang bro khatam kat wikipedia tu :D

Seperti yang aku cakap kat posting lepas, "Its difficult to decide what is blackhat and what is whitehat." Cuma pandangan orang jer yang cakap satu2 teknik itu blackhat atau whitehat. Tapi mereka lupa ada satu term lagi Greyhat.

Kebanyakkan yang aku jumpa nie, bagi aku setakat Greyhat jer..walaupun orang cakap Blackhat sekalipon. Ada lagi yang lebih blackhat daripada tu sebenarnya. Lagi jahat dan kejam caranya..memang betol2 menganiaya orang.
 

MyIkhtiar

freshman
Joined
Mar 19, 2009
Messages
956
Points
18
Saya bukanlah seorang pelajar dalam bidang takhasus fiqh muamalah..

Saya percaya thread ini sedikit sebanyak menyebabkan ada beberapa pihak bertelagah dengan menguatkan hujah masing-masing berhubung dengan teknik blackhat, forex dan etc. Tapi persaoalannya yang sering timbul adakah ia halal ataupun haram?

Itu yang sering bermain di minda kita semua tidak kira yang sedang bergiat aktif dalam arena forex mahupun Google Adsense. Tapi saya mahu sentuh Teknik Black Hat sebab ia berkait rapat dengan kehangatan thread ini semenjak ia dibuka.

Ada yang mengatakan ia merugikan pihak pengiklanan....
Ada yang mengatakan ia adalah kelemahan sistem pengurusan Google

Saya sentuh bab pengiklanan (advertiser) yang telah mengeluarkan sejumlah modal untuk menarik prospek. Dan advertiser akan mendapat keuntungan hasil daripada situasi (win - win) yang telah dipersetujui antara advertiser dan pihak Syarikat Google.

Tetapi disebabkan sedikit kelemahan Google yang dapat dikenalpasti, kita telah bertindak membuat satu teknik memanipulasikan Pay Per Click (PPC). Secara zahirnya kita telah menganggu urusan perniagaan antara advertiser dan Syarikat Google. Dan secara tidak langsung menyebabkan advertiser mengalami kerugian.

Ala...teknik jer.. lagipun diorang orang kafir..

Jika itu yang bermain di fikiran kita, kita silap. Tindakan memanipulasi pengiklan secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Islam itu mudah, tetapi jangan menganggap ia satu perkara yang mudah. Namun demikian. terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda SAW.”
(Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841)


Eh kenapa ni sekejap kata haram sekejap kata halal?


Saya tidak mengatakan Teknik Black Hat itu adalah haram ataupun halal kerana skop terlalu umum. Tetapi kita perlu ingat, jika teknik kita menganggu perniagaan atau pihak pengiklanan, adakah kira merasakan hasil USD yang kita dapat halal ataupun haram? Tepuk dada tanya iman.

Apabila melihatkan ada yang mengatakan ia halal, dan ada yang mengatakan ia haram. Di situ sudah timbul syubhah, Yang mana di antara halal dan haram. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Yang halal adalah jelas dan yang haram adalah jelas.Di antara ke dua-duanya terdapat perkara syubhah yang tidak diketahui oleh ramai manusia.Sesiapa yang takut kepada syubhah, maka sesungguhnya terselamatlah agamanya dan maruahnya.Sesiapa yang terlibat dengan perkara syubhah, maka ia terjatuh kepada melakukan perkara yang haram"
Hadith Riwayat Muslim..

Soal dosa pahala, neraka syurga adalah terletak kepada Yang Maha Esa....

Keputusan terletak di tangan kita semua.....

Wallahu'alam....
 

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
aku bagi contoh definisi.... dalam bahasa barat black adalah sesuatu yang tidak sah, black money, black job dan sebagainya termasuk black hat... itu merujuk kepada perbuatan tidak beretika dan tak sah.... tak kirala tahap manapun, sikit2, tahap kejam, tahap sederhana.... asalkan black maknanya buat perkara tidak dipersetujui oleh pihak yang kita babitkan... korang cakap boleh la.... fakta mana? kamus mana? setakat kamus forum2 cakap2 unregistered bolehlah...

banyak kali aku tegur.... black merujuk kepada perkara tidak baik, white merujuk kepada perkara baik..... kalau tak takkan wujud whitehat dan blackhat.... macam kongsi gelap dan kongsi terang.... ada kongsi gelap orang rujuk kepada perbuatan baik? takde....

istilah tu jangan ikut cakap air liur jer.... ikut kamus, ikut standard yang international cakap

tengok sini http://www.google.com.my/search?hl=...al&hs=E64&q=define:blackhat&btnG=Search&meta=

aku bagi fakta bukan cakap kosong... bila rujuk definisi mana ada rujuk perkara baik blackhat nie..... hish.... ambik kelas bahasa la.... ajak aku sekali

apapun.... selamat menghalalkan blackhat.... kalau ada teknik blackhat baru ajar2lah aku :)


Tuu yang aku cakap...ramai yang tak faham sangat blackhat, tetapi disebabkan dalam minda dia dah set yang blackhat nie haram. Tapi yang dia bagi contoh tu baru satu: Black Hat SEO. Siap quote artikel dari wikipedia lagi tu hoho.. Teknik yang dikatakan blackhat tu banyak lagi Bro..bukan setakat BlackHat SEO seperti yang bro khatam kat wikipedia tu :D

Seperti yang aku cakap kat posting lepas, "Its difficult to decide what is blackhat and what is whitehat." Cuma pandangan orang jer yang cakap satu2 teknik itu blackhat atau whitehat. Tapi mereka lupa ada satu term lagi Greyhat.

Kebanyakkan yang aku jumpa nie, bagi aku setakat Greyhat jer..walaupun orang cakap Blackhat sekalipon. Ada lagi yang lebih blackhat daripada tu sebenarnya. Lagi jahat dan kejam caranya..memang betol2 menganiaya orang.
 

PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
MOD/ADMIN ...

arap tutup jeh thread nih.....

penerangan samar2 and kabur2(d.buat ATAS dasar PEMIKIRAN logik SENDIRI).... NOBODY KNOW's......

sampai mati pun xkn ade yg menang and kalah hehehehe...

dari wujudnye fatwa2 oleh mufti yg x bertauliah bek tutup hehehehehehehehr :D ;)
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Saya rasa shahrul perlu baca semula maksud "blackhat" yang terdapat di dalam link yang shahrul beri itu..

Mengikut link yg shahrul beri, ada 2 definasi blackhat..

1) Definasi dari perspektif karakter movie- blackhat ialah orang jahat/ watak jahat..
2) Definasi dari perspektif SEO - blackhat ialah marketing techniques that are not necessarily ethical, and sometimes not even legal.. perhatikan perkataan sometimes

so.. sekarang ini kita membicarakan blackhat dari perspektif SEO dan bukannya Character movie..

ia macam perkataan "mouse"..
kalau perspektif dunia luar / orang kampung.. mouse ialah tikus yang menyorok kat dapur tu..
kalau perspektif IT.. mouse ialah device yg kat komputer tu..

jadi.. siapa nak ikut saya pergi kelas bahasa inggeris? :)
 

mutt

Newbie
Joined
Feb 24, 2007
Messages
1,928
Points
38

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Tambahan...

Definasi Blackhat dari perspektif SEO..

"Blackhat: A group of SEO and online marketing techniques that are not necessarily ethical, and sometimes not even legal. Hiding text behind images or using doorway pages with redirects are examples of blackhat techniques."


Adakah teknik "Hiding text behind images" ini melanggar TOS google adsense?
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Kalau nak senarai teknik blackhat memang banyak ler...buka tertakluk pada SEO dan PPC sahaja.:rolleyes:
Perlu buka minda kita. Banyakkan pembacaan dan join forum2 blackhat. Belajar blackhat tak salah...tapi yang jadi salahnya apabila kita tahu yg blackhat itu menindas orang lain dan kita tetap juga mahu lakukannya.
 

mutt

Newbie
Joined
Feb 24, 2007
Messages
1,928
Points
38
thanks.. kan statement saya.. sy highlight pada teknik yang menganggu urusan advertiser dgn Google...
jd ape pandangan saudara kalau teknik blackhat yg tidak mengganggu urusan advertiser? bagaimana jika ada teknik blackhat yg memberi kelebihan kpd advertiser dgn membawa targeted visitor/traffic? secara tidak langsung ia memberi keyakinan kpd advertiser utk mengguna servis google adwords. semua pihak menang.
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
In recent years, the terms black hat and white hat have been applied to the Search Engine Optimization (SEO) industry. Black hat SEO tactics, also called spamdexing, attempt to redirect search results to particular target pages in a fashion that is against the search engines' terms of service, whereas white hat methods are generally approved by the search engines.[2]

Some of the blackhat SEO tactics include: keyword stuffing, hidden text and links, doorway and cloaked pages, link farming and blog comment spam.

lain ko baca la... sendiri.... kat http://en.wikipedia.org/wiki/Black_hat
Oopss...sebelum terlupa. Kalau nak buat esei pensyarah ada pesan kat aku aritu, bahawa laman web seperti Wikipedia bukanlah sumber akademik yang autoritatif; malah bukan suatu sumber akademik.

Wikipedia menyediakan rumusan yang mudah difahami dan cepat dicapai. Tetapi yang menjadikan Wikipedia tidak sesuai digunakan sebagai rujukan akademik adalah kerana ianya boleh diubah oleh sesiapa sahaja, dan dalam dunia akademik kesahihan sumber yang digunakan begitu dititikberatkan.

Namun begitu tidak bermakna Wikipedia tidak boleh dirujuk lansung. Tapi rujuk ler juga rujukan yang lain.

Just my 2cent :D
 

alan

Senior
Joined
Aug 20, 2008
Messages
7,630
Points
38
teknik blackhat memberi kelebihan kpd advertiser!

Konsep baru ni :D

jd ape pandangan saudara kalau teknik blackhat yg tidak mengganggu urusan advertiser? bagaimana jika ada teknik blackhat yg memberi kelebihan kpd advertiser dgn membawa targeted visitor/traffic? secara tidak langsung ia memberi keyakinan kpd advertiser utk mengguna servis google adwords. semua pihak menang.
 

syuxx

Senior
Joined
Jul 31, 2008
Messages
3,361
Points
38
tau2 je korang teknik arbitage merugikan advertiser.
pernah tak jadi advertiser untuk niche tersebut?
tanpa MFA player mungkin lagi susah untuk para adwords promosikan produk diorang.
ntah2 lagi banyak untung yg advertiser dapat.

The fastest way to succeed is to look as if you're playing by somebody else's rules, while quietly playing by your own. (Michael Konda)
 
Status
Not open for further replies.
Top