Duit teknik BlackHat.halal haram?

Status
Not open for further replies.

ramzy0

Senior
Joined
Feb 17, 2007
Messages
1,642
Points
38
Age
30
menanti yang pakar memberi'kan ulasan. elok bebenor thread neh
 

kakeru

Newbie
Joined
Apr 27, 2008
Messages
204
Points
16
Mungkin kita juga perlu mengambil kira benda-benda yang kurang jelas kedudukannya seperti:-

1. Jual beli paypal (paypal benarkan jual beli fund?)
2. Teknik promosi adsense dengan YSM/Adwords (google bagi ke?)
3. Jual beli text link (against google TOS??)
4. Menggunakan scrap content pada blog
5. Copy artikel org lain (kemudian jadikan ia milik kita?)
6. Produk-produks seks yang menggunakan imej berahi..
Selalu gak memikirkan benda sebegini.
Klu tarik trafik guna video, camner lak?
Amik video org lain kat youtube, upload balik dan letak link ke blog kita...
ni kira BH gak ker? Atau mcm greyhat?

Nampak mcm kita amik video org (kira hak org lain la kan...?),
then kita letak link kita sbb nak tarik trafik.
Agak2 klu org wat camtu guna video kita sndiri, camner lak eh...?
Apa tanggapan kita lak pada org tu nanti...?
(sekadar persoalan utk dibincang dan difikirkan bersama)

*Byk benda yg perlu difikirkan dalam nak mjana wang kat internet nih..huhu...
Harap2 kita dapat menjaga sumber kewangan kita daripada hasil2 yg syubhah (meragukan).
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Copy paste kat satu web:

Its difficult to decide what is blackhat and what is whitehat.

Black hat methods are not illegal, but they do violate some terms of conditions.

They call it blackhat for a reason... These are methods that most people would never think of... It's an approach that uses “out of the box” thinking to capitalize on opportunities that only a few people in the world even know exist...
 

titaniumhijau

Senior
Joined
Aug 19, 2006
Messages
2,595
Points
38
Age
36
haha, shuth dah datang, alang pun dah bersuara, izo pun dah berkata-kata, ijad pun dah beri pendapat..kakeru dah bagi hujahnya..

so, simplenya. benda ni subjektif. Nak buat blackhat, buat. Nak beli ebook blackhat, whitehat, greyhat, bluehat..beli kalau ada duit. Tapi nak amalkan ilmu blackhat ke apa..terpulang pada individu.

Nak nasihat, nasihat aje. Terpulang pada individu itu sendiri.Nak dengar atau tidak. Sekurang-kurangnya, ada yang memberi nasihat, memberi pendapat dan berkongsi pandangan. Jangan tak ada langsung.

Sebab tu kita kena yakin. benda ni aku dah fikir 6-7 tahun lepas. Memang banyak keraguan. Kalau korang rasa teknik ni cam tak besh dan korang dah setat ragu-ragu. Takyah guna trik nih. Cuba cari jalan alternatif yang membuatkan korang yakin dan tak ragu-ragu..

macam apa yang charlis bagitau. Buat akaun adsense banyak2..text link ads dan banyak benda lagi. Itu memang blackhat punya style. Kita bermain dengan sistem. Kita main kat HPK. Kat Adsense for domain. kalau korang main main letak je nama domain, berapa bulan korang nak dapat duit dari adsense? setahun? 2 tahun? kalau korang twing sikit, setiap bulan korang leh dapat cek dari adsense..

Kalau korang follow putih-putih cara yang memang whitehat..memang takkan korang dapat duit beratus ringgit, berpuluh ringggit, berpulug ribu, beratus-ratus ribu tuh.. kalau produk seks..tak letak gambar yang menghairahkan, tak letak ayat yang memberahikan..takkan ada sorang pun yang beli produk seks tu..

kalau google pagerank tu tak wujud, aku yakin banyak benda yang kita takkan dapat. Pernah tak korang terfikir yang Google dah rancang semua nih? Depa tahu yang Google pagerank akan banyak main peranan dalam dunia internet terutamanya blogging..dan diorang tahu ramai yang create banyak akaun dan exploitasi pagerank untuk keuntungan masing-masing. Dan mungkin juga Google tahu yang benda ni akan memporak-perandakan umat Islam? Sebab tu depa dok gelak-gelak bila kita semua jadi macam ni sedangkan kita masih tak tahu agenda mereka..

yang kakeru bagitau, guna video orang lain dan guna gambar hak orang lain. kalau ikutkan, memang tak boleh kan? Tapi orang kita masih buat juga. Jadi benda ni subjektif.. Kita buat apa yang kita mampu dan kita tolak apa yang kita mampu tolak.

Jadi, bagi aku, blackhat adalah satu cara untuk bermain dengan sistem. Ada cara blackhat dah tak relevan. Ada yang mungkin relevan sampai ke hari ini. Sebab tu, sampai ke hari ini, ada orang suka, ada orang tak suka. Ada orang yang tak tahu itu black hat, tapi anggapnya sebagai white hat. (Yang nih, ramai..) Yang tahu benda tu blackhat, dan apply cara blackhat (yang ni, kurang..)

Dan satu lagi blackhat paling ketara. Memberi insentif kepada ebook-ebook. Yang ni ramai gila otai kita buat. kalau korang beli ebook ni, korang akan dapat rebat. Dapat bonus ebook itu ini semata-mata untuk dapat sales. Mesti beli dari link referrals aku. Kalau tak, aku takkan bagi bonus tuh..(lebih kurang macam tu la, ayat aku kelam-kabut sikit) - Part ni, ada tak korang fikir benda ni menyerupai blackhat? Tapi ramai orang kata ini whitehat.. kalau whitehat, korang promote aje. Tak yah tawar apa-apa bonus..tengok. ada orang nak beli dari link korang ke tak? cuba tampal aje banner tu kat blog atau forum, berapa % yang akan beli dari situ? Sebab tu aku kata blackhat ni lebih kepada bermain pada sistem

Takyah cakap banyak. Satu lagi main blackhat paling melampau. Kita tak sembahyang. Tapi Allah tahu..dan kita boleh buat dek aje..boleh pulak melambat-lambatkan solat. Boleh bagi alasan, kerjalah, penatlah. Kejap lagilah. lagi 5 minitlah. Nak makan dululah. Ada meetinglah. Tak sempatlah.Gi dating. Pegang tangan sana sini. Tapi pada masa yang sama dia solat. Bukankah kita sedang bermain dengan sistem? Sistem yang Allah dah tentukan dan aturkan..kenapa masih ramai yang langgar benda sesimple tu? Tak blackhat ke tu? Tapi kita semua tahu, itu hak Allah. Dia yang tentukan. Itu belum lagi yang mengular time bekerja. Itu belum lagi yang tak bayar parking. Pendek kata, banyak ah blackhat dalam kehidupan kita nih..

Dan sebab tu aku rasa blackhat ini adalah subjektif. Bukan Google atau sesiapa yang tentukan walaupun ada orang kata gOogle is the god on net. Dan ianya terlalu sukar untuk diertikan dan diberikan pemahaman yang sesuai. Pendek kata, subjektif. Susah nak cakap la..

Ps: Mungkin ada ayat aku mengarut dan ada yang terasa. tapi itulah blackhat. Cuma kita sedar atau tak sedar aje..
 
Last edited:

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Ada sesetengah teknik blackhat yang melanggar TOS..
Ada sesetengah yang tidak... contohnya.. SPAM keyword pada metatag.. ianya mungkin melanggar etika search engine, tetapi tidak melanggar TOS CPA atau GA.

Macam forex... ada teknik yang halal dan ada teknik yang haram.. nak katakan forex totally haram? tak boleh juga.

Sebab itu saya katakan, saya serahka hal halal & haram ini kepada pihak yang lebih arif..

Manakala saya, saya akan menilai perkara itu dari perspektif lain seperti sistemnya, prinsipnya, model bisnesnya, serta risiko kerosakannya..
 

zakeri

Senior
Joined
Oct 20, 2008
Messages
4,854
Points
38
So, kena baca TOS bebetul...

Tapi paham ker apa yg TOS tuh tulis ??? :D

Term2 dalam TOS pun masih tak paham... huhuhu
 

nandoi

freshman
Joined
Feb 22, 2009
Messages
374
Points
0
Senario.

Aku adalah advertiser di google adwords aku membayar bid pada hari itu untuk keyword tax attorney pada harga 50 usd satu click. dengan harapan dapatlah client.

Bila aku check dkt akaun adwords aku duit iklan hari tuh dah habis.

Senario.

Aku pengiat adsense cara blackhat beli traffik murah 1 usd aje dapatlah pekerja untuk click adsense kat website /landing page aku. Selepas 5 jam run campaign dekat website traffik murah ni. tengok-tengok dari 10 orang dah buat kerja sebagaimana yang disuruh.

Last sekali ...aku bukan akaun adsense aku tgk dapat 10 click usd500.

Sekarang ni sape yg tertindas dan adakah ini satu matlamat yg menghalalkan cara?
 

sayyidbest

Senior
Joined
Apr 20, 2009
Messages
1,353
Points
38
Senario.

Aku adalah advertiser di google adwords aku membayar bid pada hari itu untuk keyword tax attorney pada harga 50 usd satu click. dengan harapan dapatlah client.

Bila aku check dkt akaun adwords aku duit iklan hari tuh dah habis.

Senario.

Aku pengiat adsense cara blackhat beli traffik murah 1 usd aje dapatlah pekerja untuk click adsense kat website /landing page aku. Selepas 5 jam run campaign dekat website traffik murah ni. tengok-tengok dari 10 orang dah buat kerja sebagaimana yang disuruh.

Last sekali ...aku bukan akaun adsense aku tgk dapat 10 click usd500.

Sekarang ni sape yg tertindas dan adakah ini satu matlamat yg menghalalkan cara?
Tu Lar.Kiranya Advertiser Rugi.Visitor Hanya Buat PTC.Hancus...
 

yuzs77

freshman
Joined
Feb 12, 2009
Messages
2
Points
0
Age
43
Baru ku tahu benda ni.. Ingatkan semua yg di ajar dalam ebook yang aku beli selama ni halal.. rupanya ada yg meragukan. Tq tuan tanah sebab buka thread ni...
 
Last edited:

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
Itu yang saya cakap.... teknik balckhat ini ada yang ok. dan ada yang tak ok..then ia juga tidak bertahan lama..

Mengikut senario nandoi cakap..
pihak GA dah lama update sistem mereka dan tak benarkan perkara itu..

Siapa yang buat... akaun mereka akan di ban (kerosakan individu)
dan duit advertiser akan dipulangkan.. so advertiser tidak rugi..

seperkara lagi, ada kemungkinan juga, 10 orang tu memang minat pada iklan tersebut, jadi mereka pun klik..jadi.. advertiser mungkin juga dapat prospek

lagi satu.. siapa kita untuk menentukan advertiser rugi? Hanya advertiser sahaja yang tahu sama ada mereka rugi atau tidak.. mereka pun "ada" ilmu juga untuk buat iklan dan memastikan iklan mereka berkesan..

Mungkin kita rasa $500 usd itu besar, tetapi bagi advertiser.. ianya hanyalah ciput.. jadi? benarkah advertiser tertindas? mereka sudah pastinya sudah mengira segala risiko tersebut..
 

Ijad

freshman
Joined
May 4, 2008
Messages
530
Points
18
Age
41
Senario.

Aku adalah advertiser di google adwords aku membayar bid pada hari itu untuk keyword tax attorney pada harga 50 usd satu click. dengan harapan dapatlah client.

Bila aku check dkt akaun adwords aku duit iklan hari tuh dah habis.

Senario.

Aku pengiat adsense cara blackhat beli traffik murah 1 usd aje dapatlah pekerja untuk click adsense kat website /landing page aku. Selepas 5 jam run campaign dekat website traffik murah ni. tengok-tengok dari 10 orang dah buat kerja sebagaimana yang disuruh.

Last sekali ...aku bukan akaun adsense aku tgk dapat 10 click usd500.

Sekarang ni sape yg tertindas dan adakah ini satu matlamat yg menghalalkan cara?
Bagus Nandoi.
Nampaknya kamu nampak mesej yang aku ingin kongsikan di awal thread ini.

Sebab itulah, dalam apa yang aku katakan mengenai blackhat, jangan sampai ada PENGANIAYAAN terhadap pihak yang lain kerana AKAD telah kita setuju bersama sewaktu membuka akaun Google Adsense.

Bukannya aku fokus pada kes HALAL HARAM yang masing-masing ceritakan sampai ke laut lontarannya. Kalau nak cerita pasal HALAL HARAM secara ILMIAH... mana cukup thread ini sahaja. Pergi sahaja ke blog Ustaz Zaharuddin, lagi banyak infonya.

Apa pun, terima kasih kepada tuan punya thread ini yang telah berjaya membuka mata semua warga forum ini. Alhamdulillah... sama-samalah kita mencari rezeki yang lebih "sejuk".

Happy selling!
 
Last edited:

bersahaje

freshman
Joined
Jul 21, 2008
Messages
246
Points
16
Teknik blackhat ni x sepatutnye dijual. Ini dah lari etika. Bukan etika bersama google je tapi etika sebagai seorang islam yang menjalankan perniagaan. Ini adalah dikira haram kerana menipu advertiser yang melaburkan duit dengan harapan mendapat pulangan yang setimpal untuk perniagaan mereka. Ikutkan sebenar, aku ada membeli teknik blackhat untuk mengaut sekurang2 nya usd100 SEHARI!!!! Tapi aku beli sekadar memnuhkan ilmu di dada. KOrang tau aku beli dengan harga berapa ringgit? usd2.5(lebih kurang rm10). Sumpah memang boleh buat duit sehari lebih kurang rm350. Tanpa perlu keluar duit untuk tujuan marketing. Tapi kenapa aku x amalkan? Common la beb, klau setakat nk kaya dengan menipu, baik xyah meniaga. Korang x kan tenteram dengan hasil yang korang peroleh. Aku ada 5 teknik blackhat yang KAW2. KLau setakat aku nak dapat kan puluhan ribu hasil dari menjual teknik tersebut, dah lama aku jual. Tapi, etika dan civic sebagai seorang blogger yang cintakan kehalalan rezeki, aku sanggup tinggalkan.

Jangan sampai, google ban untuk semua rakyat Malaysia dari menggunakan sistem adsense lagi dahlah. Kan dah pernah dulu, orang Malaysia di ban dari menggunakn adsense. sebab ape? Haa sebab camnila. Blackhat sana, tipu sini. Malaysia terkenal sebagai negara scammer ama macam negara Afrika. Sapa yang rugi? Kita dan orang2 yang x bersalah. Orang2 yang yang sentiasa mengikut cara dan prosedur sebenar perniagaan.

Nasihat aku, terimalah teguran demi masa depan pengusaha perniagaan internet. Jangan hendak duit yang banyak tanpa usaha yang selari atau setimpal. biar sedikit tapi halal. Nak banyak lagi, usaha lagi. Tiada istilah goyang kaki dan rilex. Saya xkan nafikan bahawa teknik blackhat ini memang sah akan menghasilkan duit yang banyak. Tetapi untuk apa andainya ia adalah dari sumber yang haram dan juga akan menganiaya orang yang x bersalah???

Tiada blackhat yang tidak pernah selamat di dunia internet. 'klau takut jangan beli produk ini' adakah si penakut itu takut denagn kemurkaan-Nya atau sekadar takut dari di ban oleh Google? DAN, adakah mereka yang mencabar ketakutan itu tidak takut pada kemurkaan-Nya????aku agak konpius di situ.

Wahai sedara-sedari, tak sedar kah kita bahawa sudah banyak yang telah tertipu dengan teknik2 sebegini rupa? MAsih tidakserik kah kita dengan cerita-cerita penipuan sebegini? Dah kene batang hidung sendiri nanti baru nak mengerti baru nak memaki dan pada masa itu, x siapa yang mendengar melainkan ketawa berdekah-dekah.

That's from my through sense not 2nd sense.

p/s: Klau nak maki aku, maki lah. Aku 1 sen pun tidak kerugian ;).
p/p/s: Apa salah aku cakap? Brader, ini negara demokrasi la.
p/p/p/s: korang still nak mencuba? Cubalah...You are welcome to do that! p/p/p/p/s: Aku tetap dengan pegangan aku untuk membanteras teknik BLACK HAT SEPERTI INI!!!!


Wassalam,
boy_bersahaje
 
Last edited:

mutt

Newbie
Joined
Feb 24, 2007
Messages
1,928
Points
38
ape yg sy nampak dr topik ni. haramnye blackhat ni berkisar pada ppc je. yg ni mmg aku setuju haramnye sbb menganiaya advertiser yg mengharapkan prospek tp dpt unnecessary click. tapi blackhat bukan berkisar pasal ppc je. ianya besar. jd tak boleh menghukum keseluruhan blackhat tu haram.

bg aku slagi ianya tak menganiaya mana2 pihak ia bukanlah sesuatu yg salah. cuma kurang disenangi abg G kite je. google nak semua proses berjalan secara semulajadi (bina website promote web kita sampai muntah untuk dptkan natural source of traffic untuk tingkatkan seo) so ada teknik2 blackhat utk cepatkan proses ni. ianya tak menganiaya sesiapa. kalau visitor yg dtg secara xsengaja ke web tersebut xsuke die boleh pergi. pada yg berminat akan terus browse dan mungkin akan beli ataupun klik adsense kita.

kesimpulannya, bg aku ianya menjadi salah bile ada unsur penganiayaan.

tambahan: kalau 1Malaysia kena ban pasal blackhat, aku igt better ban 1 dunia je. pengamal blackhat kat Msia ni ibarat beberapa ekor semut dlm 1 koloni semut. jgn terkejut kalau org arab pon ramai yg otai blackhat ni..

wallahualam.
 
Last edited:

PinguSpy

Senior
Joined
Jan 7, 2007
Messages
7,432
Points
38
blackhat teknik agak sukar nk di terangkan secara detailed sebab dia = based on teknikal teknik.


kalau *blackhat* based on adsense PPC = merugikan advertiser agak2???
kalau *blackhat* based on SEO = backlink etc kaburkan mata google agak2???
kalau *blackhat* based on boting = traffic etc agak2???
kalau *blackhat* based on SPAMMING = traffic etc agak???


bayak jenis "teknikal" balckhat...
ade yg bole* dikatakan haram ade yg just "nama" jek blackhat tp bg aku okey je hehehehehehhehehe
 

mutt

Newbie
Joined
Feb 24, 2007
Messages
1,928
Points
38
setuju dgn bro PinguSpy. blackhat ni sbnarnye byk berkisar dgn teknikal dan teknik. kdg2 ianya dikatakan blackhat sbb teknik yg digunakan adalah uncommon.

cthnya, speed cut pd kereta. jepun akan letak max 180km/j tak kire sepower mane pun kereta tu. ia adalah undang2 jepun. pemilik kereta nak buang speed cut lalu hantar ke bengkel. perkara blackhat yg dilakukan adalah remove speedcut.

pikir2 kan lah..
 

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
blackhat teknik agak sukar nk di terangkan secara detailed sebab dia = based on teknikal teknik.


kalau *blackhat* based on adsense PPC = merugikan advertiser agak2???
kalau *blackhat* based on SEO = backlink etc kaburkan mata google agak2???
kalau *blackhat* based on boting = traffic etc agak2???
kalau *blackhat* based on SPAMMING = traffic etc agak???


bayak jenis "teknikal" balckhat...
ade yg bole* dikatakan haram ade yg just "nama" jek blackhat tp bg aku okey je hehehehehehhehehe
korang semua dah besar.... tentu tahu... bahawa kita mana boleh tipu diri sendiri..... jadi janganlah menipu dan terus menipu demi nak orang lain ngaku itu benda halal.... sedangkan benda tu berdosa.... sebabnya kalau kita ajar orang, orang ikut, saham yang kita dapat tak putus-putus...
 

Ijad

freshman
Joined
May 4, 2008
Messages
530
Points
18
Age
41
korang semua dah besar.... tentu tahu... bahawa kita mana boleh tipu diri sendiri..... jadi janganlah menipu dan terus menipu demi nak orang lain ngaku itu benda halal.... sedangkan benda tu berdosa.... sebabnya kalau kita ajar orang, orang ikut, saham yang kita dapat tak putus-putus...
Betul apa yang Shahrul cakapkan. Tak kiralah apa contoh yang diberikan, kalau dah tahu mende salah.. takyah nak di "andai-andai"kan... dah besar panjang.

Kalau ilmu yang bagus, baguslah pahala yang kita dapat. Tapi kalau ilmu tu membawa keburukan... itu yang seperti Shahrul maksudkan "saham yang kita dapat tak putus-putus"
 
Last edited:
Status
Not open for further replies.
Top