Duit teknik BlackHat.halal haram?

Status
Not open for further replies.

zakeri

Senior
Joined
Oct 20, 2008
Messages
4,854
Points
38
Mungkin kita juga perlu mengambil kira benda-benda yang kurang jelas kedudukannya seperti:-

1. Jual beli paypal (paypal benarkan jual beli fund?)
2. Teknik promosi adsense dengan YSM/Adwords (google bagi ke?)
3. Jual beli text link (against google TOS??)
4. Menggunakan scrap content pada blog
5. Copy artikel org lain (kemudian jadikan ia milik kita?)
6. Produk-produks seks yang menggunakan imej berahi..

6 point ni memang ramai yg buat... tolong komen... aku nak tahu... ramai nak tahu... mari jadikan perbincangan ini berilmiah bukan bertelagah :D
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Daftar account Google lebih daripada satu account pon melanggar TOS. Tapi baper ramai yang buat jugak... :D

Beli ebook blackhat untuk tahu teknik sahaja tanpa mengamalkannya takde masalah. Atau anda boleh cari idea daripada ebook itu dan jadikannya whitehat. Atas kekreatifan korang ler.
 

zakeri

Senior
Joined
Oct 20, 2008
Messages
4,854
Points
38
Daftar account Google lebih daripada satu account pon melanggar TOS. Tapi baper ramai yang buat jugak... :D

Beli ebook blackhat untuk tahu teknik sahaja tanpa mengamalkannya takde masalah. Atau anda boleh cari idea daripada ebook itu dan jadikannya whitehat. Atas kekreatifan korang ler.
kalau register atas nama org lain tapi kita yg guna camner??
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Kadang2 ramai yang bagi komen tapi tak tahu apa maksud blackhat itu sebenarnya...

Macam mana cara yang korang kategori blackhat tu? Kadang2 aku tengok tak ler baper blackhat sangat. Aku tengok ada lagi teknik yang blackhat giler kat web omputih..

Bukan nak backing saper2 nie. Yang salah tetap salah...yang betol tetap betol.
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
kalau register atas nama org lain tapi kita yg guna camner??
Tu ler...kalau nak cakap bab tak ikut TOS nie pon dah baper ramai yang buat. Register lebih satu account.
 

kaiba910

Newbie
Joined
Oct 29, 2006
Messages
3,558
Points
36
Banyak benda aku belajar dari thread ni...huhu...tapi bagi aku...ramai yang tak jelas lagi dgn blackhat ni dan bagi aku, blackhat itu adalah sesuatu yang agak subjektif...Entahlah...tak tahu nak cakap macam mana....

Dalam asyik kita menuding jari pd orang lain, kengkadang kita lupa ada jari lain menuding kearah kita..
Agak mendalam ni...huhu

Jual beli text link (against google TOS??)
Jika anda seorang blogger, mesti point ni ade kene mengena


Jual beli paypal (paypal benarkan jual beli fund?)
Yang ni mmg biasa di WC. Aku juga tidak terkecuali


Tapi takpe...segala teguran kita boleh jadikan pengajaran :)
 
Last edited:

alang

SZAB Network
Super Senior
Joined
May 24, 2006
Messages
1,716
Points
38
Age
44
kalau orang lain buat, blackhat. Kalau kita buat, tak blackhat :D
 

alang

SZAB Network
Super Senior
Joined
May 24, 2006
Messages
1,716
Points
38
Age
44
greyhat pulak yang orang lain buat dan kita pun buat :D walaupun asalnya benda tu blackhat. Nak cakap whitehat, nampak sangat, so cakap la greyhat untuk nak menyedapkan hati sendiri.
 

Shahrul

Senior
Joined
Mar 23, 2006
Messages
838
Points
18
apalah korang nie... tak kira sapa pun korang, aku ker.... kalau nak dapat pendapatan adsense dari google... tapi apa TOS google tak bagi buat ko buat, tak payah tanya mufti memang salah pun melainkan korang tak tau. Macam black hat tu memang la google tak bagi... tapi kalau buat gak kira menipu google la tu... tak kira la contoh buat banyak akaun ke.. tu kira tipu la tu... dah tipu, halal lagi ke?
 

alang

SZAB Network
Super Senior
Joined
May 24, 2006
Messages
1,716
Points
38
Age
44
Topi koboi kat gambar tu bukan BH ke? :D

he...he...he
bukan setakat topi black, tu spek mata tu black jugak, kulit pun boleh tahan la black jugak.
 

Izo

Senior
Joined
Nov 14, 2006
Messages
1,342
Points
38
Topi koboi kat gambar tu bukan BH ke? :D

he...he...he
Itu memang betol2 blackhat tu...alang tak bleh nak nafi dah tu.. :D
 

alang

SZAB Network
Super Senior
Joined
May 24, 2006
Messages
1,716
Points
38
Age
44
alamak, kantoi sudah.

Letak gambar pakai kopiah pulak la lepas ni.
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
uhuk.... ada orang sebut nama saya ke?
ok... ini sedikit penjelasan dari saya

-----------------------------
Berkenaan teknik Blackhat..
-----------------------------
Terus terang saya katakan, saya bersikap neutral pada teknik ini.. tidak menyokong dan tidak membangkang.. ianya adalah sama seperti pendirian saya terhadap forex.

bagi saya teknik blackhat bukanlah teknik menipu atau melanggar TOS, tetapi teknik blackhat adalah lebih kepada satu teknik "memanipulasi kekurangan yang terdapat pada sistem".. sebab itulah teknik blackhat ini selalunya tidak bertahan lama, kerana, si pemilik sistem akan sentiasa upgrade sistem mereka dari semasa ke semasa dan sekaligus menutup kekurangan yang ada yang dimanupulasi oleh pengamal blackhat..

Jadi, teknik blackhat ini hanyalah satu "option"... yang suka ambil.. yang tak suka, takyah ambil..

Untuk mengatakan teknik blackhat ini HARAM? itu diluar bidang saya..
Pendirian yang sama terhadap skim cepat kaya...

Saya mem"ban" skim cepat kaya BUKANLAH sebab "skim cepat kaya HARAM"..
tetapi saya mem"ban" skim cepat kaya adalah disebabkan "model sistemnya yang rapuh dan menindas orang ramai"..

Untuk mengatakan skim cepat kaya HARAM? itu di luar bidang saya..

Begitu juga dengan MLM Head Hunting, rasanya masih tiada fatwa yang mengatakan ia "HARAM",
tetapi saya tetap mem"ban" model bisnes tersebut dari dipromosikan di WC dadalah disebabkan "model sistemnya yang rapuh dan menindas orang ramai"

Ringkasnya.....
Saya melihat sesuatu perkara itu dari perspektif "model" bisnesnya..
Manakala, dari perspektif "agama", saya serahkan ia kepada pihak yang lebih arif... jika terbukti ia dijatuhkan HARAM.. maka saya akan turut mem"ban"nya..

Berbalik kepada teknik blackhat...
Dari segi hukum agama.. halal atau haram?.. itu saya tidak pasti..

Dari segi model bisnesnya.. saya melihat, ia hanya membawa keburukan kepada tahap INDIVIDU.. iaitu hanya kepada pengamalnya.. sama seperti FOREX.. jika rugi.. hanya si pelabur yang mengalami keburukannya (TERHAD KEPADA INDIVIDU).. disebabkan itu, saya bersikap NEUTRAL terhadapnya (tidak menyokong dan tidak membangkang)..

Berbanding SKIM CEPAT KAYA / Head Hunting MLM pula, apabila runtuh, ia akan membawa keburukan kepada "kumpulan".. ramai yang akan menjadi mangsa.. jadi, saya bersikap NEGATIF terhadapnya (mem"ban" dari dipromosikan di WC).

Mengenai dakwaan "MAlaysia" mungkin di ban oleh GA/CPA disebabkan teknik blackhat.. saya fikir ianya adalah DAKWAAN YANG TIDAK BERASAS.

Satu perkara yang perlu jelas.. teknik blackhact bukanlah teknik menipu pembeli/penjual/pengiklan, ianya hanyalah satu teknik "memanipulasi sistem".


Contoh senario....

Seorang peniaga pasal malam... mendapati gerainya sukar mendapati pelanggan...
tiba-tiba muncul satu idea dimana, beliau mengupah beberapa orang rakannya..
untuk "berlakon" datang membeli & mengerumi gerai beliau..

Disebabkan itu, ramai orang menjadi curious dan turut mengerumi dan membeli
produk beliau... hasilnya, jualan gerai beliau meningkat..

Persoalannya? Adakah penjual ini menipu? Siapa yang ditipu?
Pelanggan?.. pelanggan tetap mendapat produknya dan produknya adalah produk berkualiti. Jadi, siapa yang ditipu?

Tiada siapa yang tertipu.. dalam kes ini, pihak penjual hanya memanipulasi sistem.. iaitu "curiosity" yang terdapat dalam diri manusia..

bersambung.... ada sebarang soalan?
 
Status
Not open for further replies.
Top