Duit Halal + Duit Haram = ?

Joined
Oct 24, 2013
Messages
212
Points
0
JOM BERSIHKAN HARTA DENGAN WAQAF~!

sy tengah kumpul dana untuk projek pembangunan komples bangunan tahfiz akademi utk sekolah rendah. siapa yg berkemampuan sgt2 dialukan untuk memberi kan sedikit sumbangan waqaf. kita bagi sikit, tapi ganjaran pahala hingga ke akhirat nanti. berkekalan.



boleh layari website rasmi sy di www.waqaftahfizonline.com. atau contact sy terus di facebook www.facebook.com/WaqafTahfizOnline
 

myroadtax.com

Newbie
Joined
Feb 13, 2014
Messages
310
Points
18
Memang ramai yang menjadikan wang ringgit sebagai matlamat hidup. Nak buat macam mana, kejayaan seseorang juga di ukur dengan wang ringgit. Lihat sahaja suratkhabar hari ini dengan senarai jutawan orang terkaya di Malaysia.

Ibu bapa dan saudara mara juga menilai kejayaan anak-anak dengan wang ringgit. Mana yang anak kerja doktor, engineer, etc semua bangga dan pukul canang satu kampung. Jika bukan banding pekerjaan, kekayaan di ukur pula dengan jenis kereta yang dimiliki.

"Anak aku kerja Petronas gaji besar RM40 ribu sebulan".
"Eleh, anak aku kerja doktor pakar bedah gaji RM120 sebulan"

"Si polan anak kawan tu tukar kereta BMW baru."
"Eleh, anak aku ada BMW untuk pergi kerja, Alphard untuk balik kampung dan motor harley davidson untuk makan angin"

Kerana itu juga ramai yang tutup mata sebelah kepada amalan rasuah. Bila dapat duit, konon bayar zakat untuk menyucikan yang haram dan pergi umrah untuk menyucikan jiwa. Tetapi selepas tu buat lagi.

Saya sekadar berkongsi pengalaman.
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
Post pertama saya.

Bagaimana dgn teknik pemasaran white hat, grey hat dan black hat. Adakah dia halal, jika kita mengaut keuntungan darinya? Soalan yg selalu bermain di fikiran saya...:-/
teknik grey hat black hat ini pernah menjadi perdebatan panas (bukan sekadar hangat lagi dah) di WC

apapun pada pendapat saya dalam mencari keuntungan ini... dalam urusniaga mestilah mendapat keredhaan dari pihak2 yang terbabit, terutama pihak yang memberi kita wang. Kalau pihak yang memberi kita wang itu menghalalkan teknik yang kita pakai... maka halallah wang tersebut (pastinya paling utama dah tentulah keredhaan dari Allah)
 

myroadtax.com

Newbie
Joined
Feb 13, 2014
Messages
310
Points
18
Saya baru tengok video Ustaz Azhar Idrus hari tu. Definasi rasuah adalah bukan dengan meminta atau menerima wang tertentu. Ia sebenarnya adalah pekerjaan menghalang rezeki orang lain atau mengambil hasil atas hak orang lain. Kira sepatutnya hasil itu pergi kepada orang lain tetapi kita sudah potong jalan si polan dan ambil hasil tersebut secara paksa atau tidak langsung.

Jadi teknik blackhat seperti hack DNS untuk reroute traffic kepada website kita, membuat DDOS ke atas pesaing dan lain-lain teknik kotor jatuh dalam kategori rasuah. Amalan rasuah tidak boleh dibersihkan dengan membayar zakat. Si pengambil rasuah tidak akan diterima amal jariah dan ibadahnya selagi tidak bertaubat. Haji atau umrah yang dikerjakan dengan duit hasil rasuah juga tidak akan diterima.

Tetapi bagi teknik-teknik nakal greyhat, seperti ramai pendapat ahli-ahli WC disini, asalkan dihalalkan oleh pembayar wang kira halal dan kita cuma perlu membayar zakat untuk membersihkan hasil wang tersebut.

Saya sekadar memberi pandangan dan berkongsi ilmu.
 
Top