Duit Halal + Duit Haram = ?

Shukor

Senior
Joined
Feb 26, 2008
Messages
462
Points
18
Saya terpaksa mendahulukan isu yang dibawa oleh Puan Norlela Zubir seorang daripada sahabat baik saya yang juga seorang penulis buku bisnes. Isu yang dibawakan memainkan peranan dalam hala tuju masyarat Islam dan negara Malaysia.

Assalamualaikum En. Shamsuddin,

Saya ingin berkongsi satu cerita. Kisah ini diceritakan oleh anak saya. Suatu hari Alum dan kawan-kawannya berbincang isu mencari kerja selepas mereka ‘graduate’ nanti. Dalam perbincangan itu, terkeluarlah dialog berikut daripada salah seorang kawannya…

“Aku mahu jadi macam abang aku. Kerja dia best giler!!! Duit dia banyak betul… Gaji dia RM3,000 sebulan. Duit rasuah RM5,000 sebulan. Dia loaded memanjang. Aku nak cari kerja macam itulah…”

Alum tergelak-gelak sambil bercerita. Katanya : Mak, dapat duit rasuah pun ada orang rasa bangga…

Saya geleng kepala dan tidak kering air liur memesan Alum jangan sekali-kali memandang ringan soal halal haram dalam mencari rezeki. Impaknya terlalu besar terhadap keberkatan hidup kita sepanjang hayat.

Nampaknya tuan, pengaruh duit begitu kuat melanda minda anak2 muda hari ini. Pendidikan tinggi tidak memastikan mereka dapat membezakan soal halal dan haram. Ia tidak lagi penting di kalangan sebahagian masyarat kita, seolah2 perkara itu amat biasa dan boleh diterima tanpa perasaan silu dan rasa berdosa.Pening kepala saya, tuan!
- Puan Norlela Zubir.

Terima kasih di atas kesudian Puan Norlela Zubir berkongsi maklumat di atas.

Persoalan yang di bawa adalah Gaji RM3,000 + Rasuah RM 5,000. Jika kita menyelesaikan maklumat ini secara matematik, sudah pastinya RM8,000 yang kita dapat. Wah… banyaknya duit. Sudah pasti banyak yang kita dapat rancangkan dengan duit sebanyak itu. Lebih baik ada RM8,000 berbanding RM3,000. Itu adalah jawapan bagi manusia yang berakalkan logik semata-mata.

Persoalan hidup seorang muslim tidak sama sekali boleh hidup di atas landasan logik semata-mata. Di mana 3 + 5 tidak semestinya menjadi 8. Jika 3 itu berasal dari sumber halal dan di campur dengan 5 dari sumber haram ianya tidak menjadi 8.

Seorang yang mengaku dirinya Islam telah makan di sebuah hotel yang menyediakan mee goreng. Dia mengetahui bahawa daging yang digunakan adalah daging ****, tetapi dia terus memakan semua mee goreng itu keculai daging dalam mee itu. Apabila ditanya kenapa dia makan mee itu ? Dia menjawab Mee is Halal, **** is Haram. Oleh itu dia hanya makan Mee sahaja. Ini berlaku apabila kita tidak memahami pengertian halal dengan betul.

Pelajar yang sedang belajar ini adalah generasi yang akan memasuki dunia pekerjaan dan dunia pentadbiran kerajaan. Mereka yang akan mewarnai dunia Malaysia. Jika hitam adalah warna pilihan mereka, gelaplah masa depan negara kita. Jika warna putih yang dipilih oleh mereka, insyaa-Allah negara kita akan maju dan aman damai.

Apa akan terjadi kepada negara apabila graduan ini berjaya mencapai cita-citanya iaitu menjadi rasuah matlamat utama hidupnya?

Apa akan terjadi apabila pelajar ini menjadi pemimpin kita pada masa hadapan?

Duit rasuah itu mengunakan hasil titik peluh rakyat

Duit itu yang telah merampas kesenangan orang fakir miskin menikmati hidup

Duit itu yang membebankan pengguna

Duit itu yang menyebabkan inflasi naik…iaitu kos segala-galanya naik

Duit itu yang menghilangkan sifat semula jadi manusia

Kenapa Islam melaknati pemberi dan pengambil Rasuah ?

1. Melayakkan orang yang tidak layak mendapat projek. Projek diberikan bukan kerana kualiti dan keupaayaan tetapi kesanggupan memberi duit poket.

2. Orang mati layak diberi kontrak, janji ada yang sanggup memberi duit.

3. Membenarkan orang yang tidak layak mendapat jawatan.

4. Membebankan rakyat yang terpaksa menangung…

5. Mengunakan rasuah untuk membalas dendam… dan banyak lagi…

Senjata yang paling hebat yang dapat digunakan untuk mengatasi hanya terdapat dalam buku manual manusia. Iman adalah penyelesaianya.

Sumber: http://www.shamsuddinkadir.com
 

nizam919

Newbie
Joined
Feb 10, 2010
Messages
508
Points
18
Satu perkongsian yg mantop bro...

Hal sebegini akan terjadi sekiranya terlalu materialistik atau dgn kata mdhnya terlalu mngikut telunjuk nafsu.Sedikit benar org yg bisa mngawal nafsu.Patah lg dgn iman yg senipis kulit bwg mana mgkin bisa mlwn gelodak hawa nafsunya.

Konsep mereka mdh asal RM bedaljer peduli hapa haram HAlal.Dan ssgguhnya matlamat tdk pnh menghalalkan cara..

sekadar pndgn...
 

afnan145

freshman
Joined
Jun 20, 2009
Messages
725
Points
18
Satu perkongsian yg mantop bro...

Hal sebegini akan terjadi sekiranya terlalu materialistik atau dgn kata mdhnya terlalu mngikut telunjuk nafsu.Sedikit benar org yg bisa mngawal nafsu.Patah lg dgn iman yg senipis kulit bwg mana mgkin bisa mlwn gelodak hawa nafsunya.

Konsep mereka mdh asal RM bedaljer peduli hapa haram HAlal.Dan ssgguhnya matlamat tdk pnh menghalalkan cara..

sekadar pndgn...

betul-betul2....sbb hawa nafsu, tak kisah halal atau haram.
sapu je yg mna ada.
 

Apeh

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
1,259
Points
38
sekadar bertanya ... newbie la katakan.

aku dah beli suatu produk melalui affiliate sebab bonus yg ditawarkan menarik tp bonus dpt separuh jer ... .agak2 halal ke haram komisyen diperolehi?


*sape makan asam dia rase masam.
 

abi arwa

freshman
Joined
Apr 21, 2010
Messages
20
Points
0
maaf jika lain tajuk sikit ,apa pandagan anda tentang autoresponer dan hosting yang satu ni, kata nya percuma setelah kita perkenal pada dua orang member jadi ok tak sila bagi komen kalu ok nk join dan nk guna iTreader la..tapi nampak macam ok je pendaptan dia sila lihat disini sila komen
 

shaifulazhan

Senior
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,705
Points
38
sekadar bertanya ... newbie la katakan.

aku dah beli suatu produk melalui affiliate sebab bonus yg ditawarkan menarik tp bonus dpt separuh jer ... .agak2 halal ke haram komisyen diperolehi?


*sape makan asam dia rase masam.

Bro - macam mana boleh dapat separuh dari bonus yang dijanjikan? Salah ni bro.
 

shafizul

freshman
Joined
Jan 30, 2009
Messages
31
Points
0
Ramai orang ambil mudah dengan rasuah ni. Alasannya hadiah
orang nak bagi ambil la kan. Takkan nak cek hati dia ikhlas ke tak.

Sikap ambil mudah ni bahaya. Sebab harta tu bukan sekadar kita jer makan. anak bini kita dan seluruh keturunan kita. Turut beri kesan ibadat kita.

Senangnya, kata seorang motivator, kalau pemberian seseorang itu memungkinkan kita terpaksa membuat keputusan yang memihak kepada nya, itulah ada unsur-unsur rasuah. Bila kita terhutang budi, kata orang lama-lama tergadai bodi.

so, kena ingat-ingatlah bila terima pemberian seseorang. Takut-takut ada udang disebalik batu.
 

haffez AM

freshman
Joined
Jun 3, 2010
Messages
9
Points
0
sekarang nih tak taulah nak ckp mcm mana kan berkenanaan isu halal dan haram.. smua bergantung pada diri mcm mana nak mengelakkan nya.. hurm~~
 
Top