emet

Newbie
Joined
May 23, 2007
Messages
636
Points
16
Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera.

Adakah orang baru di Forum WC ini? Masuk ke sini pasti mencari peluang-peluang buat duit Online-kan?

Sebenarnya ada banyak cara buat duit online. Paling penting, cari ilmu @ berguru dahulu, kemudian lakukan apa yang sudah dipelajari.

Sambil belajar, terus buat. Dari situ, boleh perbaiki kekurangan yang ada.

Di sini saya mahu berkongsi, dua jenis perniagaan telekomunikasi yang saya lakukan 99% ONLINE. Saya percaya, jika saya boleh. Anda juga boleh.

1. ONEXOX.
  • Saya promosikan di Facebook, buat branding diri di Facebook sebagai dealer Onexox.
  • Buat satu blog mengenai produk ONEXOX ==> thetuah.com
2. UNIFI.
  • Formula sama juga saya gunakan branding di FB, promosi di FB. Terutamanya di Marketplace FB, dan group-group FB.
  • Sama juga buat satu blog ==> uunifi.com
Kenapa perlunya blog?

Media sosial, seperti FB, IG, Whatsapp, YT, TikTok, adalah media percuma. Bila-bila masa sahaja, akaun kita boleh ditamatkan tanpa sebarang amaran. Bayangkan, kita sudah ada ramai kawan, dan pengikut.

Tiba-tiba akaun FB, YT, dan IG kita dipadamkan? Apa perlu kita buat? (Sudah berlaku)

Menangis darah sekali pun sudah tidak berguna, kita terpaksa membina sekali lagi, akaun baru bermula daripada 0.

Berbeza jika kita sudah ada blog atas domain name sendiri, segala-galanya atas kawalan kita. Media sosial hilang, kenalan atau pengikut kita boleh terus berhubung melalui medium blog.

Semoga bermanfaat, dengan tulisan ringkas saya ini.
 
Top