Dalam Negara DS Siti Nurhaliza nafi disaman kerajaan

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38

SITI NURHALIZA memuat naik kenyataan di Instagram peribadinya sebagai menafikan laporan palsu di internet yang mengaitkan namanya.

KUALA LUMPUR 8 April- Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia telah disaman oleh kerajaan kerana terlibat dalam pelaburan haram.


Penghibur yang kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Siti Aafiyah berkata, beliau tidak ada kena mengena dengan berita palsu yang sedang tular di laman sosial.

Penyanyi lagu Cindai dan Jerat Percintaan itu juga menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya laporan palsu berkenaan masih berlanjutan.

“Berita palsu ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik pautan yang berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut (jika dirujuk pada saya). Saya tidak ada kena mengena dengan berita palsu tersebut,” kata Siti Nurhaliza dalam kapsyen bergambar di akaun Instagram peribadinya sejam lalu.

Artis popular itu juga mempersoalkan tujuan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu menggunakan wajah dan nama “Nurhaliza”.

“Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti. Namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah mengundang kekeliruan dan menimbulkan pertanyaan banyak pihak mengenai kesahihan berita tersebut.

“Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya seperti mana yang tertera dalam petikan di blog tersebut.

“Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan,” katanya. - Utusan
 

kamil84

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
37
Points
6
Age
35
Oh. Teruk sampai camtu buat berita palsu
tula tu. tok ti tgh berpantang lagi time tu. org kalau nak attention buat jahat tak kire ape padahnya kat orang lain. teruk akibat berita palsu ni.
 

anjaya

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
24
Points
1
Age
38
tula tu. tok ti tgh berpantang lagi time tu. org kalau nak attention buat jahat tak kire ape padahnya kat orang lain. teruk akibat berita palsu ni.
owg malaysia ni mmg kepoh mslahnye skit2 nak viral. xtau cite pun viral aslkn dpt phatian. bkan kisah owg len.

kte kne brubah mntality kte. bygkan brita viral palsu kne kt kte sndri baru tawu..
 

anjaya

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
24
Points
1
Age
38
Oh. Teruk sampai camtu buat berita palsu
mmg truk dowg ni. bkan men gigih nk wat brita palsu.. hbis artis ke ahli poltik ke rkyat biase ke smue kene fitnah. owg tk brpdidikan menylah gnekan social media skrg ni...
 

kamil84

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
37
Points
6
Age
35
mmg truk dowg ni. bkan men gigih nk wat brita palsu.. hbis artis ke ahli poltik ke rkyat biase ke smue kene fitnah. owg tk brpdidikan menylah gnekan social media skrg ni...
betul tu org menyalah gunakan social media ni betul bahaya. fake news ni boleh melibatkan hidup org. fitnah ni macam membunuh jugak hukumnya
 

anjaya

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
24
Points
1
Age
38
betul tu org menyalah gunakan social media ni betul bahaya. fake news ni boleh melibatkan hidup org. fitnah ni macam membunuh jugak hukumnya
sbgai contoh. brita palsu pasal ad banjir kat kg ko. hbis da tgnggu hari ko pikir psl ibu bapa kt kg. bnda nmpk kecik tp impak besar..
 

kamil84

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
37
Points
6
Age
35
sbgai contoh. brita palsu pasal ad banjir kat kg ko. hbis da tgnggu hari ko pikir psl ibu bapa kt kg. bnda nmpk kecik tp impak besar..
contoh yg baik. sebab tu la perkara ni tak boleh diambil remeh
 

dankhoo

freshman
Joined
Jan 9, 2018
Messages
16
Points
1
Age
31
Kesian la Dato' Siti Nurhaliza kena frame jadi Sita Nurhaliza pun boleh. LOL
 

anjaya

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
24
Points
1
Age
38
contoh yg baik. sebab tu la perkara ni tak boleh diambil remeh
ye. tp ad je pihak2 yg ambk srius hal ni. tula adenye psanan khidmat msyrkat spt cegah #fitnet yg bleh nmpak kat mrt dan lrt tu.
 

anjaya

freshman
Joined
Jan 11, 2018
Messages
24
Points
1
Age
38
Kesian la Dato' Siti Nurhaliza kena frame jadi Sita Nurhaliza pun boleh. LOL
knn... da la tgh bru dpt baby. mesti die tertekan dpt tahu brita palsu pkai name die. org tk pikir kesian kt die ke?? sedih..
 

Fred Eng

freshman
Joined
Apr 25, 2018
Messages
11
Points
1
Age
30
tula tu. tok ti tgh berpantang lagi time tu. org kalau nak attention buat jahat tak kire ape padahnya kat orang lain. teruk akibat berita palsu ni.
Berita palsu kat Malaysia terlalu banyak jadi.
 
Top