Dalam Negara Doktor sahkan pondan Nur Sajat adalah seorang wanita

Offline
#1
Nur Sajat disahkan oleh doktor bahawa dia seorang wanita.

...................................................................................
 
Offline
#2
Takkan nak kena kangkang?

Kuala Lumpur: "Takkan nak kena mengangkang di laman Instagram semata-mata nak membuktikan jantina saya? Nanti orang mengata saya gila pula

“Pada surat itu jelas menyatakan jantina saya. Apatah lagi ia dikeluarkan oleh pakar sakit puan di hospital berkenaan, jadi tidak ada apa lagi yang perlu dibahaskan kerana segalanya sudah jelas,” kata usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman yang membuat kejutan apabila memuat naik surat pengesahan jantina di laman Instagramnya hari ini bahawa dia adalah wanita

Nur Sajat, 32, ketika dihubungi berkata, perkara itu dibuat atas tujuan ingin berkongsi kepada masyarakat keadaan dirinya yang sebenar

"Sebelum ini terlalu banyak caci maki dan hinaan yang dilemparkan kepada saya, malah pelbagai gelaran yang diberikan. Sehinggakan ada yang berkata kenapa perlu menyokong perniagaan orang seperti saya

"Surat yang dimuat naik itu memang milik saya selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dua tahun lalu. Kebetulan saya berpindah rumah jadi baru menjumpai surat itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini

Sajat yang popular dengan 'tagline' Jangan Mengata turut menegaskan surat berkenaan tidak menyatakan dia menukar jantina

Bagaimanapun, Sajat akur sekiranya masih terdapat pihak yang mempertikaikan jantinanya

Bagi Sajat, apa yang boleh dilakukannya adalah berdoa semoga individu berkenaan dilimpahi rezeki dan kejayaan

"Selama ini saya tak pernah nak kacau orang. Tapi itulah sikap manusia yang tak boleh melihat orang lain senang. Pada masa sama saya juga tak boleh memuaskan hati semua pihak

"Satu perkara saja yang diharapkan iaitu sila hormati saya. Berhenti menjadi orang yang suka menilai dan menjatuhkan hukum ke atas orang lain," katanya

'Ku wanita...' | Harian Metro
 
Offline
#3