Diskusi Serius eBay Fizikal (Research, Shipping, Packing & Lain²)

Joined
Apr 22, 2009
Messages
1,849
Likes
1
Points
38
Offline
#1
Aku rasa belum ada thread yang fokus pada produk fizikal ni. Aku sendiri pun tak reti sangat jadi aku petik isi² penting dalam thread² yang lain. Thread ni aku akan update dan disusun atur dikala aku rajin yang terlampau.
salam
aku biase pos pakai registered pos.pos ni tak kira besar mane barang/kotak ko die akan kire berat dan bukan kire besar. kalau pos laju lain pulak cara die kire.
pos ke australia kalau +- 150 gram dalam rm6-rm10 pastu ko tambah la rm3.90 untuk registered pos (tracking ID)
brape hari sampai aku pun tak pasti,sebab kadang aku pos seminggu da sampai.kadang 3 minggu baru sampai.yang lebih menyayat hati sampai buyer open case baru la nak sampai barang tu..hahaha..

ni step die kalo ko nak pos barang ke luar negara pakai reg.pos:
1-pegi pejabat pos pastu bagi barang tu kat awek pejabat pos tu dan cakap kat die nak buat registered pos.
2-die akan timbang barang ko tu dan tuliskan harga pos pada kotak (barang ko).
3-die akan bagi setem dan 1 slip registred pos untuk ko tampal kat kotak ,so ko kene bayar harga pos + rm3.90 untuk registered pos.
4-mintak die borang kastam (kaler ijau) untuk ko tulis isi kandungan,nilai,negara asal item dan berat kotak yang ko nak pos tu pastu sign ko,sume tu untuk tujuan kastam.
5-tampal setem kat kotak dan tulis name penerima kat pelekat registered pos tu kemudian tampal kat kotak. tampal skali borang kastam tu.

jangan lupe tulis name penerima skali kat belakang pelekat tu untuk tujuan rujukan ko(kang xtau plak mane satu tracking Id buyer,kalo buyer mintak.kalo pos 1 item takpe.kalo da pos 20 item,kan haru namenye tu)

6- pegi balik jumpe awek pos tu kat kaunter.bagi die kertas pelekat yang ko da tampak kat kotak tu untuk die cop.

7-sebelum meninggalkan kaunter,cakap "thanks sayang" kat awek pos tu hahahahahaha...

Track n trace brang ko:
1- bukak website pos malaysia pilih posdaftar
2- masukkan tracking ID pastu klik track
3- akan kuar result tarikh dan tempat ko pos
4- kalau kuar result macam ni= Dispatch To 640005
ni bermakna barang ko da sampai KLIA,telah di periksa oleh kastam dan on da way ke negara mana ko pos tu.
5- pastikan ko terangkan kat buyer kenape kuar result camtu,ditakuti buyer cakap ko menipu plak sebab takde tulis pun item ko to ship ke destinasi mana.sebab kalo reg.post hongkong akan kuar destination mane item tu di pos.
6- item dari malaysia hanya boleh trace sampai KLIA je.lepas/kuar dari malaysia ko kene trace kat official website pos negara mane yang ko hantar tu.
7-make sure cakap kat buyer yang database pos malaysia akan update lepas 24jam barang dihantar.so kalo tengahari ko pos,dan terus email Tracking ID pada buyer mesti la takde kalo die cek time tu.suh die cek esoknye.
kalau korang nak selamat boleh la buat cop nama,alamat dan nfon korang.pastu cop kat item tu.

aku buat cop baru rm10 je kat alam sentral.stamp pad kaler biru rm7.kalo nak ganas pakai kale merah..hehehe..modal baru rm17 tapi bleh pakai lama + item selamat
ala modal baru 5.10usd je,takkan kedekut kot...

detail aku,aku cop dan nama,alamat buyer aku print.

aku buat cop macam ni

FROM:
Mr Fahmi Hensem
No 8 Jalan Powerseller Ebay 3
Taman Hantam Cantik
89000 Kuala Lumpur
Malaysia
Mobile: 6012-345 6789

-yang From tu biar bold

Kelebihan buat cop ni banyak
1- Nama,alamat dan nombor tepon da ade sekali,so kalau item kita pos tu salah alamat dia boleh return ke alamat kita tu.Boleh terus call direct dari oversea sebab da letak kod negara sekali
2- Kemas dan macho
3- Nampak la tahap ke"PRO"an korang dalam urus niaga ebay sebab da ade cop.
4- Mengelakkan item ditukar sebab cop tu da memang kat sampul surat tu.tak boleh tercabut
5- Jimat ink,walau pun sikit tetap kos tu.10sen pun kene kire..hehehehe

kalau boleh kat nama jangan tulis Mohd,Muhammad,Abdullah,Abd sebab yelah kita pos barang keluar,kite tak tau orang kat sane macam mane,hati budi posmen macam mane..
mane lah tau jenis yang berdendam ngan umat kita kan..
terus die songlap item tu. sebab dieorang boleh kenal hanya dengan tengok nama je

lagi2 yang tulis description bebetul detail
contoh kalau pos kasut tulis je Mens Accessories,Woman Accessories.tak payah la gatal tangan tulis "Nike Shoes Size 12"
Kalau posmen jenis pro nike memang tak sampai la item korang tu.nak plak saiz ngam ngan kaki die...hehehe...

Aku nak pesan pada yang tak tau,pada yang tau tak payah la yer.


kalau print nama dan alamat buyer make sure tampal pakai tape jernih.sebab aku penah kene dulu just tampal pakai gam je.lepas tu tulisan kat sampul surat tu kene air setitik je.terus tak nampak alamat tu.tulisan tu kembang sebab ink kembang.so make sure tampal/lindungi lah alamat tu pakai tape jernih.so,kalis air la kirenye..

tampal sekali tape tu kat alamat kite yang kite cop tu(kalo yang pakai cop)
Perihal shipping ni, yg bole aku share dgn xperience aku yg niubai ni:

1) utk item kurang 2kg, itu ikut rate mail aje.

2) kalo lebih 2kg, better pakai parcel rate, lagi murah.

3) pakai air mail = kpl terbang, surface mail = kapal laut (berbulan2 baru sampai)

4) borang kastam tu utk item selain surat.

sebenarnya kalo tak lekat pun takpe. tapi problem dia nanti kt kastam. item clear lambat atau kastam akan buka packing utk verify.

alah, even ko declare pun kalo kastam suspicious, dia tetap buka. so better tampal kalo pos selain surat. mcm aku print sendiri aje kt atas kertas hijau. signature digital aje... ngeh2

5) utk jangkamasa delivery, refer je table ni:

=> http://www.pos.com.my/v1/tariff/OrdinaryDelivery.htm
6) perihal packaging, ikut kreativiti. mcm aku buat:

- kalo item dah ada kotak keras, bungkus dgn bubble wrap + kertas minyak.

- item plastic keras, guna bubble wrap + corrugated paper box (kotak coklat tu la) + kertas minyak. beli yg siap mcm kt theboxcompany.com atau aku "pau" mamat burma yg kutip2 kotak tu. Kt tangan pegang kayu besbol kalo nk free.

- kalo kotak takde, then baru aku pakai polisterin (polyfoam) yg tebal 1 inci + kertas minyak.

* selain tu, faktor budget shipping fee kena kira. Kalo ada bajet lebih, beli la penimbang utk org buat kuih tu. murah je beb. timbang awal2 pastu pegi website pos
=> http://www.pos.com.my/V1/main2.asp?c...ostageMain.htm

dptkan rate. kotak corrugated paper yg kosong pun ada yg berat dh lebih 100g, kalo hantar ke US, 100g kos dia dh RM7++. kalo nk jimat aku pki polyfoam aje.


- item2 yg nipis, bubble wrap + envelop "besar punyerrr!" sbb senang byk ruang nk tampal address, sticker registered, stamp yg berlambak.

ok, part stamp ni aku serius. tak semua stamp tu standard size. kdg2 aku dpt stamp special edition yg besar dia 3 inci x 1 inci tu. nilai RM0.30 aje. mmg buang space betul!

- lastly jgn lupa, kat belakang packaging mesti ada "From" nama + address korang


bole mintak kt pej pos satu slip kastam tu 1 pack. sticker air mail pun aku mintak byk2. tapi sbb tak larat nak tulis kt slip hijau tu, last2 aku buat kt microsoft word sendiri, cari kertas A4 yg kaler hijau tua, pastu print je byk2. pantas. cuma tukar2 date aje.

Registered atau staff pos refer sbg barcode, aku dh siap beli byk2. so kalo nk pegi pjbt pos, tinggal tampal stamp dan cop slip barcode tu je.



lagi satu, alat2 kt gambo bwh ni amat membantu dlm meningkatkan produktiviti korang membungkus brg2 tu... (ok, kecuali benda kotak warna kuning oren tu, camner bole sesat dlm tu... huhuhu)

aku biasa pki kotak putih tu selain sbb utk melepas rindu jumpe amoi yg jaga kedai tu... ngeh2...

harga dia worth it la sbb kotak yg pej. pos lebiy kurg je harga. tapi nk murah lagi kena ushar kilang2 yg buat corrugated box, ni aku belum pernah try.

cuma tak best, kotak putih ni berat gak, nak dkt 100g gak. kalo ke US tu dh kena tambah RM7 extra.

selain guna kotak tu, aku ushar aweks kt kedai stationery sbb derang ni mmg byk kotak nk buang, so senyum2 sket sambil flying kiss mmg dpt free.

selain kotak, bole guna polisterin (polyfoam), jimat kos selain ringan utk shipping. ni pun aku belajar dari sorg seller china kt dhgate. sempoi aje dia pos, pakai polisterin (mcm aku prefer yg tebal 1 inchi tu) pastu lilit keliling pki box tape kaler coklat tu.

oh ye, dh pki polyfoam ni, aku dh tak perlukan bubble wrap. paling best pun aku balut pki plastik yg makcik buat bungkus nasi lemak tu utk protect packaging jgn calar2...

ikut pengalaman den, parcel ngan mail takder beza kalau pakai registered post sebab dia ikut berat. tapi kalau nak send item pakai registered post kena pakai sampul surat ataupun balut dengan kertas minyak/ mahjong ataupun yg sama kaler dengannya. kalau kaler lain dia akan suruh pakai poslaju. rate harga plak bergantung pada berat dan zon negara. schedule dia nanti den cuba post kan ke sini.

edit: boleh dl post rate kat SINI. kredit to sifu awe sebab bagi den. tq

Sekian terima kasih :)
Aku boringlah ... korang amik lah CN22 ni kalau nak pakai.

http://diymsclub.com/CN22.pdf

Say, "Thank you Kidino"
 
Last edited by a moderator:
Joined
Apr 22, 2009
Messages
1,849
Likes
1
Points
38
Offline
#2
Maklumat Pengeposan

secara amnya utk rate pos bagi small parcel ni ikut zone... (refer file yg john bagi tu utk zone)

utk 180g ke bwh:

Zon A = RM0.90
Zon B = RM0.95
Zon C = RM1.40
Zon D = RM1.50
Zon E = RM1.80

then, utk setiap 10g berikutnya

Zon A = RM0.35
Zon B = RM0.35
Zon C = RM0.35
Zon D = RM0.50
Zon E = RM0.70
Kos sebenar pos​

Ini yg item aku selalu pos.. SIkit jerk...

1. Berat - below 200 gram
2. Negara - U.S
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 8 ~ Rm 11.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

---------------------------------------------------------------

1. Berat - below 200 gram
2. Negara - Australia
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 5.50 ~ Rm 8.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

---------------------------------------------------------------

1. Berat - below 200 gram
2. Negara - U.K
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 6 ~ Rm 11.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

---------------------------------------------------------------

1. Berat - below 200 gram
2. Negara - Lain-lain negara
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 5 ~ Rm 11.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

----------------------------------------------------------------

Ini perkongsian kecil yg pernah aku wat baru-baru nieh..

Hope leh tambah semangat member-member cari product sendirik.... :)
ni aku kongsi berat yg biasa aku dok pos

1. Berat - 120gm
2. Negara (zone) - E (nak tahu zone semak je pos.com.my tu)
3. Jenis pos - register
4. Syarikat Pos - pos malasia
5. Harga pos - RM8.60 + Tracking RM 3.90

1. Berat - 120gm
2. Negara(zone) - E
3. Jenis pos - pos reg
4. Syarikat Pos - pos malaysia
5. Harga pos - RM 6.50 + Tracking RM 3.90

1. Berat - 80gm
2. Negara (zone) -E
3. Jenis pos - pos reg
4. Syarikat Pos - pos malaysia
5. Harga pos - Rm7.90 + Tracking RM 3.90

1. Berat - 80gm
2. Negara(zone) - E
3. Jenis pos - pos reg
4. Syarikat Pos - pos malaysia
5. Harga pos - Rm5.50 + Tracking RM 3.90

semua packing pakai envelope.
 
Last edited:
Joined
Apr 22, 2009
Messages
1,849
Likes
1
Points
38
Offline
#3
Last edited:
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,789
Likes
46
Points
48
Offline
#6
syabas insp shahab! usaha yg murni...

jgn lupa quote yg ni:

ikut pengalaman den, parcel ngan mail takder beza kalau pakai registered post sebab dia ikut berat. tapi kalau nak send item pakai registered post kena pakai sampul surat ataupun balut dengan kertas minyak/ mahjong ataupun yg sama kaler dengannya. kalau kaler lain dia akan suruh pakai poslaju. rate harga plak bergantung pada berat dan zon negara. schedule dia nanti den cuba post kan ke sini.

edit: boleh dl post rate kat SINI. kredit to sifu awe sebab bagi den. tq

Sekian terima kasih :)
secara amnya utk rate pos bagi small parcel ni ikut zone... (refer file yg john bagi tu utk zone)

utk 180g ke bwh:

Zon A = RM0.90
Zon B = RM0.95
Zon C = RM1.40
Zon D = RM1.50
Zon E = RM1.80

then, utk setiap 10g berikutnya

Zon A = RM0.35
Zon B = RM0.35
Zon C = RM0.35
Zon D = RM0.50
Zon E = RM0.70
 
Last edited:
Joined
Oct 11, 2007
Messages
3,038
Likes
1
Points
38
Age
36
Offline
#7
Fuh.. Pagi nie buka tgk tread eBai nieh lain mcm jerk.. Dah bnyk kena sticky.

Apa pun. 1 usaha murni yg pada aku memang penting utk packing item-2 yg kita nak pos sendiri..

So, selagi kita mahu item kita tidak ditukar sewaktu proses penghantaran.. Better tulis atas kertas minya/mahjong untuk elakkan barang kita ditukar.

Elakkan item kita, kita tampal kertas alamat buyer kita. Better tulis.

Maksud aku.. Alamat " PENERIMA kita better tulis atas kertas pembalut. Elakkan Print atas kertas lain & tampal.. Harap jelas yer.. Sifu2 sekalian... " Pasal benda nie kemungkinan akan berlaku di dalam atau di luar negara. Hope ia jelas yerk.. ( Maaf lewat.. )

Semua dah dicover oleh SIFU VM ngan BOS Mansurbiz.. Mekasih Sifu...
 
Last edited:
Joined
Jul 16, 2007
Messages
399
Likes
0
Points
16
Offline
#8
Fuh.. Pagi nie buka tgk tread eBai nieh lain mcm jerk.. Dah bnyk kena sticky.

Apa pun. 1 usaha murni yg pada aku memang penting utk packing item-2 yg kita nak pos sendiri..

So, selagi kita mahu item kita tidak ditukar sewaktu proses penghantaran.. Better tulis atas kertas minya/mahjong untuk elakkan barang kita ditukar.

Elakkan item kita, kita tampal kertas alamat buyer kita. Better tulis.

Semua dah dicover oleh SIFU VM ngan BOS Mansurbiz.. Mekasih Sifu...
ape maksud ditukar tuh bro?? selalu berlaku mase barang kt dlm mesia lagik ke time kt oversea??
 
Joined
Oct 13, 2009
Messages
110
Likes
0
Points
0
Offline
#10
Fuh.. Pagi nie buka tgk tread eBai nieh lain mcm jerk.. Dah bnyk kena sticky.

Apa pun. 1 usaha murni yg pada aku memang penting utk packing item-2 yg kita nak pos sendiri..

So, selagi kita mahu item kita tidak ditukar sewaktu proses penghantaran.. Better tulis atas kertas minya/mahjong untuk elakkan barang kita ditukar.

Elakkan item kita, kita tampal kertas alamat buyer kita. Better tulis.

Semua dah dicover oleh SIFU VM ngan BOS Mansurbiz.. Mekasih Sifu...
aku kurang jelas la maksud ko.maksudnye ade orang tukar alamat buyer untuk kepentingan sendiri? dengan kate lain songlap..ye ke?


kalau korang nak cun dan cepat boleh la buat cop nama,alamat dan nfon korang.pastu cop kat item tu.

aku buat cop baru rm10 je kat alam sentral.stamp pad kaler biru rm7.kalo nak ganas pakai kale merah..hehehe..modal baru rm17 tapi bleh pakai lama + item selamat
ala modal baru 5.10usd je,takkan kedekut kot...

detail aku,aku cop dan nama,alamat buyer aku print.

aku buat cop macam ni

FROM:
Mr Fahmi Hensem
No 8 Jalan Powerseller Ebay 3
Taman Hantam Cantik
89000 Kuala Lumpur
Malaysia
Mobile: 6012-345 6789

-yang From tu biar bold

Kelebihan buat cop ni banyak
1- Nama,alamat dan nombor tepon da ade sekali,so kalau item kita pos tu salah alamat dia boleh return ke alamat kita tu.Boleh terus call direct dari oversea sebab da letak kod negara sekali
2- Kemas dan macho
3- Nampak la tahap ke"PRO"an korang dalam urus niaga ebay sebab da ade cop.
4- Cepat mudah dan selamat
5- Jimat ink,walau pun sikit tetap kos tu.10sen pun kene kire..hehehehe

kalau boleh kat nama jangan tulis Mohd,Muhammad,Abdullah,Abd sebab yelah kita pos barang keluar,kite tak tau orang kat sane macam mane,hati budi posmen macam mane..
mane lah tau jenis yang berdendam ngan umat kita kan..
terus die songlap item tu. sebab dieorang boleh kenal hanya dengan tengok nama je

lagi2 yang tulis description bebetul detail
contoh kalau pos kasut tulis je Mens Accessories,Woman Accessories.tak payah la gatal tangan tulis "Nike Shoes Size 12"
Kalau posmen jenis pro nike memang tak sampai la item korang tu.nak plak saiz ngam ngan kaki die...hehehe...

Aku nak pesan pada yang tak tau,pada yang tau tak payah la yer.


kalau print nama dan alamat buyer make sure tampal pakai tape jernih.sebab aku penah kene dulu just tampal pakai gam je.lepas tu tulisan kat sampul surat tu kene air setitik je.terus tak nampak alamat tu.tulisan tu kembang sebab ink kembang.so make sure tampal/lindungi lah alamat tu pakai tape jernih.so,kalis air la kirenye..

tampal sekali tape tu kat alamat kite yang kite cop tu(kalo yang pakai cop)

Tu je yang aku boleh kongsi takat ni.

p/s: otai2 kalau aku ade salah bgtau k...
 
Last edited:
Joined
Apr 22, 2009
Messages
1,849
Likes
1
Points
38
Offline
#11
mantap mohdfahmiex5. Post baru 7 tapi semua bagi berisi baik punya. aku masih tak paham apa maksud item kita ditukar tu. Cop tu letak nama store kita pun takpe kan?
 
Joined
Sep 30, 2007
Messages
2,510
Likes
3
Points
38
Offline
#12
mantap mohdfahmiex5. Post baru 7 tapi semua bagi berisi baik punya. aku masih tak paham apa maksud item kita ditukar tu. Cop tu letak nama store kita pun takpe kan?
benar apa yg ditulis oleh bro fahmi tuh....
cumanya aku lom wat cop jer....
setakat print, potong, tampal dgn tape putih jer... huhu.. newbie terpaksalah wat camtu... :)
kalau nk tulis, jenuhlah.. kalau setakat 1-2 lg item nk dipos tu ok lah lagi...
nak letak nama store ker, id ebay ker, nama betul ker..
ok jer... asalkan buyer kenal kolah...
aku biasa kat dlm kotak atau sampul letak flyer. Biasa letak pujian menggunung ganang beserta ucapan terima kasih ker, suh dtg store lg ker, mintak ampun kalau lmbt ke problem ker.. and last but not least ; suh bg feedback maa....
 
Joined
Oct 13, 2009
Messages
110
Likes
0
Points
0
Offline
#13
mantap mohdfahmiex5. Post baru 7 tapi semua bagi berisi baik punya. aku masih tak paham apa maksud item kita ditukar tu. Cop tu letak nama store kita pun takpe kan?
Yup,ikut kretiviti masing2,kelemahan kalau letak name store/ID kalau akaun kene lebur ngan gaybay kene la buat cop baru...hehehe..atau potong je nama store kat cop tu pakai pisau..hehehe..

lagi 1 kalau main fizikal ni nak cun,nampak serius dan pro boleh sertakan sekali sekeping kertas yang tertulis ayat2 manis.masukkan sekali dalam kotak item kite tu mase kite hantar.kertas A4 potong 2 pun takpe..janji ade..
tulis la dalam tu ayat2 manis,hargai pembeli,jangan lupe bagi 5 star fb,sila lawat lagi stor kita,ayat2 bodek dan last sekali tulis nama,ID,sign beserta dengan cop....

100% buyer akan percaya ngan kite dan 90% walau buyer tak puas hati tahap gaban ngan barang kite tu die akan bagi + fb sebab die tengok kite ni bebetul serius.

aku pernah alaminya...hehehe...dalam tu ada ayat2 bodek,so buyer tak puas hati dan die email aku bgtau walau tak puas hati ngan item die tetap bagi +fb sebab die pun hargai penat lelah kerja2 aku packing,pos barang tu...huhuhu...tapi kalo buyer ungkal tahap cipan sembelit memang tak makan bodek punye...hahahahha..

At least kite da cube terbaik kan..

aku biasa kat dlm kotak atau sampul letak flyer. Biasa letak pujian menggunung ganang beserta ucapan terima kasih ker, suh dtg store lg ker, mintak ampun kalau lmbt ke problem ker.. and last but not least ; suh bg feedback maa....
bagus2,aku tak sempat reply bro lutfee da cite..hehehe
 
Last edited:
Joined
May 3, 2009
Messages
516
Likes
0
Points
0
Offline
#14
Tulis alamat gunakan ballpen supaya dakwat tak kembang bila kena air, jgn gunakan ink pen.

kalau nak guna ink pen jugak, cam mfahmie ckp, cover dgn salotape.

nak lagi canggih, yg guna envelope, boleh print alamat kita dan alamat penerima siap2 atas envelope.

nak senang lagi, print borang kastam dan alamat kita siap2 dalam satu kertas dan tampal aja di belakang envelope.

kalau tak confident dgn gam yg dilekatkan pada envelope, takut terbuka dsgnya, tutup lagi sekali dgn salotape ataupun stapler.

kalau buat cop atas nama syarikat atau bisnes, jgn letak sebagai `gift', letak `other' atau `trade sample'.
 
Joined
May 3, 2009
Messages
516
Likes
0
Points
0
Offline
#15
kena hati2 jugak, kalau letak cop atau pengirim tu gunakan nama syarikat, letak item sebagai gift, kalau kastam bukak, tengok sebenarnya bukan gift tapi brg jualan dan kebetulan brg tu mmg kena tax, susah jadinya. kastam boleh isu kata kita tipu, isytihar brg jualan sebagai gift dan isu2 lain yang berbangkit ... bak kata sifu shahraduan, kalau byk sgt hantar barang keluar, jgn gunakan `gift' nnti kastam pelik, awat mamat ni byk sgt bagi gift kat orang? :rolleyes:
 
Joined
Oct 11, 2009
Messages
460
Likes
0
Points
0
Offline
#16
erm, kalau citer pasal gift nih aku tak setuju. so far dulu aku hantar barang fizikal semua letak gift tapi kalau nak kata ada yg tak deliver tu percentage dia cuma 5 persen (itupun pada certain negara yg aku dah blacklist, france ngan brazil). So kalau letak gift pun sbrnnya takde masalah :rolleyes:
 
Last edited:
Joined
May 13, 2009
Messages
2,087
Likes
1
Points
0
Offline
#18
waa...semua dh buat fizikal nie...aku langsung tahu ape korang citer...
bunyi cam best je....
plsss....sifu² sekalalian tunjuk ajar ku fizikal....:)
 
Joined
Jul 1, 2008
Messages
193
Likes
1
Points
18
Offline
#19
Jual apa tu...packing besarnya...Kalau besar itu , boleh tak guna Airmail...Actually airmail ni untuk barang apa saja pun bolehkan..
 
Top